Play button

Inilah calon-calon anda!

Pantas, Panas, Nenas
Undilah Tart Nenas

Sentiasa masam dan manis pada tempat yang sepatutnya. Beliau merupakan calon paling popular sepanjang tahun.

Beliau adalah kegemaran semua orang, dan selepas kemenangan besar bapa beliau sebagai Ketua Kuih Raya semasa Tahun Baru Cina, Tart Nenas mempunyai azam yang sangat tinggi bagi meneruskan legasi bapa beliau.

Pantas, Panas, Nenas
Undilah Tart Nenas

Sentiasa masam dan manis pada tempat yang sepatutnya. Beliau merupakan calon paling popular sepanjang tahun.

Beliau adalah kegemaran semua orang, dan selepas kemenangan besar bapa beliau sebagai Ketua Kuih Raya semasa Tahun Baru Cina, Tart Nenas mempunyai azam yang sangat tinggi bagi meneruskan legasi bapa beliau.

Saya Akan Pastikan…

Tradisi membuat tart nenas untuk setiap perayaan dikekalkan.

Saya Akan Pastikan…

Hanya lagu raya berkumandang di SEMUA tempat sepanjang bulan perayaan.

Saya Akan Pastikan…

Tidur selepas makan diwajibkan bagi setiap isi rumah sepanjang bulan perayaan.

Saya Akan Pastikan…

Hanya filem raya ditayangkan di televisyen dan panggung wayang.

Saya Akan Pastikan…

Jurugambar tak perlu jerit “FREESTYLE” semasa bergambar di hari raya.

(Undian ditutup pada 11 Mei 2021, jam 9 malam)

Hidup Perit Tanpa Semperit
Undilah Kuih Sam-Perit

Selepas menamatkan pengajian di UK bersama adik-beradik beliau, Butter Cookie dan Shortbread, Sam-Perit berikrar untuk melakukan perubahan untuk kesemua biskut dan kuih raya.

Sejenis kuih yang berpandangan jauh dan dengan semangat mentega yang kukuh, Sam-Perit akan membuktikan bahawa beliau bukanlah serapuh yang disangka.

Hidup Perit Tanpa Semperit
Undilah Kuih Sam-Perit

Selepas menamatkan pengajian di UK bersama adik-beradik beliau, Butter Cookie dan Shortbread, Sam-Perit berikrar untuk melakukan perubahan untuk kesemua biskut dan kuih raya.

Sejenis kuih yang berpandangan jauh dan dengan semangat mentega yang kukuh, Sam-Perit akan membuktikan bahawa beliau bukanlah serapuh yang disangka.

Saya Akan Pastikan…

Setiap lelaki dewasa yang tak reti memakai sampin diberikan tali pinggang.

Saya Akan Pastikan…

Kuih raya boleh dibeli sepanjang tahun dan bukan hanya semasa musim Aidilfitri
sahaja.

Saya Akan Pastikan…

Kedai tomyam dibuka semula selepas hari raya keempat.

Saya Akan Pastikan…

Setiap rumah mempunyai tempat khas untuk tudung yang telah diseterika.

Saya Akan Pastikan…

Lagu raya hanya dimainkan di radio sehingga hari raya kelima sahaja. Tak ada lebih, tak ada kurang.

(Undian ditutup pada 11 Mei 2021, jam 9 malam)

Berpeluang memenangi telefon pintar, earbud tanpa wayar, kerusi gaming dan banyak lagi!

Tempoh kempen: 12 Apr – 13 Jun 2021

Berpeluang memenangi telefon pintar, earbud tanpa wayar, kerusi gaming dan banyak lagi!

Tempoh kempen: 12 Apr – 13 Jun 2021

Hadiah menarik menanti pengguna Yoodo

Tahniah kepada semua pemenang-pemenang Pilihan Riang Raya!

Klik untuk lihat jika anda menang.

Bagaimana Ia Berfungsi?

Lakukan transaksi yang ditetapkan untuk setiap hadiah.

