Dasar Privasi

Yoodo adalah perkhidmatan mudah alih sendirian dimiliki dan dioperasi oleh Celcom Mobile Sdn Bhd (No Syarikat. 27910-A) (“Celcom”) dan pengumpulan serta pengunaan data peribadi pelanggan akan digunakan/ diurus sepertimana Notis ini.

Kami, CELCOM AXIATA BERHAD (No. Syarikat 167469-A), dengan pejabat berdaftar di Level 5, Corporate Headquarters, Axiata Tower, 9 Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia dan tempat perniagaan utama di No.6 Persiaran Barat, Seksyen 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia, dan syarikat subsidiari kami (secara kolektifnya “CELCOM”) menyediakan pelbagai perkhidmatan telekomunikasi. Kami komited melindungi semua Data Peribadi yang kami simpan dan menyediakan khidmat pelanggan terbaik kepada pelanggan kami. CELCOM terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan semua peraturan, standard dan garis panduan yang berkaitan seperti yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (termasuk tetapi tidak terhad kepada Tataamalan Perlindungan Data Peribadi bagi

Pemegang Lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998), Tataamalan Umum Pengguna bagi Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang menerangkan beberapa prinsip tentang perlindungan pengguna di Malaysia.

Privasi anda penting bagi kami, oleh itu sila luangkan masa untuk memahami amalan privasi kami.

Bagi tujuan Notis Privasi (“Notis”) ini:

“Data Peribadi” bermaksud apa-apa maklumat berkaitan pelanggan CELCOM yang telah diberikan oleh pelanggan kepada CELCOM atau disediakan untuk CELCOM berikutan wujudnya kontrak pelanggan dengan CELCOM, contohnya nama, No. Kad Pengenalan/Pasport, alamat, maklumat tentang urus niaga pelanggan dengan CELCOM seperti maklumat hubungan, maklumat kad kredit/debit dan butiran akaun bank, baki akaun, sejarah pembayaran, lokasi telefon bimbit (untuk membolehkan sambungan kepada rangkaian kami), imej anda yang dirakam oleh anda ke platform dalam talian kami (seperti aplikasi Celcom Life), imej anda yang dirakam melalui kamera litar tertutup semasa anda mengunjungi cawangan atau pejabat kami, rakaman panggilan telefon yang anda buat ke pusat perkhidmatan atau pusat hubungan kami dan aktiviti akaun; perkataan “anda” dan “pelanggan” merangkumi bekas pelanggan, pelanggan semasa atau bakal pelanggan CELCOM, termasuk pelanggan rangkaian lain yang membuat perayauan dengan CELCOM;

  • SKOP

    Notis ini terpakai untuk pemprosesan Data Peribadi oleh semua unit operasi dan perniagaan CELCOM apabila anda menggunakan rangkaian kami, mengunjungi laman web kami serta menggunakan atau menerima produk dan/atau perkhidmatan kami. Jika mana-mana unit operasi atau perniagaan CELCOM sudah pun mempunyai notis perlindungan data yang khusus; Notis ini akan menggantikan apa-apa notis tersebut.

  • TANGGUNGJAWAB

    Bahagian Khidmat Pelanggan bertanggungjawab terhadap akses dan pembetulan Data Peribadi, notis dan proses pemilihan oleh pelanggan untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi, dan Bahagian Pejabat Etika dan Privasi bertanggungjawab terhadap pemantauan pentadbiran Notis ini dan pemantauan pematuhan di seluruh syarikat.

  • TARIKH KUAT KUASA DAN PERUBAHAN TERHADAP NOTIS INI

    Notis ini berkuat kuasa dari 1 Ogos 2013 dan kali terakhir ia dikemaskinikan pada 10 September 2021. Kami berhak mengubah suai, mengemas kini dan/atau meminda Notis ini dari semasa ke semasa dengan memberikan notis terdahulu yang munasabah kepada anda. Kami akan memberitahu anda tentang apa-apa pindaan melalui pengumuman di laman web kami atau cara pemberitahuan lain yang sesuai. Sila kunjungi laman web kami di www.celcom.com.my dari semasa ke semasa untuk melihat jika terdapat apa-apa pindaan terhadap Notis ini. Apaapa pindaan terhadap Notis ini akan berkuat kuasa selepas diterbitkan di laman web kami. Jika anda terus berkomunikasi dengan kami, menggunakan rangkaian kami, mengunjungi laman web kami dan/atau menggunakan atau menerima produk dan/atau perkhidmatan kami selepas diberitahu tentang apa-apa pindaan terhadap Notis ini, anda akan dianggap bersetuju dan menerima pindaan tersebut.

