Ketahui lebih lanjut tentang penipuan telefon yang paling meluas dan cara menanganinya.

Kenali penipuan, hentikan penipuan! Ketahui cara-cara penipu mahu menipu anda dan cara untuk menanganinya.

Penipuan panggilan / Vishing

Vishing atau penipuan panggilan (voice phishing) adalah satu jenayah siber di mana penipu mengugut atau memujuk anda untuk memberikan maklumat penting melalui telefon

Apa yang berlaku dalam penipuan panggilan?

Penipu mungkin akan menyamar sebagai wakil bank, pegawai LHDN atau pegawai polis bagi menipu anda untuk memberikan maklumat peribadi.

Kenapa vishing berbahaya?

Penipu bukan sahaja dapat mencuri wang anda, tetapi juga boleh memasang perisian hasad dalam komputer anda atau menggunakan maklumat anda untuk melakukan pencurian identiti.

Cara menangani penipuan panggilan

  • Jangan dedahkan maklumat peribadi anda
  • Jangan mengikut arahan penipu
  • Tamatkan panggilan
  • Buat laporan polis
  • Maklumkan keluarga dan rakan anda mengenai penipuan
yoodo MCMCscam web vishing

Penipuan SMS / Smishing

Smishing/penipuan SMS melibatkan penipuan untuk mendapatkan maklumat peribadi anda melalui SMS atau pesanan teks.

Bagaimanakah cara untuk mengenal pasti penipuan SMS?

Awas dengan SMS atau pesanan dari nombor telefon atau kod negara yang mencurigakan.

Kenapa penipuan TAC berbahaya?

Penipu dapat mengakses maklumat peribadi anda, mencuri wang anda dan melakukan pencurian identiti.

Cara menangani penipuan SMS

  • Jangan sekali-kali lancar atau klik pada pautan yang tertera.
  • Padamkan mesej tersebut.
  • Buat laporan polis.
  • Maklumkan keluarga dan rakan anda mengenai penipuan.
yoodo MCMCscam web smishing

Penipuan TAC

Penipuan TAC menggunakan notifikasi TAC palsu bagi menipu anda mendedahkan maklumat peribadi atau perbankan.

Apa yang berlaku dalam penipuan panggilan?

Penipu akan menghantar mesej yang mengarahkan anda
untuk menghubungi nombor yang atau melayari laman web yang tertentu, bagi mendapatkan maklumat peribadi anda.

Why are TAC scams dangerous?

Scammers can gain access to your personal information, rob you of money and even commit identity theft.

Cara menangani penipuan TAC

  • Jangan klik pautan atau membalas mesej daripada nombor yang tidak dikenali.
  • Untuk pengesahan transaksi yang mencurigakan, sila hubungi nombor di belakang kad bank anda sahaja.
  • Buat laporan polis.
  • Maklumkan keluarga dan rakan anda mengenai penipuan.
  • Hubungi CCID Scam Response Centre di 032610 1559/1599 untuk bantuan lanjut.
yoodo MCMCscam web TAC scams