Makin Lama, Makin Jimat

Lanjutkan tempoh sah pelan anda dan nikmati
diskaun sehingga 10%!

Ubah Suai Tempoh Langganan

Belanja minimum RM30
untuk pilih tempoh sah pelan
telco anda

Belanja Sekarang, Jimat Sekarang

Jimat sehingga 10% apabila anda
lanjutkan tempoh sah
pelan Yoodo anda
*tidak sah untuk pelan data Tanpa Had

Kalau Tak Cukup, Tambah Saja!

Tambahkan Boosters dengan
senang jika anda kehabisan data,
panggilan atau SMS.

Bagaimana untuk dapatkan diskaun?

Hai! Guna carta ini untuk melihat penjimatan yang akan anda nikmati dengan tempoh pengesahan yang berlainan! Semuanya boleh didapati dengan pembelian pelan Berkelajuan-Tinggi bernilai RM30 ke atas.

Kiraan berdasarkan pelan data Berkelajuan Tinggi RM30:

Kiraan berdasarkan pelan data Berkelajuan Tinggi RM45:

Ubah suai Pelan Mudah Alih anda
dengan Data Berkelajuan Tinggi

Data
GB
(40GB + PERCUMA 25GB)
RM0

TAWARAN MASA TERHAD: Dapatkan 20GB Data Berkelajuan Tinggi dengan hanya RM20!


Panggilan
minit
RM0

SMS
SMS
RM0
Tambah Data ke pelan anda untuk menikmati tawaran ini
Pelan baru anda:
RM0 /bulan

Bagaimana cara untuk lanjutkan
tempoh sah pelan anda?

Langkah 1

Ubah suai pelan anda seperti biasa! Cipta sendiri pelan mudah alih Berkelajuan Tinggi, dengan harga minimum bernilai RM30.

Langkah 2

Luncur untuk pilih tempoh sah anda. Pilih di antara 30 sehingga 180 hari. Lebih lama tempoh sah pelan anda, lebih banyak penjimatan!

Langkah 3

Klik seterusnya, sahkan pembayaran anda dan nikmati penjimatan apabila anda membayar tempoh langganan secara lebih awal.

Soalan Lazim

Pelan Pelanjutan Tempoh Sah menawarkan penjimatan sehingga 10% apabila anda mendapatkan tempoh langganan di antara 90 sehingga 180 hari dan membuat pembayaran keseluruhan terlebih dahulu.

  • Langgan pelan data Berkelajuan Tinggi Yoodo dengan perbelanjaan minimum RM30 sebulan untuk tempoh sah pelan selama 90 atau 180 hari bagi menikmati diskaun sehingga 10%.

  • Tawaran ini hanya untuk pelan data Berkelajuan Tinggi (ia tidak sah untuk pelan data Tanpa Had).

  • Jumlah keseluruhan bagi pelan selama 90 atau 180 hari akan dicaj terlebih dahulu.

  • Pelan asas akan diperbaharui pada setiap 30 hari.

  • Anda boleh dapatkan Booster untuk Data, Panggilan, SMS dan Add-On seperti biasa.

No.Tempoh Sah Pelan (hari)Diskaun%
1905%
218010%

**Ditawarkan untuk pelan asas Berkelajuan Tinggi dengan nilai minimum RM30 sebulan**

Semua pengguna semasa yang aktif serta pelanggan yang baru berdaftar boleh mendapatkannya.

Langkah 1: Aktifkan SIM Baru atau Pelan Bulanan
Langkah 2: Pilih pelan data Berkelajuan Tinggi (pelan data Tanpa Had tidak tertakluk untuk tawaran diskaun).
Langkah 3: Mula ubah suai pelan telco anda dengan perbelanjaan minimum bernilai RM30 sebulan
Langkah 4: Pilih tempoh sah langganan yang dimahukan: 90 atau 180 hari.
Langkah 5: Buat bayaran menggunakan kaedah pembayaran yang dimahukan.

Jika anda mahu menukar pelan dalam tempoh sah 90 dan 180 hari tersebut, anda akan kehilangan langganan semasa ada dan tiada bayaran balik akan diberikan.