  • PRINSIP PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

    • Prinsip Am:

      • Melainkan dinyatakan sebaliknya oleh kami semasa Data Peribadi dikumpul, anda dikehendaki memberikan Data Peribadi yang diminta kepada kami bagi membolehkan anda menggunakan rangkaian kami dan/atau menerima produk dan/atau perkhidmatan kami. Jika anda gagal memberikan Data Peribadi yang dikehendaki kepada kami atau jika Data Peribadi itu tidak mencukupi atau tidak memuaskan hati kami, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda dan/atau menyediakan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda.
      • Apabila anda mendaftarkan diri untuk produk dan perkhidmatan kami atau meminta apa-apa maklumat daripada kami untuk melaksanakan urus niaga komersil, anda membenarkan kami mengumpul dan memproses Data Peribadi anda. Kami akan menggunakan, memproses, merekodkan, memegang, menyimpan, berkongsi dan mendedahkan (“memproses”) Data Peribadi dengan kebenaran anda.
      • Penggunaan rangkaian kami, kunjungan ke laman web kami dan penggunaan produk dan/atau perkhidmatan kami secara berterusan akan dianggap sebagai persetujuan daripada anda untuk kami memproses Data Peribadi anda.
      • Kami akan merekodkan dan menyelenggara rekod kebenaran anda melalui penggunaan berterusan rangkaian kami, produk dan/atau perkhidmatan kami oleh anda seperti yang terdapat dalam pangkalan data pelanggan aktif kami.
      • Jika anda di bawah umur 18, anda dikehendaki mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga anda yang sah sebelum menggunakan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami.
      • Kami mungkin mengumpul Data Peribadi anda daripada borang permohonan pelanggan, borang pendaftaran prabayar, sistem pengurusan hubungan pelanggan, sistem rangkaian kami, dan juga pihak ketiga yang berurusan dengan kami atau mempunyai hubungan dengan anda atau sesiapa yang mendapat kebenaran anda untuk memproses Data Peribadi anda (sebagai contoh, agensi rujukan/pelaporan kredit, institusi kewangan atau agensi kawal selia atau penguatkuasaan undang-undang) untuk mengakses keperluan anda dan menyediakan khidmat yang lebih baik kepada anda. Kami juga mungkin mengumpul Data Peribadi anda apabila anda berkomunikasi dengan kami, mendaftar atau melanggan produk dan/atau perkhidmatan tertentu, menggunakan rangkaian kami, mengunjungi laman web kami, mengambil bahagian dalam kajian dan pertandingan kami, memulakan hubungan perniagaan dengan kami, menyediakan maklum balas kepada kami atau membuat aduan kepada kami.
      • Melainkan menurut Notis ini dan kecuali seperti yang dibenarkan atau dikehendaki di bawah mana-mana enakmen, undang-undang, statut atau kanun, kami tidak akan menggunakan atau mendedahkan Data Peribadi anda tanpa mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada anda.
      • Anda akan diberikan peluang untuk “tidak membenarkan” Data Peribadi anda digunakan bagi tujuan yang tidak berkait secara langsung dengan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami atau laman web kami semasa kami meminta Data Peribadi anda. Sila ambil maklum bahawa jika anda memilih untuk “tidak membenarkan”, kami mungkin tidak dapat menyediakan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan tertentu untuk anda dan langganan atau permohonan anda untuk rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan tertentu mungkin ditolak, dinafikan atau tidak dibenarkan oleh kami.
      • Kami bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk mendedahkan nombor telefon bimbit anda kepada pengendali rangkaian lain bagi membolehkan/membantu penggunaan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami. Jika anda enggan membenarkan pendedahan tersebut, kami mungkin tidak dapat meneruskan penyediaan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami untuk penggunaan berterusan oleh anda.
      • Notis dan Prinsip Pemilihan:

