Pelanggan yang dihormati,

Dalam menunaikan komitmen aku janji kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan penggabungan CelcomDigi, kami ingin memaklumkan anda bahawa jenama Yoodo akan dihentikan mulai 29 Ogos 2024.

Mulai 19 Jun 2024, fungsi ini akan dihentikan daripada aplikasi Yoodo:

  • Pesanan SIM baru (kecuali SIM gantian)
  • Pengaktifan SIM baru (kecuali SIM gantian)
  • Pendaftaran Akaun
  • Ajak Kawan
  • Pengubahsuaian Tempoh Sah

Anda kini mempunyai pilihan untuk:

  1. Pindah talian ke perkhidmatan mudah alih pilihan anda, atau
  2. Tamatkan perkhidmatan Yoodo anda, atau
  3. Teruskan pelan sedia ada anda dengan CelcomDigi

Harap maklum bahawa anda akan terus menikmati perkhidmatan sedia ada anda (data, panggilan dan SMS) tanpa sebarang gangguan.

Soalan-Soalan Lazim

Umum

  1. Bila jenama Yoodo akan dihentikan?

    Jenama Yoodo akan dihentikan pada 29 Ogos 2024, dan pelan itu akan diteruskan sebagai Prabayar CelcomDigi 5G.

  2. Apakah nama Yoodo selepas 29 Ogos 2024?

    Pelan Yoodo akan menjadi salah satu tawaran Prabayar CelcomDigi 5G.

  3. Apakah tindakan yang perlu diambil ketika ini?

    Pilihan anda untuk menjadi pelanggan mana-mana syarikat telekomunikasi kekal tidak berubah. Anda boleh memilih mana-mana yang berikut:

    • Pilihan 1: Pindah keluar (Port out) ke mana-mana syarikat telekomunikasi pilihan anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang proses, tawaran dan caj Pertukaran Nombor Mudah Alih (MNP), sila layari laman web syarikat telekomunikasi pilihan anda.
    • Pilihan 2: Tamatkan langganan anda dengan Yoodo; permintaan boleh dibuat melalui aplikasi Yoodo.
    • Pilihan 3: Teruskan pelan sedia ada anda dengan CelcomDigi.
  4. Apakah yang akan berlaku dari sekarang sehingga 29 Ogos 2024?

    Tiada perubahan akan berlaku dan anda akan terus menikmati perkhidmatan sedia ada (Data, Panggilan dan SMS) pada rangkaian CelcomDigi, termasuk saluran produk dan bantuan daripada CelcomDigi tanpa sebarang gangguan. Semua tawaran produk dan saluran pembayaran akan kekal sama.

  5. Bagaimana jika saya mahu meneruskan pelan saya yang sedia ada dan tidak mahu memindahkan kepada operator lain atau menamatkan talian saya dengan Yoodo?

    Pelan sedia ada anda akan diteruskan di bawah Prabayar CelcomDigi 5G.

Perkhidmatan Yoodo

  1. Bolehkah saya masih menggunakan aplikasi Yoodo tanpa gangguan?

    Anda masih boleh mengguna aplikasi Yoodo tanpa sebarang gangguan. Walau bagaimanapun, beberapa fungsi yang disenaraikan di bawah akan dihentikan mulai 19 June 2024 daripada aplikasi Yoodo:

    • Pesanan SIM baru (kecuali SIM gantian)
    • Pengaktifan SIM baru (kecuali SIM gantian)
    • Pendaftaran Akaun
    • Ajak Kawan
    • Pengubahsuaian Tempoh Sah
  2. Bolehkah saya mengaktifkan kad SIM Yoodo baru?

    Mulai 19 Jun 2024, pesanan dan pengaktifan SIM baru akan dihentikan. Walau bagaimanapun, jika anda adalah pengguna Yoodo sedia ada, anda boleh memesan dan mengaktifkan SIM gantian untuk talian sedia ada anda.