Kami cadangkan anda untuk menukar pelan anda setelah pelan 90 atau 180 hari anda berakhir.

Tidak, promosi ini hanya ditawarkan untuk pelan asas Berkelajuan Tinggi.

Anda boleh dapatkan Booster bagi Data, Panggilan, SMS dan Add-On melalui aplikasi mudah alih Yoodo.

Tidak. Jika anda mahu memperbaharui tempoh sah pelan anda, sila ke “Tukar Pelan” > “Ubah Suai Pelan Anda” > dan pilih “Kemudian (setelah pelan semasa saya luput)” pada halaman pengesahan. Jika tidak, tempoh sah akan ditetapkan untuk 30 hari sahaja.

Nota:

  1. Fungsi pembaharuan jadual hanya boleh diakses semasa kitaran/30 hari terakhir bagi pelan Pelanjutan Tempoh Sah.
  2. Pastikan anda mempunyai kredit atau poin Yoodo yang mencukupi jika anda tidak menyimpan sebarang kad kredit atau debit untuk pembayaran.

Jika anda batalkan talian anda, pelan anda akan ditamatkan serta merta dan tiada bayaran balik akan diberikan.

Pelan anda akan diperbaharui secara automatik ke pelan sebelum ini dengan tempoh sah selama 30 hari. Jika anda memadam fungsi pembaharuan secara automatik pula, talian anda akan dinyahaktif apabila pelan anda luput.

Jika anda mahu memperbaharui pelan dengan Pelanjutan Tempoh Sah 90 atau 180 hari anda, dila ke “Tukar Pelan”, “Ubah Suai Pelan Anda”, pilih “Kemudian (setelah pelan semasa saya luput)” dan tekan “aktifkan perubahan pelan anda”.

Jika anda mengaktifkan “gantung SIM hilang”, ia akan menggantung kesemua perkhidmatan serta memadam sebarang pembaharuan/kemas kini secara automatik.

Malah, pengakftifan selepas tarikh pembaharuan pelan akan membatalkan sebarang langganan (termasuk pelan Pelanjutan Tempoh Sah) dan menarik semula baki yang masih ada.

Sila hubungi Yoodo Live Chat atau WhatsApp 011 5622 2222 bagi mendapatkan bantuan.

  1. Pelan Pelanjutan Tempoh Sah (“Promosi”) ini berlangsung dari jam 12:01 tengah malam pada 6 Jun 2023 sehingga diberitahu kelak.
  2. Promosi ini dibuka kepada pengguna Yoodo yang baru dan sedia ada dan para pengguna boleh menikmati promosi ini sepanjang tempoh promosi.
  3. Pengguna perlu melanggan pelan data Berkelajuan Tinggi Yoodo dengan perbelanjaan minimum RM30 sebulan untuk tempoh sah pelan selama 90 atau 180 hari dan membayar jumlah keseluruhan terlebih dahulu bagi menikmati diskaun 5% atau 10%.
  4. Jika anda melanggan pelan Pelanjutan Tempoh Sah selama 90 atau 180 hari, anda tidak boleh membatalkan pelan anda dan tiada bayaran balik akan diberikan.
  5. Pelan Pelanjutan Tempoh Sah ini tidak ditawarkan kepada langganan Pelan Data Asas Tanpa Had.
  6. Kod promo tidak sah untuk pelan Pelanjutan Tempoh 90- dan 180- hari.
  7. Yoodo mempunyai hak untuk mengubah, menukar, menyemak semula, menambah, memadam, mempelbagai, menggantung, membatalkan atau melambatkan Promosi ini tanpa sebarang notis pada bila-bila masa.
  8. Yoodo tidak bertanggungjawab ke atas sebarang ralat, pengeluaran, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, akses masuk tanpa izin, atau pengubahan tanpa izin, pada akaun atau komunikasi pengguna, atau sebarang masalah teknikal pada rangkaian atau talian telekomunikasi, pelayan atau penyedia, perisian serta kegagalan e-mel.