        • Sila ambil maklum bahawa kami akan memproses Data Peribadi anda bagi tujuan yang berikut:
          • menilai dan memproses permohonan atau langganan anda bagi mana-mana produk dan/atau perkhidmatan kami, dan mengesahkan identiti anda atau menilai kepercayaan kredit anda untuk menyediakan mana-mana produk dan/atau perkhidmatan kepada anda;
          • menyediakan, mengendalikan dan menguruskan produk dan/atau perkhidmatan yang anda minta;
          • memproses bayaran anda bagi mana-mana produk dan/atau perkhidmatan kami, termasuk menyediakan bil kepada anda, menyelenggara rekod kewangan, menilai atau mengesahkan butiran kad kredit/debit dan membantu pembayaran bagi apa-apa amaun yang perlu dibayar kepada kami;
          • menyediakan sokongan rangkaian, pengurusan dan pengoptimuman rangkaian, khidmat sokongan pelanggan dan khidmat lain yang berkaitan kepada anda, termasuk mengendalikan apa-apa pertanyaan atau aduan;
          • mewujudkan dan menyelenggara pangkalan data am pelanggan;
          • memproses data bersama entiti khidmat luar yang berada di dalam dan luar Malaysia;
          • memprofilkan keutamaan penggunaan dan pembelian anda, termasuk dengan menganalisis cara anda menggunakan rangkaian, laman web, produk dan/atau perkhidmatan kami secara peribadi atau agregat untuk mengumpul maklumat demografi, minat dan tingkah laku secara meluas supaya kami dapat memahami anda dengan lebih baik dan dapat menyesuaikan produk dan/atau perkhidmatan kami menurut keutamaan anda;
          • melindungi data kami dan/atau anda yang berkaitan dengan kehidupan, kematian dan/atau keselamatan, yang mungkin dianggap sebagai kepentingan utama kami dan/atau anda;
          • pentadbiran keadilan;
          • menyediakan maklumat, promosi dan laporan kemas kini yang merangkumi bahan pemasaran dan pengiklanan yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami;
          • mempromosikan produk, perkhidmatan dan/atau tawaran istimewa daripada organisasi yang dipilih oleh kami (“peniaga dan rakan kongsi strategik pilihan kami”) yang menawarkan produk dan/atau perkhidmatan yang kami fikirkan dapat menarik minat anda, dan termasuk pengiklanan yang disesuaikan/disasarkan bagi produk, perkhidmatan dan/atau tawaran istimewa pihak ketiga;
          • menjalankan penyelidikan atau kajian pasaran, analisis pemasaran dalaman, aktiviti pemprofilan pelanggan, analisis corak, tingkah laku dan pilihan pelanggan, analisis perancangan dan statistik, termasuk penyediaan laporan analisis tersebut dan penggunaan hasil analisis bagi pelbagai tujuan, termasuk pembangunan dan pemasaran produk dan/atau perkhidmatan kami dan/atau pihak ketiga terpilih kami;
          • untuk membuat statistik agregat mengenai jualan, perkhidmatan, pelanggan, corak trafik rangkaian dan lokasi, yang kami mungkin berikan kepada pihak ketiga. Statistik agregat tersebut tidak mengandungi maklumat yang boleh mengenal pasti anda secara peribadi melalui penggunaan cara yang mungkin munasabah digunakan oleh kami atau oleh mana-mana orang lain;
          • menghantar pengumuman khidmat awam atau ucapan musim perayaan sama ada bagi pihak kami atau bagi pihak lain (tanpa mendedahkan data peribadi anda);
          • membantu pemindahan nombor telefon bimbit anda kepada penyedia perkhidmatan lain;
          • menyiasat dan menyelesaikan apa-apa isu atau pertikaian antara anda dengan kami, termasuk mempertahankan tuntutan yang dibuat terhadap, atau YANG MELIBATKAN kami;
          • melaksanakan apa-apa fungsi yang dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan; dan/atau
          • memenuhi apa-apa tujuan lain atau tujuan sampingan yang berkaitan untuk mengendalikan, menyelenggara dan menguruskan penyediaan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami, dan juga hubungan perniagaan kami yang lebih baik dengan anda.
      • Prinsip Pendedahan:

