Menangi percutian ke Korea
+ BANYAK LAGI!

Butiran Kempen
Pemenang Kempen

Tukar, belanja dan dapatkan penyertaan dengan Yoodo untuk berpeluang memenangi hadiah GEMPAK dalam Cabutan Bertuah Bulanan & Hadiah Utama!

Kempen tamat pada 30 Apr 2024

Disember 2023

GoPro Hero10

Januari 2024

Sony PlayStation 5

Februari 2024

Mi Electric Scooter 3

Mac 2024

Jabra Elite 10

April 2024

Samsung Galaxy Watch6

Bagaimana Untuk Menyertai?

Dapatkan peluang penyertaan untuk memenangi hadiah setiap kali anda menyelesaikan salah satu langkah di bawah. Semakin banyak penyertaan yang anda perolehi, semakin tinggi peluang anda untuk memenangi hadiah menarik dalam Cabutan Bertuah Bulanan & Hadiah Utama!

Saya mahu menang!

Bersedia untuk menang BESAR? Inilah langkah-langkah yang anda perlu lakukan

    Mengapa Bertukar Ke Yoodo?

    Penyesuaian Sepenuhnya

    Penyesuaian Sepenuhnya

    DIY pelan mudah alih anda sendiri. Pilih data, suara dan SMS mengikut kesukaan anda!

    100% digital

    100% digital

    Aktifkan, urus dan bayar semuanya melalui aplikasi Yoodo. Anda boleh mengaktifkan talian Yoodo dalam masa kurang dari 5 minit dengan eSIM kami.

    Kini dengan 5G!

    Kini dengan 5G!

    Alami talian ultra pantas, lancar dan lebih efisien hari ini! Lakukan lebih banyak lagi dengan kelajuan 10x melalui 5G.

    Bagaimana untuk mengaktifkan Yoodo & melayakkan diri untuk kempen ini?

    Langkah 1

    Muat turun aplikasi Yoodo

    Langkah 2

    Pada halaman ‘Sahkan Pesanan Anda’, masukkan kod promosi MENANG_ACT untuk diskaun istimewa dan buat pembayaran anda!

    Langkah 3

    Anda kini layak untuk menyertai kempen ini! Dapatkan lebih banyak penyertaan setiap kali anda memenuhi langkah kelayakan!

    1. Kempen ini berlangsung sehingga 30 April 2024.
    2. Terdapat dua bahagian penyertaan dan ganjaran yang diberikan bagi kempen ini,
      1. Cabutan Bertuah Hadiah Bulanan – Peserta yang layak dengan sekurang-kurangnya satu (1) penyertaan pada bulan tertentu berpeluang untuk memenangi hadiah utama bulanan.
      2. Cabutan Bertuah Hadiah Utama – Peserta yang layak dengan sekurang-kurangnya lima (5) penyertaan sepanjang tempoh kempen berpeluang untuk memenangi hadiah utama.
    1. Pengguna Yoodo Sedia Ada – Perbelanjaan dan transaksi anda tidak akan dikesan dan didaftarkan ke kempen ini sekiranya anda tidak mengisi nombor Yoodo di borang pendaftaran di laman web kempen.
    2. Nombor Yoodo yang diisi mestilah sah dan aktif untuk memenuhi kelayakan kempen ini.
    3. Pelanggan Yoodo Baharu – Perbelanjaan dan transaksi anda tidak akan dikesan dan didaftarkan ke kempen ini sekiranya anda tidak mengaktifkan talian Yoodo dengan menggunakan kod promo MENANG_ACT.

     

    Cabutan Bertuah Hadiah Bulanan

    1. Hanya penyertaan yang diperoleh dalam bulan tersebut akan diambil kira untuk cabutan bertuah bulan itu. Penyertaan tidak boleh dibawa ke cabutan bulan seterusnya. 
    2. Pemenang Cabutan Bertuah Hadiah Bulanan dipilih secara rawak setiap bulan berdasarkan transaksi yang dilakukan sepanjang tempoh kempen seperti berikut.
      1. 6 Disember 2023, 12:00 pagi hingga 31 Disember 2023, 11.59 malam (Bulan Pertama)
      2. 1 Januari 2024, 12:00 pagi hingga 31 Januari 2024, 11.59 malam (Bulan Kedua)
      3. 1 Februari 2024, 12:00 pagi hingga 29 Februari 2024, 11.59 malam (Bulan Ketiga)
      4. 1 Mac 2024, 12:00 pagi hingga 31 Mac 2024, 11.59 malam (Bulan Keempat)
      5. 1 April 2024, 12:00 pagi hingga 30 April 2024, 11.59 malam (Bulan Kelima)
    3. Pemenang Hadiah Bulanan akan diumumkan pada setiap 14 hari bulan berikutnya di laman web kempen ini.

