Tukar ke Yoodo

Bertukar ke Yoodo sangat mudah. Pindah masuk (port-in) nombor anda daripada pembekal perkhidmatan mudah alih anda dengan aplikasi Yoodo kami.

Semasa pendaftaran, pilih ‘Kekalkan nombor saya’, dan anda boleh menunggu SIM anda!

receive sim

Setelah menerima SIM anda, ikuti arahan untuk mengaktifkannya.

insert sim

Setelah anda menerima SMS yang mengatakan port-in telah berjaya dilakukan (kebiasaannya dalam 1-3 hari), anda boleh memasukkan SIM!

Secara alternatif, aktifkan Yoodo tanpa SIM fizikal

Alami aras terbaru dalam kaedah perhubungan dengan eSIM Yoodo. Pengaktifan adalah lebih mudah dan boleh digunakan beserta dengan SIM fizikal anda.

yoodo websiteupdate 06 yoodo esim phone

Keperluan Pemindahan (Porting)

acctive account

Akaun Aktif

Pastikan akaun anda masih aktif.

contract free

Tanpa Kontrak

Selesaikan kesemua tunggakan yang anda ada dengan pembekal telco anda yang sekarang.

payments settled

Pembayaran Yang Telah Diselesaikan

Sila pastikan kesemua tunggakan telah dibayar.

main line only

Talian Utama Sahaja

Buat masa ini, kami hanya boleh memindahkan nombor berindividu sahaja. Jika anda merupakan sebahagian daripada talian dasar-tambahan, anda perlu memisahkan talian anda terlebih dahulu.

Masih terjerat dalam kontrak?

Beritahu kami tarikh tamat kontrak anda dan kami akan ingatkan anda untuk tukar ke Yoodo!





    This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.


    FAQ

    Kemudahan Tukar ke Yoodo atau ‘porting’ membolehkan anda untuk bertukar kepada penyedia perkhidmatan telefon selular yang baru tanpa perlu mengubah nombor telefon.

    Kedua-dua pengguna telefon pra-bayar (‘prepaid’) dan pasca-bayar (‘postpaid’) boleh mengalihkan nombor mudah alih mereka.

    Pemegang talian utama perlu berhubung dengan penyedia perkhidmatan sedia ada untuk memisahkan talian tambahan tersebut. Pemegang talian tambahan kemudiannya perlu mendaftar semula sebagai pemegang talian utama. Selepas proses ini selesai, barulah anda sebagai pemegang talian utama boleh bertukar ke Yoodo.

    Jangan risau – perkhidmatan anda akan berjalan seperti biasa semasa proses pengalihan kecuali Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa (‘International Roaming Services’), yang boleh digantung oleh penyedia perkhidmatan sedia ada anda setelah mereka menerima permohonan anda.

    Pihak Yoodo tidak mengenakan sebarang caj untuk melakukan pemindahan nombor dari atau ke rangkaian kami. Namun begitu, jika anda masih mempunyai kontrak dengan penyedia perkhidmatan sedia ada, anda mungkin akan dikenakan caj penalti sebelum boleh bertukar ke Yoodo.