KEMBALI KE BLOG

6 perkara yang boleh dilakukan untuk mengisi masa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

April 15, 2020

Disebabkan PKP dilanjutkan (sekali lagi), ada diantara kita yang mungkin dah mula tak keruan. Jangan risau! Mungkin bagus kalau korang sibuk dan fokus, jadi kitorang sediakan senarai aktiviti yang korang boleh cuba buat semasa di rumah:

Kemas rumah

Memang stres kalau duduk rumah 24 jam. Lagi-lagi kalau rumah pun bersepah 24 jam. Jadi, apa kata korang tolong diri sendiri dengan mengemas habitat korang. Dan tak perlu pun ambil masa sehari suntuk – korang boleh mula perlahan-lahan. Pasang Marie Kondo atau muzik kegemaran dan mulakan!

Belajar memasak

Walaupun korang tahap masak nasi pun boleh rentung, tak ada masa yang lebih sesuai untuk korang belajar memasak kalau bukan sekaran. Kitorang suka belajar memasak daripada saluran seperti Basics with Babish (from Binging with Babish), Chef Harpal Singh, Che Nom, dan Asian at Home. Apabila korang dah mula ada keyakinan, cuba minta pinjam buku resipi mak, asalkan jangan buku itu yang rentung.

Belajar kemahiran baru secara online

Kalau korang dah mula tak boleh duduk diam (rata-rata semua orang pun sama), cuba aplikasi online yang boleh membantu dalam mempelajari kemahiran baru seperti belajar bahasa baru, coding, kemahiran manual, tabiat mulia, senaman, dan macam-macam lagi. Untuk kelas online, cuba cari di platform seperti Masterclass, Udemy, Codecademy, Skillshare dan Coursera. Korang mungkin akan kembali ke dunia luar dengan diri yang sudah upgrade!

Tanya khabar keluarga dan kawan

Bila kali terakhir korang hubungi sepupu yang ada di Kanada, abang di Batu Gajah atau kaki korang di Kranji? Luangkan sedikit masa untuk bertanya khabar, mereka juga mungkin sama-sama berkongsi kerisauan atau stres seperti korang.

Sertai watch parties dan livestreams

Benda yang lebih seronok daripada termenung sambil melayan Netflix adalah… termenung sambil melayan Netflix dengan kawan-kawan dan keluarga. Sambungan pelayar Netflix Party ini membenarkan korang menonton rancangan kegemaran bersama-sama kawan dan kelurga di seluruh dunia. Sediakan popcorn dan ajak kawan korang menonton rancangan, atau layan livestreams di Facebook, Discord atau Twitch.

Sumbang masa atau duit ke arah kebajikan.

Tapi penulis Yoodo yang tak dikenali, saya betul-betul nak buat sesuatu untuk ubah situasi sekarang ini.

Kitorang faham. Pilih mana-mana amal kebajikan yang memerlukan masa, bahan-bahan atau duit korang. Belajar cara menjahit topeng muka, bayarkan barang dapur orang lain, atau tolong hebahkan kalau ada doktor yang memerlukan tempat tinggal sementara berasingan daripada keluarga. Cari #kitajagakita di media sosial, atau layari laman web rasmi mereka untuk inisiatif yang ada. Korang pun boleh melihat inisiatif dalam komuniti melalui Caremongering Malaysia

Kita semua dah berjaya sampai sejauh ini, Malaysia. Jadi, teruskan duduk di rumah dan kekal berhubung! Kitorang juga akan membantu semua pengguna aktif dengan memberi 1 GB setiap hari sehingga 28 April. Semua orang ada cara masing-masing untuk menjalani MCO, dan kitorang di sini untuk tolong you do it better.