        • Kami hanya akan mendedahkan Data Peribadi anda bagi tujuan pemprosesan Data Peribadi anda seperti yang digariskan dalam Notis ini; untuk mematuhi apa-apa obligasi undang-undang atau perintah mahkamah; bagi tujuan mencegah atau mengesan jenayah, atau bagi tujuan penyiasatan; atau jika anda telah memberikan kebenaran bagi pendedahan tersebut.
        • Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga seperti yang berikut:
          • syarikat dan organisasi yang membantu kami dalam pelaksanaan kontrak kami atau penyediaan apa-apa rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan yang anda minta atau langgan;
          • syarikat dan organisasi bagi pematuhan terhadap apa-apa obligasi undang-undang dan/atau pengawalseliaan dan kami adalah subjeknya, selain apa-apa obligasi yang dikenakan di bawah kontrak kami dengan pelanggan;
          • syarikat dan organisasi yang bertindak sebagai saluran pembayaran kami termasuk dan tidak terhad, institusi kewangan bagi tujuan menyelenggara rekod kewangan, menilai atau mengesahkan butiran kad kredit/debit dan membantu pembayaran bagi apa-apa amaun yang perlu dibayar kepada kami;
          • penyedia perkhidmatan atau pihak ketiga lain yang dilantik oleh kami sama ada secara berasingan atau bersesama dengan penyedia perkhidmatan lain, bagi tujuan mewujudkan dan menyelenggara pangkalan data am pelanggan atau memproses data sebagai entiti khidmat luar yang berada dalam dan luar Malaysia;
          • syarikat dan organisasi yang bertindak sebagai ejen atau kontraktor kami bagi tujuan mendapatkan apa-apa amaun yang perlu dibayar kepada kami;
          • wakil penjual dan ejen kami yang bekerja bersama kami untuk menyediakan atau memasarkan dan menjual produk dan/atau perkhidmatan kami;
          • penasihat profesional kami termasuk peguam, akauntan, penasihat dan juruaudit cukai, atas dasar “perlu tahu”;
          • badan kawal selia, agensi penguatkuasaan undang-undang atau pihak berkuasa kerajaan yang lain untuk mematuhi keperluan di bawah undang-undang atau mengesan atau mencegah jenayah dan/atau penipuan;
          • mana-mana pihak yang terlibat atau berkaitan dengan prosiding undang-undang, bagi tujuan prosiding;
          • penyedia kredit atau agensi pelaporan kredit termasuk tetapi tidak terhad kepada Defaulters Database Management Facility (inisiatif oleh pengendali rangkaian di Malaysia untuk menentukan kelayakan kredit pelanggan) dan CTOS atau agensi pencegahan penipuan;
          • mana-mana pihak ketiga (dan penasihat/wakilnya) berhubung dengan apa-apa penyusunan semula, penyatuan, penjualan, penggabungan, pemerolehan, usaha sama, penyerahan hak, pemindahan, amalan pembiayaan atau jualan aset/saham yang dicadangkan atau sebenar yang berkaitan dengan semua atau mana-mana bahagian perniagaan kami atau sekiranya ada kemungkinan berlakunya ketaksolvenan, kebankrapan atau penerimaan, dan Data Peribadi anda akan dipindahkan; dan/atau
          • mana-mana pihak ketiga lain yang berkaitan atau terlibat dalam pelaksanaan kontrak kami dengan anda, penyediaan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda, atau berkaitan dengan penjagaan hubungan perniagaan kami dengan anda.
        • Pemasaran Langsung: Kami mungkin memproses Data Peribadi anda untuk menghantar maklumat, promosi dan laporan kemas kini kepada anda termasuk bahan pemasaran dan pengiklanan yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami dan juga peniaga dan rakan kongsi strategik pilihan kami yang mungkin menarik minat anda. Selaras dengan perkara ini:
          • Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada peniaga dan rakan kongsi strategik pilihan kami yang anda melanggan produk dan/atau perkhidmatannya dan memerlukan pendedahan tersebut dan/atau anda membenarkan pendedahan tersebut.
          • Dengan kebenaran anda, kami dan/atau peniaga dan rakan kongsi strategik pilihan kami mungkin menghantar komunikasi pemasaran tentang produk dan/atau perkhidmatan kepada berdasarkan keutamaan dan minat anda.
          • Jika anda tidak mahu lagi menerima apa-apa komunikasi pemasaran tersebut daripada kami dan/atau peniaga dan rakan kongsi strategik pilihan kami, anda boleh memilih untuk tidak menerima pemasaran langsung tersebut dengan menghubungi kami melalui butiran hubungan yang disenaraikan dalam Notis ini. Sila ambil maklum bahawa jika anda memilih untuk tidak menerima pemasaran langsung itu, kami masih boleh menghantar komunikasi bahan bukan pemasaran dan promosi yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan yang anda langgan.
        • Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada subsidiari kami, syarikat induk Axiata Group Berhad atau mana-mana entiti lain yang memproses Data Peribadi anda bagi tujuan yang digariskan dalam perenggan 4.2.1.
      • Prinsip Keselamatan:

