KEMBALI KE ARTIKEL

Kuih tradisional Malaysia yang mungkin anda tak (atau belum) pernah tahu

Mei 10, 2021

Raya dah dekat. Malah yang bukan Muslim pun sudah terbayang kuih raya kegemaran menari-nari dalam minda masing-masing (kami pun macam ini)…

giphy 11

Selain daripada biskut London Almond dan Cornflake, mungkin anda di antara kita yang rindukan kuih-muih yang membangkitkan nostalgia. Mungkin kuih yang hanya ada di kampung atau kuih yang hanya anda jumpa sewaktu kecil. Mungkin juga kuih yang kawan-kawan di negeri lain rasa kelakar… sebab nama macam direka.

Jadi untuk mengubat rindu, kami paparkan manisan istimewa dari setiap negeri. Sesetengah daripada senarai ini mungkin bukan kuih raya, tetapi kalau dapat ia memang dapat melengkapkan semangat ‘beraya’!

Perlis – kuih karas

1 kuihkaras

Imej dari JKKN

Bayangkan kalau bihun dan roti jala ada anak yang comel dan manis. Ya, itulah dia kuih karas. Ia hanya memerlukan empat bahan – tepung beras, gula, air dan minyak – untuk menghasilkan manisan ini. Acuan bahan dituang ke dalam minyak panas dan digoreng sehingga rangup dan sempurna. Cuma, cuba jangan makan di kawasan yang mak anda baru sapu…

Kedah – kuih dangai

2 kuihdangai

Imej dari JKKN

Kalau anda sukakan kelapa, anda pasti suka kuih dangai. Ia ibarat biskut besar yang diperbuat daripada kelapa parut, tepung pulut, garam dan gula. Kami jamin kalau anda ‘pekena’ dengan secawan kopi, mesti anda terdengar lagu iklan raya bermain dalam minda.

Penang – kuih beka

3 kuihbeka

Imej dari saji.my

Ia bukan kuih bingka atau lepat pisang. Kuih beka yang mempunyai dua lapisan ini dikukus sambil dibalut daun pisang seperti lepat. Tetapi apa yang membezakannya adalah keenakan rasa lemak santan di dalamnya ditambah pula dengan rasa manis-masin membuatkan kuih ini pasti digemari rakyat Malaysia.

Perak – kuih limas

4 kuihlimas

Imej dari keluarga.my

“Macam tepung pelita je,” kata anda semua. Percayalah, tak sama. Tepung pelita diperbuat daripada tepung beras, manakala kuih limas diperbuat daripada tepung gandum (kami minta maaf kalau anda tengah diet). Ia lebih ringan dan cair, dan kami percaya anda mesti tak puas kalau dapat satu sahaja.

Selangor – wadai kipeng

5 wadaikipeng

Imej dari Fried Chillies

Wadai kipeng merupakan resipi turun-temurun komuniti Banjar. Ia nampak macam kari sotong tapi dengan rasa yang seakan-akan mimpi. Ladu melengkung ini dihidang dengan kuah santan yang berlemak. Ia selalunya disediakan untuk meraikan sesuatu, dan kami rasa tak salah kalau nak raikan kita masih hidup sihat sekarang ini. Masukkan kuih ini dalam senarai Raya anda!

Negeri Sembilan – kuih sopang

6 kuihsopang

Imej dari JKKN

(Kebiasaannya) hijau di luar, coklat di dalam dan putih di sekeliling. Kuih istimewa ‘Nogori’ ini seakan-akan kuih koci berbentuk separa bulat. Kuih sopang dikukus tanpa balutan bersama-sama kuah santan yang padu. Versi asal kuih ini dibuat menggunakan gula anau atau gula – ini baru betul tradisional.

Melaka – kuih tepung puli

7 tepungpuli

Imej dari Picdeer melalui Butter Kicap

Rupanya seakan-akan laksam yang meriah. Kuih tepung puli dibuat daripada campuran tepung pulut, tepung ubi kayu/sagu, gula dan santan.  Versi tradisional akan mempunyai pusaran berwarna hijau putih, tetapi anda boleh hasilkan warna versi tersendiri untuk padankan dengan baju raya.

Johor – kuih koleh kacang

8 kolehkacang

Imej dari my-resipi.com

Kek yang dibuat daripada kacang hijau dan santan ini ditabur dengan habuk santan yang rangup atau lebih dikenali sebagai tahi minyak. Walaupun rupanya mungkin tak berapa biasa untuk sesetengah orang, peminat sebenar tahu jangan ukur dari rupa luaran sahaja.

Pahang – kuih pena

9 kuihpena

Imej dari Kuih Tradisional Pahang di Facebook

Tepung pulut yang berbentuk dikukus dalam campuran tepung dan santan yang lebih lembut bagi menghasilkan kuih dua warna ini. Bahan-bahan yang digunakan adalah lebih kurang sama dengan dua lagi kuih kegemaran orang Pahang iaitu dodol kukus dan badak kubang, jadi kesemua kuih ini juga dikenali sebagai ‘tiga beradik’. Macam nama boyband

Terengganu – butir nangka

10 butirnangka

Imej dari JKKN

Jangan risau kalau korang tak suka buah – dalam kuih ini tak ada nangka pun – nama kuih ini datang dari pulut berbentuk oval yang direndam dalam kuah berlemak yang dibuat daripada santan, halba, gula melaka dan tepung beras. Resipi tradisonal akan menggunakan panda sebagai pewarna dan perasa, tetapi ada juga versi warna-warni.

Kelantan – asam gumpal

11 asamgumpal

Juga dikenali sebagai sagupal, asam gumpal dibuat daripada campuran kacang hijau dan gula yang dibalut dengan sagu. Ianya kemudian dihidang dengan kuah yang dibuat daripada santan, garam, gula, sedikit bawang dan halba. Manis dan berempah? Kami yakin sedap.

Sabah – kuih cincin

12 kuihcincin

Imej dari Wikipedia

Selepas semua jenis kuih bersantan yang kami kongsi, mungkin anda nak cuba sesuatu yang lebih rangup. Acuan kuih cincin ditambah dengan gula melaka bagi memberikan rasa 100% karamel lokal, dan digoreng dua kali bagi kerangupan berganda. Satu memang tak cukup!

Sarawak – kuih bongkol

13 kuihbongkol

Ada orang kata barang baik dibungkus dalam pek kecil, dan kuih yang dibungkus dengan daun pisang ini memang layak diiktiraf sebagai barang baik. Kuih bongkol diperbuat daripada tepung beras dan adunan santan, sejumlah gula nipah/gula apong, dan lapisan luar daripada campuran telur, santan dan gula biasa. Kesemua campuran bahan dikukus.

Walaupun semua kuih di atas berstatus lagenda, ada dua kuih yang sedang bertanding bagi mendapatkan sokongan anda pada musim raya ini: sang tradisionalis, Tart Nenas dan si beliawan, Sam-perit. Hanya SATU akan dipilih menjadi Kuih Raya… dan dilaporkan secara eksklusif di laporan YNN.

Berikan undi ANDA kepada calon Ketua Kuih Raya di laman web kami. DAN berpeluang memenangi hadiah menarik Pilihan Riang Raya dengan hanya mempunyai pelan yang aktif! Sekali lagi kita akan menyambut hari raya dalam keadaan yang mencabar. Tetapi kami harap anda kekal berhubung, kekal selamat dan sentiasa gembira dalam menyambut Aidilfitri.