KEMBALI KE ARTIKEL

Fakta Menarik Mengenai Kontinjen Sukan SEA 2021 Kita

Mei 24, 2022

Masanya telah tiba untuk berkumpul di hadapan skrin televisyen sambil mengetap bibir dan menahan gemuruh menyaksikan wira-wira kita berjuang habis-habisan. Cuma kali ini ia lebih istimewa kerana kita semua sudah boleh menonton bersama-sama di kedak mamak 😎 Limau Ais satu!

 

Untuk menjiwai semangat  Sukan SEA, kami nak kongsi beberapa fakta menarik mengenai atlet-atlet kita kerana sejujurnya, kita ada ramai barisan wira yang boleh dibanggakan!

giphy 3

Kita menghantar seramai 612 orang atlet

Mereka bertanding dalam 37 acara termasuk acara berbasikal gunung, eSukan dan seni bela diri seperti Pencak Silat, Jujitsu, Wushu, dan Taekwondo! 

giphy 1 1

Kita mempunyai sasaran 146 pingat

… Dan setakat ini keputusan adalah memberangsangkan! Semasa artikel ini ditulis, wira-wira kita telah memungut sebanyak 173 pingat 🥳 39 Emas, 45 Perak dan 89 Gangsa!

giphy 2 1

Dengar NGAUMAN mereka dalam pakaian sukan TruVapor

Hanya pakaian terbaik untuk atlet terbaik! Anda perasan tak set pakaian baru yang digayakan? Nampak menarik, selesa dan disulami identiti kebanggaan Malaysia. Ia ditaja oleh Yonex-Sunrise (terima kasih!). 

may22 seagames 1

Pembawa bendera negara merangkul pingat emas PERTAMA untuk negara

Beliau dan kejayaan berpisah tiada! Nur Dhabitah memenangi pingat emas dalam acara papan anjal 1 meter individu wanita (mantap, kak!) 😎

may22 seagames 2

Sumber: The Star

LAPAN adalah nombor bertuah

SAPU LICIN! Wira-wira kita memungut LAPAN pingat emas dalam acara terjun 🥇

giphy 3 1

Kita juga bertanding dalam acara CATUR

Betul! Sukan SEA bukan sahaja mengenai kehebatan fizikal 😎 Nasib baik kita semua dah habis berjam-jam menonton The Queen’s Gambit dan faham mengenai catur.

giphy 4

Acara suka mana yang paling anda nantikan? Kongsi dengan kami di ruangan komen!

Jangan lepaskan aksi-aksi hebat!

Saksikan Sukan SEA 2021 pada bila-bila masa, di mana jua dengan 20GB Add-On Booster YouTube atau Astro GO pada harga RM5 setiap satu. Ya betul, tawaran masa terhad ini membolehkan anda menikmati Add-On Booster kami dengan harga diskaun supaya anda tak akan kehabisan data di saat-saat yang penting.

 

Apa yang anda perlu lakukan adalah:

 

  1. Pilih Add-On Booster YouTube atau Astro GO dan masukkan kod promosi: SEAGAMES sebelum melakukan bayaran.
  2. Anda hanya boleh memilih satu Add-On Booster yang dibenarkan pada satu-satu masa untuk menebus kod promosi tersebut.
  3. Kod promosi ini hanya sah untuk satu kali penggunaan bagi setiap talian Yoodo.

 

Tunggu apa lagi? Tebus tawaran ini sebelum ia berakhir! Kempen ini tamat pada 31 Mei 2022.