        • Kami bertanggungjawab untuk mengambil langkah berhemat bagi melindungi kerahsiaan dan keselamatan semua Data Peribadi, termasuk mengambil langkah prosedur, organisasi dan teknikal yang sewajarnya untuk melindungi Data Peribadi daripada kemusnahan yang tidak disengajakan atau tidak sah atau kehilangan, pindaan atau pendedahan yang tidak disengajakan. Kami akan mengambil beberapa langkah perlindungan, yang sesuai dengan sensitiviti Data Peribadi, untuk melindungi Data Peribadi daripada kehilangan atau kecurian, dan juga akses, pendedahan, penyalinan, penggunaan atau pengubahsuaian yang tidak dibenarkan.
        • Langkah ini termasuk menandatangani perjanjian bertulis dengan subkontraktor yang memproses Data Peribadi menurut arahan kami dan sekurang-kurangnya memasukkkan standard perlindungan data kami, dan menghendaki subkontraktor tersebut supaya menyediakan jaminan yang mencukupi berkaitan langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang mengawal pemprosesan Data Peribadi, serta memastikan subkontraktor itu mengambil langkah yang munasabah untuk mematuhi langkah tersebut.
      • Prinsip Penyimpanan:

        Data anda akan disimpan mengikut tujuan ia dikumpul dan diproses, atau bagi tujuan pematuhan terhadap apaapa keperluan undang-undang, kawal selia atau keperluan dalaman. Kami akan mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan semua data peribadi dimusnahkan atau dipadam secara kekal jika ia tidak lagi diperlukan mengikut tujuan ia dikumpul dan diproses.

      • Prinsip Integriti Data:

        • Kami berusaha menyelenggara Data Peribadi pelanggan yang lengkap, terkini dan tepat. Apa-apa Data Peribadi yang tidak tepat yang dibawa kepada pengetahuan kami akan dibetulkan secepat mungkin selepas pemberitahuan. Prosedur akan dikekalkan untuk memastikan apa-apa ketaktepatan yang dilaporkan dikendalikan dengan segera dan berkesan dan semua Data Peribadi kekal tepat, terkini dan lengkap.
        • Anda bertanggungjawab memberikan Data Peribadi yang lengkap, terkini dan tepat kepada kami. Kegagalan memberikan Data Peribadi yang lengkap, terkini dan tepat kepada kami seperti yang dikehendaki dalam perjanjian termasuk borang pendaftaran atau apa-apa tambahan pada perjanjian/borang itu, mungkin menyebabkan permohonan anda untuk mendapatkan produk dan/atau perkhidmatan kami ditolak, perkhidmatan atau perjanjian ditamatkan dan/atau surat-menyurat daripada kami termasuk tetapi tidak terhad, penyata bil gagal dihantar kepada anda. Dalam keadaan tersebut, kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa tuntutan atau aduan daripada anda yang timbul daripadanya.
      • Prinsip Akses:

        Anda berhak mengakses Data Peribadi anda yang berada dalam pemilikan atau kawalan kami dan anda boleh meminta Data Peribadi anda dipinda bagi tujuan ketepatan dan kesempurnaan. Kami mungkin mengenakan sedikit fi (amaun seperti yang dibenarkan di bawah undang-undang terpakai) untuk menampung kos pentadbiran yang terlibat dalam pemprosesan permintaan anda untuk mengakses Data Peribadi. Dengan tidak menyentuh perkara ini, kami boleh bergantung pada apa-apa pengecualian berkanun dan/atau kekecualian untuk mengumpul, menggunakan dan mendedahkan Data Peribadi anda.Bagi permohonan untuk megakses data peribadi anda, sila muat turun dan isikan borang “Permohonan Data Peribadi” dan emelkan kepada privacy@celcom.com.my

