Industri telekomunikasi komited untuk memperkasakan rakyat Malaysia dan anak-anak kita agar terus berhubung dengan sumber-sumber produktiviti serta pendidikan sambil kekal selamat bersama orang tersayang dalam norma baharu ini. Oleh itu, kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa data Internet harian 1GB akan disediakan kepada anda secara PERCUMA, khusus bagi penggunaan penting berkaitan pendidikan dan pekerjaan serta pelayaran laman web, berkuat kuasa bermula pada 10 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020.

Ini merupakan inisiatif kerjasama industri, seperti yang diumumkan sebagai sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (ERP) oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mulai dari 19 Jun, anda akan dapat menggunakan aplikasi MyTrace, MySejahtera dan Gerak Malaysia tanpa menggunakan kuota data anda. Di samping itu, semua panggilan kepada Kementerian Kesihatan dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) adalah percuma.

Kekal di rumah, kekal sihat, kekal produktif semasa bekerja dari rumah, dan kekal berhubung dengan kawan-kawan serta ahli keluarga. Kami jaga anda.

Data harian percuma dari 30 Mac – 31 Dis 2020

Bagaimana untuk tebus?

Pada aplikasi anda, pergi ke 1GB Percuma dan Power Pass & tekan Tambah

Pilih Pas PERCUMA 1GB & tekan Tambah kuota sekarang

Nikmati Data PERCUMA anda

Data PERCUMA ini dapat digunakan selama 24 jam dari masa penebusan kecuali untuk media sosial, penstriman video, permainan video atau penstriman muzik. Kerja dari rumah, terus berhubung dengan dunia luar atau luangkan masa lapang sambil anda menghadkan penyebaran COVID-19.

Yoodo tetap akan hantarkan SIM anda walaupun semasa PKPP

Penghantaran Percuma
Kami akan hantar melalui pos biasa.

Delivery in under 2 hours

Dapatkan Penghantaran GoGet Express untuk RM15. (Untuk Lembah Klang sahaja)

Daftar untuk eSIM
Ketahui peranti yang boleh menggunakan eSIM Yoodo di sini.

Perkara penting yang anda perlu tahu

  1. Pengguna aktif bermaksud pengguna yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 talian dengan pelan aktif pada akaun mereka. Ini termasuk pengaktifan baru dan pembaharuan pelan pada tarikh-tarikh yang telah dinyatakan. Talian tanpa sebarang pelan aktif tidak akan dapat menebus 1GB Data percuma.
  2. Yoodo mempunyai hak untuk menukar, mengubah, menyemak, menambah, memadam, mempelbagaikan, menggantung, membatalkan atau melambatkan Kempen ini tanpa sebarang notis.
  3. 1GB Data percuma ini perlu ditebus setiap hari melalui aplikasi anda.
  4. Jika akaun Yoodo anda mempunyai lebih dari satu talian dengan pelan aktif, anda perlu menebus 1GB Data percuma ini setiap hari melalui aplikasi anda untuk semua talian tersebut.
  5. Kesahan 1GB Data percuma ini akan mengikut tempoh 24 jam atau tarikh-masa pembaharuan/tamat pelan anda, yang mana lebih dahulu. Apa apa baki kuota dari 1GB Data percuma ini akan luput apabila 24 jam telah berlalu.
  6. 1GB Data percuma ini hanya dapat ditebus sekali setiap 24 jam. Sebagai contoh, jika anda telah menebus 1GB Data percuma ini pada 15 Mei, jam 9 pagi dan pelan anda diperbaharui pada jam 1 petang pada hari yang sama, Data 1GB percuma anda akan luput tetapi anda hanya boleh menebus 1GB Data percuma yang baru pada 16 Mei, jam 9 pagi.
  7. 1GB Data percuma yang telah ditebus akan mempunyai baki dan masa luput yang tersendiri. Anda boleh melihat info ini pada aplikasi anda.
  8. Pengguna baru akan dapat menebus 1GB Data percuma ini sejurus selepas pengaktifan SIM anda.
  9. Jika talian anda tidak mempunyai pelan aktif sebelum ini dan anda membeli pelan yang baru dalam waktu dinyatakan di atas, anda akan dapat menebus 1GB Data percuma sejurus selepas langganan anda.
  10. Data percuma 1GB tidak boleh digunakan untuk media sosial, penstriman video, permainan video dan penstriman muzik.
  11. Anda hanya akan dapat menggunakan aplikasi MyTrace, MySejahtera dan Gerak Malaysia secara percuma sekiranya pelan anda mempunyai Data Asas, Data Booster atau Power Pass. Power Pass di sini termasuk data percuma 1GB yang anda tebus setiap 24 jam.
  12. Untuk membuat panggilan percuma ke Kementerian Kesihatan serta Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), anda perlu mempunyai pelan aktif dan pas perantauan (jika anda berada di luar negara). Pengguna tanpa pelan aktif tidak akan dapat membuat sebarang panggilan.