  3. Apakah yang berlaku kepada talian Yoodo saya selepas 29 Ogos 2024?

    Pelan Yoodo sedia ada anda akan diteruskan dengan CelcomDigi.

  4. Bolehkah saya masih menikmati pelan sedia ada saya selepas 29 Ogos 2024?

    Ya, anda boleh meneruskan pelan sedia ada anda.

  5. Bolehkah saya masih menggunakan baki kredit saya selepas 29 Ogos 2024?

    Ya, baki kredit anda boleh digunakan untuk pembaharuan pelan CelcomDigi anda.

  6. Pemindahan keluar (Port Out)

  7. Adakah terdapat sebarang pilihan untuk pemindahan keluar (port out?)

    Jika anda telah memutuskan untuk tidak meneruskan pelan sedia ada anda dengan CelcomDigi, anda boleh memilih untuk memindahkan nombor Yoodo anda ke syarikat telekomunikasi lain.

  8. Penamatan

  9. Bagaimanakah cara saya menamatkan talian Yoodo saya?

    Anda boleh menamatkan talian Yoodo anda melalui aplikasi Yoodo. Sila ikuti langkah berikut:

    • Lancarkan aplikasi Yoodo.
    • Pergi ke “Urus Talian”.
    • Pilih talian yang anda ingin tamatkan dan pilih "Tamatkan Talian".
    • Masukkan nombor telefon untuk pengesahan.
  10. Talian Prabayar CelcomDigi 5G

  11. Adakah terdapat sebarang bayaran jika saya memutuskan untuk kekal dan meneruskan pelan saya dengan CelcomDigi?

    Tiada caj akan dikenakan jika anda meneruskan pelan anda dengan CelcomDigi.

  12. Adakah saya perlu menukar kad SIM saya?

    Tidak, anda boleh terus menggunakan kad SIM sedia ada anda.

  13. Bayaran Balik

  14. Saya mempunyai baki dalam Yoodo Credits saya. Adakah saya layak mendapat bayaran balik baki kredit?

    Pengguna yang telah memilih untuk memindah keluar (port out) dan menamatkan pilihan untuk talian Yoodo mereka akan layak mendapat bayaran balik. Walau bagaimanapun, jika anda ingin terus menikmati pelan sedia ada anda dengan CelcomDigi, baki kredit anda masih akan tersedia dan digunakan untuk pelan bulanan CelcomDigi anda, dan anda tidak perlu meminta bayaran balik.

  15. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bayaran balik untuk baki Yoodo Credits saya?

    Anda digalakkan untuk menggunakan sebarang baki kredit sebelum menamatkan talian atau memindahkan keluar ke syarikat telekomunikasi lain. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih bayaran balik dengan mengisi borang Bayaran Balik antara 1 Julai 2024 dan 29 Ogos 2024. Proses pembayaran balik adalah seperti berikut:

    • Langkah 1: Layari laman web kami antara 1 Julai 2024 dan 29 Ogos 2024.
    • Langkah 2: Isikan Borang Bayaran Balik untuk kami memproses permintaan anda.
    • Langkah 3: Pastikan anda memasukkan nombor akaun bank Malaysia yang didaftarkan di atas nama anda.
    • Langkah 4: Permintaan anda akan diproses, dan jumlah akan dihantar kepada anda dalam masa 30 hari bekerja selepas borang Bayaran Balik anda telah dihantar.
  16. Apakah jumlah bayaran balik baki kredit saya?

    Amaun bayaran balik akan berdasarkan baki Yoodo Credits anda semasa menyerahkan Borang Bayaran Balik.

  17. Saya mempunyai baki dalam Yoodo Points. Adakah saya layak mendapat bayaran balik?

    Tiada bayaran balik akan dibuat untuk Yoodo Points.

  18. Bantuan

  19. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut atau bantuan?

    Anda boleh berhubung dengan Pasukan Bantuan kami melalui WhatsApp (+6011-5622 2222) atau melalui LiveChat di laman web Yoodo.