    • PEMINDAHAN DATA PERIBADI DI LUAR MALAYSIA

      • Kami mungkin memindahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga yang berada di dalam dan luar Malaysia yang menyediakan khidmat luar bagi penyimpanan data atau pemprosesan data bagi pihak kami, jika anda menggunakan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami daripada negara selain Malaysia (contohnya, perayauan antarabangsa).
        • Anda membenarkan kami memindahkan Data Peribadi anda di luar Malaysia jika berlaku keadaan ini.
        • Anda mengambil maklum bahawa entiti asing ini mungkin ditubuhkan di negara yang mungkin tidak menawarkan tahap perlindungan data yang sama dengan tahap perlindungan di Malaysia.
        • Kami mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan Data Peribadi anda dilindungi secukupnya, termasuk menjalankan kajian keselamatan data terhadap mana-mana penerima data, menyediakan kontrak dengan penerima tersebut dan juga menghendaki penerima itu memastikan Data Peribadi anda tidak akan diproses dalam cara yang, jika negara itu Malaysia, melanggar undang-undang perlindungan data yang terpakai di Malaysia.
    • DATA PERIBADI SENSITIF

      • Jika terdapat keperluan, kami akan mendapatkan kebenaran nyata daripada anda sebelum atau semasa kami memproses Data Peribadi Sensitif.
      • Kami mungkin memproses Data Peribadi Sensitif tanpa kebenaran anda hanya dalam keadaan tertentu seperti yang dibenarkan oleh undang-undang.
    • LAMAN WEB CELCOM

      • Kami menyediakan produk dan/atau perkhidmatan melalui pelbagai laman web. Semasa anda mengunjungi laman web kami, pelayan web secara umumnya merekod maklumat tanpa nama seperti masa, tarikh dan URL bagi permintaan tersebut. Maklumat ini membantu kami menambah baik struktur laman web dan memantau prestasinya. Dari semasa ke semasa, kami juga mungkin menggunakan pihak ketiga untuk menganalisis maklumat tanpa nama ini.
      • Sebagai keperluan mandatori dalam penggunaan laman web kami, kami mungkin menghendaki maklumat standard seperti pengenalan log masuk, kata laluan, Data Peribadi, butiran hubungan dan nombor pengenalan bagi tujuan pengesahan. Maklumat ini perlu untuk kami menyediakan produk dan/atau perkhidmatan yang anda pohon. Anda dikehendaki mengekalkan kerahsiaan pengenalan log masuk dan kata laluan anda yang membolehkan anda mengakses laman web kami. Kami ingin menekankan bahawa kami tidak dapat melindungi Data Peribadi anda jika anda sendiri mendedahkan pengenalan log masuk dan kata laluan kepada orang lain, dan oleh itu, kami tidak akan bertanggungjawab terhadap pendedahan Data Peribadi tersebut.
    • ALAMAT IP DAN KUKI

      • Kami juga mengumpul alamat Protokol Internet (IP). Alamat IP diberikan kepada komputer yang mempunyai sambungan Internet untuk mengenal pastinya secara unik dalam rangkaian global. Kami mengumpul dan menguruskan alamat IP sebagai sebahagian daripada perkhidmatan yang menyediakan pengurusan sesi Internet dan bagi tujuan keselamatan.
      • Laman web kami mungkin menghantar “kuki” kepada komputer anda, yang membolehkan kami menyimpan maklumat pada komputer anda semasa anda mengunjungi laman web kami. Kuki ialah pakej data yang membenarkan pelayan kami mengenal pasti dan berinteraksi dengan komputer anda dengan lebih berkesan tanpa perlu menghabiskan masa untuk mengenal pasti setiap pelanggan, dan oleh itu turut menyediakankemudahan log masuk tambahan. Anda boleh menetapkan konfigurasi dan memperibadikan pelayar semasa anda untuk tidak bersetuju, menolak atau memadam kuki tersebut.
      • Kuki juga membolehkan kami mengenal pasti computer anda dalam kunjungan berulang. Jenis maklumat yang dikumpul adalah tanpa nama dan tidak peribadi (contohnya, alamat IP bagi komputer pelanggan, tarikh dan masa kunjungan pelanggan, laman yang dilayari oleh pelanggan dan sama ada laman tersebut berjaya dihantar). Selain menentukan ketersambungan dan komunikasi asas, kami juga mungkin menggunakan data ini dalam bentuk agregat untuk membangunkan perkhidmatan yang disesuaikan dengan minat dan keperluan individu anda. Jika anda memilih untuk berbuat demikian, anda mungkin menerima peringatan serta-merta (bergantung pada pelayar yang anda gunakan) sebelum menerima apa-apa kuki, atau menghalang pelayar anda daripada menerima apa-apa kuki. Walau bagaimanapun, langkah ini mungkin menyebabkan sesetengah ciri laman web kami tidak dapat diakses.
    • SALURAN KOMUNIKASI PIHAK KETIGA

