UNITE demi kemenangan!

Beri sokongan padu kepada pasukan Malaysia sepanjang kejohanan
Pokémon UNITE Asia Champions League 2023!

Jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi hebat kejohanan melalui penstriman
SIARAN LANGSUNG pada laman Yoodo Esports kami.

Jom jumpa kami & sokong pasukan Malaysia!

Saksikan Playoff Pentas Akhir SECARA LANGSUNG di Battle Arena, Kuala Lumpur.

Jadi antara terawal yang mendaftar dan dapatkan barangan eksklusif!

Main menggunakan rangkaian 4G LTE terluas di Malaysia!

Nikmati kelajuan data yang sepantas kilat! Dapatkan ping yang sempurna di seluruh negara bersama Yoodo.

Nikmati Add-On Gaming Terbaik!

Add-On berhari-hari, untuk main berhari-hari. Tingkatkan masa permainan dengan 20GB untuk permainan mudah alih popular dari serendah RM1 sebulan.

Selamat tinggal bil mahal mengejut!

Tiada pelan yang mengelirukan, tiada terma tersembunyi. Tukar ke Yoodo dan kami janji tiada caj tersembunyi yang akan menghantui anda.
  1. Apakah goodie bag Pokémon UNITE percuma?
    Goodie bag percuma ini adalah koleksi barangan eksklusif daripada The Pokemon Company. Ini adalah khas untuk para hadirin Pokémon UNITE Asia Champions League 2023 Grand Finals. Promosi ini terbuka kepada semua, tetapi pengguna Yoodo yang hadir acara tersebut juga akan menerima satu lagi goodie bag dengan barangan berjenama Yoodo.
  1. Berapa lama kempen ini akan berjalan?
    Kempen ini akan berlangsung dari 5 Januari sehingga 17 Mac 2023.
  1. Apakah 20GB Pokémon UNITE Add-On oleh Yoodo?
    Pokémon UNITE Add-On oleh Yoodo memberi anda data gaming 20GB Pokémon UNITE untuk bermain sepanjang hari melalui telefon pintar anda.
  1. Saya bukan pengguna Yoodo sedia ada, bagaimana saya boleh menikmati promosi ini?
    Apa yang perlu anda lakukan ialah:
    a.   Pesan SIM anda melalui laman sesawang atau aplikasi Yoodo (di Google Play/App Store)
    b.   Bila pek SIM anda tiba, pilih pelan data asas anda dan tambahkan Data Add-On Pokémon UNITE 20GB untuk mengaktifkan akaun anda
  1. Saya adalah pelanggan portabiliti nombor mudah alih (MNP), adakah saya layak menikmati promosi ini?
    Selepas memindahkan nombor sedia ada anda kepada Yoodo, pilih pelan data asas anda dan tambahkan Data Add-On Pokémon UNITE 20GB.
  1. Saya seorang pelancong dan ingin melanggan Yoodo semasa percutian saya di Malaysia. Bolehkah saya menebus tawaran ini?
    Hanya penduduk Malaysia atau pelancong yang mempunyai visa tempoh lama yang bersidang di Malaysia boleh menebus tawaran ini.
  1. Selepas melanggan Data Add-On Pokémon UNITE 20GB, adakah ia akan menjejaskan kuota pelan asas saya?
    Sebaik sahaja kuota Data Add-On Pokémon UNITE 20GB anda habis, ia akan ditolak dari kuota pelan data asas anda.
  1. Jika kuota Data Add-On Pokémon UNITE 20GB saya hampir habis, bolehkah saya membuat langganan baru?
    Jika anda memerlukan lebih banyak kuota serta-merta, anda boleh menambahkan data melalui data booster.

Terma & Syarat “GOODIE BAG” POKEMON UNITE

  1. Setiap hadirin hanya boleh menebus SATU (1) goodie bag sahaja. Setiap hadirin boleh menebus satu lagi goodie bag Yoodo sekiranya mereka adalah pengguna Yoodo.
  2. Yoodo mempunyai hak untuk menolak atau membatalkan transaksi yang dilakukan untuk mengakses perkhidmatan Yoodo jika pengguna tidak memenuhi syarat langganan kepada perkhidmatan Yoodo, terma dan syarat yang berkaitan atau jika penipuan atau kesilapan ditemui dalam transaksi tersebut.
  3. Yoodo mempunyai hak mengikut budi bicaranya tanpa apa-apa tanggungan untuk menamatkan mana-mana langganan kepada perkhidmatan Yoodo pada bila-bila masa jika pengguna tidak mematuhi terma dan syarat langganan itu.