Tunggu pengumuman, pemenang akan dipilih secara rambang selepas kempen berakhir.

Tertakluk pada terma dan syarat

  1. Pengguna mesti melakukan perbelanjaan minimum yang dinyatakan untuk Data, Panggilan atau SMS (Pelan High Speed/Pelan Unlimited/Data Booster/Add-On/Power Pass) bagi memenuhi syarat. Sebarang perbelanjaan untuk Perantauan Antarabangsa, IDD dan Penghantaran Premium tidak akan dikira untuk perbelanjaan minimum ini.
  2. Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu talian di bawah akaun anda, hanya pembelian untuk setiap nombor akan dikira secara berasingan bagi memenuhi mekanisma Kempen ini. Pembelian tidak akan digabungkan untuk semua talian anda.
  3. Pemenang akan dipilih secara rawak dari kumpulan pelanggan yang layak dan setiap pengguna hanya boleh memenangi satu hadiah sepanjang tempoh kempen.
  4. Duit Raya RM30 akan diberikan dalam bentuk kredit dompet Yoodo. Ia tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan tidak boleh dipindah milik.
  5. Sennheiser MOMENTUM True Wireless 2 Earbuds dan kerusi gaming noblechairs EPIC akan diberikan dalam bentuk kupon baucar digital Lazada.
  6. Akaun pemenang mestilah kekal aktif dan sekiranya gagal berbuat demikian, Yoodo akan membatalkan kelayakan dan menarik balik hadiah yang bakal diberi kepada pemenang tersebut.
  7. Yoodo berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan dan menarik balik hadiah sekiranya mana-mana pemenang melanggar terma dan syarat ataupun melakukan penipuan berhubung dengan kempen ini.
  8. Keputusan Yoodo dalam semua perkara yang berkaitan dengan kempen ini adalah muktamad, konklusif dan terikat. Sebarang surat-menyurat, rayuan, bantahan atau percubaan untuk mempertikaikan keputusan Yoodo tidak akan dilayan dalam apa jua keadaan.
  9. Yoodo berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  10. Semua pemenang mesti menuntut hadiah masing-masing dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pemberitahuan. Hadiah-hadiah yang tidak dituntut akan dilucutkan dan tiada surat-menyurat atau rayuan akan dilayan.
  11. Yoodo dengan jelas mengecualikan dan menafikan apa-apa jaminan atau waranti berkaitan dengan kualiti hadiah. Yoodo juga tidak memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan pertikaian dengan pengilang atau pembekal hadiah dan pemenang perlu berurusan terus dengan pengilang atau pembekal untuk semua maklumat waranti.
  12. Yoodo tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa hadiah yang hilang, ditangguhkan, atau rosak semasa proses penghantaran atas sebab-sebab di luar kawalan kami.
  13. Yoodo tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa cukai, kos sampingan, atau caj yang berkaitan dengan penerimaan atau penggunaan hadiah.
  14. Dengan menyertai kempen ini, pemenang memberi kebenaran kepada Yoodo untuk menggunakan sebarang maklumat dan/atau gambar pemenang di media massa untuk tujuan pemasaran, publisiti dan unsur-unsur pengiklanan tanpa sebarang notis dan/atau pampasan.
  15. Yoodo berhak untuk mengubah, menambah atau meminda syarat dan peraturan kempen ini atau mana-mana bahagian daripadanya tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.
  16. Dengan menyertai kempen ini, pengguna bersetuju bahawa Yoodo tidak akan dengan apa-apa cara bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan jika pihak Yoodo tidak dapat melaksanakan secara keseluruhan atau sebahagian daripada kewajipannya di sini yang boleh dikaitkan secara langsung atau tidak langsung terhadap kegagalan mana-mana peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian telekomunikasi, perisian dan kegagalan emel.
  17. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, konflik, kesamaran atau kepincangan antara terma dan syarat versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, versi terma dan syarat Bahasa Inggeris akan diguna pakai.