      • Anda boleh menghubungi kami melalui saluran komunikasi pihak ketiga (seperti Facebook Messenger, WhatsApp, Instagram, Twitter) (secara kolektif “Saluran Komunikasi Tersebut”) untuk kami memberikan anda perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, semakan baki, perkhidmatan pelanggan, berita dan promosi mengenai produk dan perkhidmatan kami. Selain itu, setelah anda memilih untuk menghubungi kami menggunakan saluran komunikasi pihak ketiga, kami akan meneruskan menghubungi anda melalui saluran yang dipilih, kecuali anda meminta untuk menghentikan perkhidmatan tersebut.
      • Dengan bersetuju untuk menggunakan Saluran Komunikasi Tersebut, anda dengan ini memberikan kebenaran dan seterusnya bersetuju bahawa sebarang data peribadi yang anda kongsikan melalui Saluran Komunikasi Tersebut akan digunakan/ diurus sepertimana Notis ini.Apabila anda menggunakan saluran komunikasi pihak ketiga, ingatlah bahawa anda terikat dengan dasar / notis privasi pihak ketiga tersebut. Kami tidak menyokong dan tidak akan bertanggungjawab terhadap amalan privasi pihak ketiga. Kami menggalakkan anda untuk membaca dan memahami notis privasi mana-mana pihak ketiga kerana pengamalan dasar privasi mereka mungkin berbeza dalam beberapa aspek dari notis privasi kami.
    • PENGIKLANAN BERASASKAN MINAT

      • Pengiklanan Berasaskan Minat ialah cara menjadikan iklan di laman web yang anda kunjungi lebih relevan kepada anda. Kami mengumpul maklumat tanpa nama tentang aktiviti pelayaran web dalam peranti anda yang disambungkan ke Internet dan menggunakan maklumat tersebut untuk mengaitkan pelayar anda dengan satu kategori minat pratentu atau lebih. Langkah ini membolehkan kami menyediakan iklan yang disesuaikan dengan minat anda. Pengiklanan Berasaskan Minat tidak mengubah jumlah pengiklanan yang anda terima, sebaliknya ia hanya menjadikannya lebih relevan.
      • Anda boleh menetapkan konfigurasi dan memperibadikan pelayar semasa anda untuk tidak bersetuju, menolak atau memadam pengumpulan maklumat Pengiklanan Berasaskan Minat. Walau bagaimanapun, langkah ini mungkin menyebabkan sesetengah ciri laman web kami tidak dapat diakses.
    • ANALISIS DIGITAL

