Cerita kami

Kami mencabar status quo. Mengubah segala peraturan, dan mereka peraturan sendiri. Misi kami: perkhidmatan yang meletakkan kuasa pilihan dalam tangan anda. Untuk mengembalikan faktor ‘Wow’. Memberikan anda suara, membenarkan anda memilih. Dengan mudah dan jelas.

Kami memecah sempadan agar kita semua mengecapi kebebasan. Kami adalah Yoodo.

Tujuan kami

Mencetus Perubahan dan Revolusi Pasaran
Mencetus Perubahan dan Revolusi Pasaran

Kami membawa makna baru untuk pelan mudah alih. Dengan membenarkan anda mereka pelan anda sendiri, kami mengubah lanskap telekomunikasi – anda bukan mendapat pilihan, akan tetapi diberi kebebasan. Nafas baru, pelan baru, dunia baru.

Mengembalikan Kuasa Pilihan kepada Anda
Mengembalikan Kuasa Pilihan kepada Anda

Kami sedar anda tak gemar diarah. Kami telah tinggalkan pelan-pelan tetap, kontrak-kontrak serta ciri-ciri yang mengelirukan di belakang. Semuanya agar anda boleh membuat pilihan sendiri. Kini anda boleh menentukan segalanya, kerana anda lebih arif. Anda dah bersedia untuk menentukan pelan anda sendiri?

Membina Komuniti yang Berkongsi
Membina Komuniti yang Berkongsi

Kami mempunyai visi untuk membina satu komuniti pengguna yang gemar berkongsi pengalaman dan nasihat, agar kita semua dapat memanfaatkan pengalaman bersama pelan mudah alih Yoodo. Mari bersua-bicara!