     

    Cabutan Bertuah Hadiah Utama

    1. Pemenang Cabutan Bertuah Hadiah Utama akan dipilih secara rawak pada akhir tempoh kempen dan diumumkan pada 21 Mei 2024, 3:00 petang

     

    Butiran Tuntutan Hadiah & Hak Syarikat

    1. Setiap peserta hanya boleh memenangi satu (1) hadiah pada Cabutan Bertuah Hadiah Bulanan sepanjang tempoh kempen.
    2. Pemanang Cabutan Bertuah Hadiah Bulanan masih berpeluang untuk menyertai Cabutan Bertuah Hadiah Utama sekiranya penyertaan minimum dipenuhi.
    3. Setiap pemenang hanya boleh memenangi satu (1) Hadiah Utama pada Cabutan Bertuah Hadiah Utama.
    4. Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel dan notifikasi dalam aplikasi Yoodo selepas memenangi hadiah dan akan diminta untuk memberikan butiran penghantaran hadiah.
    5. Pemenang akan dibatalkan kelayakannya sekiranya akaun Yoodo mereka tidak aktif, dialih keluar atau ditamatkan atas sebarang sebab sepanjang tempoh kempen dan sehingga penyampaian hadiah. 
    6. Hadiah akan dihantar dalam tempoh 8 hingga 12 minggu mengikuti tempoh tamat setiap kempen bulanan dan selepas menerima butiran penghantaran. 
    7. Penghantaran ke Peti Surat tidak dibenarkan.
    8. Hadiah tidak boleh ditukar ganti dengan wang tunai dan tidak boleh dipindah milik.
    9. Yoodo mempunyai hak, dengan budi bicara tersendiri, untuk membatalkan dan menarik semula sebarang hadiah daripada pemenang yang didapati melanggar terma dan syarat ini atau terlibat dalam aktiviti penipuan yang boleh menjejaskan kempen ini. 
    10. Keputusan Yoodo ke atas pemenang adalah  muktamad dan sebarang surat-menyurat, aduan atau rayuan tidak akan dilayan.
    11. Yoodo mempunyai hak, dengan budi bicara tersendiri untuk menukar ganti hadiah dengan hadiah lain pada nilai yang sama tanpa sebarang notis. 
    12. Kesemua hadiah yang tidak dituntut selepas tiga puluh (30) hari dari tarikh makluman akan ditarik semula, dan sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan.
    13. Hadiah-hadiah yang diberikan adalah berdasarkan keadaan semasa dan Yoodo tidak termasuk dengan sebarang jaminan berkaitan hadiah.
    14. Para pemenang bertanggungjawab ke atas sebarang kos tambahan, duti, cukai dan/atau perbelanjaan yang dikenakan atas keputusan dan/atau penerimaan hadiah tersebut. 
    15. Dengan menerima hadiah, para pemenang telah memberi izin kepada Yoodo dan agensi-agensinya untuk menggunakan nama, gambar dan/atau yang berkaitan dengannya untuk tujuan pengiklanan, penulisan, promosi, pemasaran, perdagangan dan/atau tujuan lain-lain tanpa sebarang pampasan dan notis. 
    16. Yoodo mempunyai hak untuk mengubah, menukar, menyemak semula, menambah, memadam, mempelbagai, menggantung, membatalkan atau melambatkan kempen ini tanpa sebarang notis pada bila-bila masa. 
    17. Yoodo tidak bertanggungjawab ke atas sebarang ralat, pengeluaran, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, akses masuk tanpa izin, atau pengubahan tanpa izin, pada akaun pengguna, atau sebarang masalah teknikal terhadap rangkaian atau talian komunikasi kami, penyedia atau pelayan, perisian dan kegagalan e-mel.