      • Kami mungkin mendapat akses kepada ciri demografi am yang dikaitkan dengan penggunaan rangkaian, laman web, produk dan/atau perkhidmatan kami oleh anda dan kami mungkin menggunakan maklumat ini untukmemulakan kempen atau kandungan pengiklanan yang disasarkan atau disesuaikan, serta menyediakan khidmat sokongan rangkaian dan khidmat sokongan pelanggan yang lebih baik kepada anda.
      • Kami juga mungkin menghasilkan atau menyelenggara profil pelanggan kami dengan menggunakan sumber data dalaman termasuk Data Peribadi anda atau Data Peribadi yang diperoleh daripada pihak ketiga yang berkaitan atau bekerjasama dengan kami. Apa-apa maklumat yang kami hasilkan, kumpul atau analisis bagi tujuan ini adalah sangat teragregat, tanpa nama dan dikategorikan ke dalam ciri demografi am seperti wilayah, golongan umur, jantina atau tingkah laku. Maklumat yang dihasilkan dalam ciri demografi am yang mungkin kami wujudkan tidak mengandungi Data Peribadi.
      • Kami mungkin berkongsi maklumat yang sangat beragregat dan tanpa nama ini dengan pihak ketiga yang mungkin menggabungkannya dengan maklumat lain untuk menjalankan analisis audiens yang lebih menyeluruh untuk kami dan pihak ketiga yang berkaitan atau bekerjasama dengan kami. Kami mungkin menggunakan maklumat tersebut atau digabungkan dengan maklumat lain untuk mengedarkan pengiklanan atau kandungan disasarkan atau disesuaikan kepada anda tanpa perlu mendedahkan apa-apa Data Peribadi anda kepada pengiklan.
      • Dengan mengunjungi laman web atau menggunakan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan kami, anda membenarkan kami memproses apa-apa maklumat anda bagi tujuan analisis digital di atas. Jika anda tidak membenarkan maklumat anda diproses melalui analisis digital bagi tujuan pemasaran langsung, anda boleh memilih untuk tidak membenarkan analisis tersebut dengan menghubungi kami melalui butiran hubungan yang disenaraikan dalam Notis ini atau memilih untuk “tidak membenarkan” pada laman web kami. Walau bagaimanapun, sila ambil maklum bahawa analisis digital itu mungkin digunakan bagi tujuan lain yang perlu bagi produk dan/atau perkhidmatan kami atau hubungan perniagaan kami dengan anda. Jika anda memilih untuk tidak membenarkan analisis digital dijalankan bagi apa-apa tujuan selain pemasaran langsung, kami mungkin tidak dapat menyediakan rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan tertentu kepada anda dan langganan anda atau permohonan untuk rangkaian, produk dan/atau perkhidmatan tertentu mungkin ditolak, dinafikan atau tidak dibenarkan oleh kami.
      • Klik disini untuk memilih keluar daripada analisis digital. Mengklik pautan ini akan memasang kuki yang membolehkan anda memilih keluar daripada analisis di yoodo.com.my. Mengosongkan kuki anda atau memadamkan kuki ini akan menghapuskan pilihan memilih keluar anda. Kuki pilihan keluar ini khusus kepada pelayar ini dan di dalam peranti ini sahaja.
    • PAPARAN NOMBOR PANGGILAN

      Kemudahan Paparan Nombor Panggilan (CND) kami membenarkan orang yang menerima panggilan telefon mengenal pasti orang yang menelefon mereka melalui paparan nombor pemanggil. CND membentuk sebahagian daripada perkhidmatan telefon biasa yang anda beli daripada kami. Melainkan anda memilih untuk menyekat nombor telefon anda, atau mempunyai talian senyap (silent line), CND biasanya akan menyebabkan nombor telefon anda dipaparkan (atau dilog) – dalam negara dan kadang kala di luar negara – pada telefon penerima panggilan. Dalam kata lain, CND akan membolehkan pendedahan nombor telefon anda kepada penerima panggilan (dan pengendali rangkaian lain) yang berada dalam dan di luar negara, melainkan anda mengambillangkah di atas. Jika anda tidak mahu mendedahkan nombor anda kepada penerima panggilan, anda boleh melanggan perkhidmatan Sekatan Pengenalan Nombor Pemanggil (CLIR) pada fi yang ditetapkan.

    • PAUTAN KE LAMAN WEB DAN PERKHIDMATAN LAIN

      Jika mana-mana bahagian laman web kami menghubungkan anda kepada laman web lain, laman web tersebut tidak beroperasi di bawah Notis ini dan kami tidak menerima apa-apa tanggungjawab atau liabiliti yang timbul daripada laman web lain tersebut.Begitu juga, jika anda melanggan aplikasi, kandungan atau produk daripada peniaga atau rakan strategik pilihan kami dan seterusnya anda memberikan Data Peribadi secara langsung kepada pihak ketiga itu, Data Peribadi tersebut akan tertakluk pada notis atau dasar perlindungan privasi/data peribadi pihak ketiga itu (jika mereka mempunyai notis atau dasar sedemikian) dan bukan Notis ini.Kami mengesyorkan anda membaca dan memahami notis/dasar perlindungan privasi/data peribadi peniaga atau rakan strategik pilihan kami itu supaya anda dapat memahami prosedur mereka tentang pengumpulan, pemprosesan, penggunaan dan pendedahan data peribadi sebelum menyerahkan Data Peribadi anda kepada mereka.Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkenaan Notis Privasi ini, sila hubungi kami di support@yoodo.com.my