Tahniah! YooYoo telah memilih anda untuk menang kredit Touch ‘n Go RM50!

Anda akan dihubungi di TikTok atau Instagram untuk menebush hadiah anda.
Akaun media sosialPlatform
@yongxian1219Instagram
@iamnaeem19Instagram
@syaf_64Instagram
@azriayub_Instagram
@afznbkrInstagram
@z.nckTikTok
@wandykuching9TikTok
@capybaraaaaaaqTikTok
@yapyepiTikTok
@taufiqheliosTikTok
Tidak? Jangan risau! Terus mencuba dan hantar kemasukan anda di sini:
  1. Kempen “YooYoo in the Sky AR” merupakan kempen sosial yang akan berlangsung dari 1 Ogos hingga 25 September 2023.
  2. Hadiah akan diberikan kepada penyertaan terpilih pada setiap minggu sepanjang tempoh kempen.
    1. Seramai 80 orang pemenang akan menerima kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM50 bagi setiap seorang.
  3. Kempen ini terbuka kepada semua peserta, termasuk pengguna Yoodo dan pelanggan bukan Yoodo.
  4. Peserta yang dikira layak wajib memenuhi kriteria pertandingan berikut:
    1. Kongsi video rakaman YooYoo di langit dari laman web AR rasmi di Instagram Story atau TikTok.
    2. Tag @yoodomy di Instagram Story atau TikTok.
    3. Sepuluh orang pemenang akan dipilih setiap minggu.
  5. Setiap pemenang berhak menerima hanya satu hadiah sepanjang tempoh kempen.
  6. Pemenang akan dihubungi melalui Instagram atau TikTok dan diminta untuk menyediakan butiran penghantaran.
  7. Hadiah akan dihantar dalam tempoh 2-3 minggu selepas menerima butiran penghantaran.
  8. Hadiah tidak boleh ditukar ganti dengan wang tunai dan tidak boleh dipindah milik.
  9. Yoodo mempunyai hak, dengan budi bicara tersendiri, untuk membatalkan dan menarik semula sebarang hadiah daripada pemenang yang didapati melanggar terma dan syarat ini atau terlibat dalam aktiviti penipuan yang boleh menjejaskan kempen ini.
  10. Keputusan Yoodo ke atas pemenang adalah akhir dan muktamad dan sebarang surat-menyurat, aduan atau rayuan tidak akan dilayan.
  11. Yoodo mempunyai hak, dengan budi bicara tersendiri untuk menukar ganti hadiah-hadiah dengan hadiah-hadiah lain pada nilai yang sama tanpa sebarang notis.
  12. Kesemua hadiah yang tidak dituntut selepas empat belas (14) hari dari tarikh makluman akan ditarik semula, dan sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan.
  13. Hadiah-hadiah yang diberikan adalah berdasarkan keadaan semasa (“As-Is”) dan Yoodo menafikan serta mengecualikan semua waranti pengeluar yang berkaitan dengan hadiah-hadiah tersebut.
  14. Para pemenang bertanggungjawab ke atas sebarang kos, duti, cukai dan/atau perbelanjaan yang dikenakan atas penerimaan hadiah tersebut.
  15. Dengan menerima hadiah-hadiah utama, para pemenang telah memberi izin kepada Yoodo dan agensi-agensinya untuk menggunakan nama, persamaan pemenang untuk tujuan pengiklanan, penulisan, promosi, pemasaran, perdagangan dan/atau lain-lain tujuan tanpa sebarang pampasan dan notis.
  16. Yoodo mempunyai hak untuk mengubah, menukar, menyemak semula, menambah, memadam, mempelbagai, menggantung, membatalkan atau melambatkan kempen ini tanpa sebarang notis pada bila-bila masa.
  17. Yoodo tidak bertanggungjawab ke atas sebarang ralat, pengeluaran, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, akses masuk tanpa izin, atau pengubahan tanpa izin, pada akaun atau komunikasi pengguna, atau sebarang masalah teknikal terhadap rangkaian atau talian komunikasi kami, penyedia atau pelayan, perisian dan kegagalan e-mel.