Rangkaian Prihatin

Sebagai usaha kolaborasi Yoodo bersama Inisiatif Jaringan Prihatin, kami dengan bangganya menawarkan data bersubsidi untuk semua pengguna terpilih yang layak.

Dapatkan 80GB* hanya RM5 sebulan selama 12 bulan!
60GB PERCUMA setiap bulan!

*Tertakluk pada Terma & Syarat.
**Selepas subsidi RM15.

Daftar melalui aplikasi Yoodo sekarang!

Yoodo Icon
Google Play
App Store

Bagaimana nak dapatkannya?

Buka aplikasi Yoodo, tekan dan pilih Jaringan Prihatin untuk daftar.

Kami akan menyemak kelayakan anda. Status kelayakan akan diberitahu serta-merta.

Dapatkan 80GB* hanya RM20 setiap bulan!

*Tertakluk pada Terma & Syarat.

Nak tahu lebih lagi tentang Inisiatif Jaringan Prihatin ?

Nak tahu lebih lagi tentang Inisiatif Jaringan Prihatin ?

Terma dan syarat

  1. Inisiatif Jaringan Prihatin akan berlangsung selama 12 bulan. Tempoh pendaftaran akan bermula dari jam 12.01 tengah malam pada 5 Mei 2021 sehingga 31 Julai 2021.
  2. Inisiatif Jaringan Prihatin hanya terbuka untuk rakyat Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Sara Hidup (BSH). Pemohon utama BPR bagi setiap isi rumah layak untuk menyertai program ini.
  3. Pengguna Yoodo baru dan sedia ada yang layak boleh mendaftarkan diri untuk inisiatif Jaringan Prihatin semasa tempoh pendaftaran (5 Mei 2021 – 31 Julai 2021). Sebarang pendaftaran selepas tempoh pendaftaran tidak akan dilayan.
  4. Yoodo tidak akan mengambil tindakan ke atas sebarang isu berkaitan kelayakan penyertaan. Pengguna Yoodo boleh mengemukakan rayuan untuk kelayakan melalui https://bpr.hasil.gov.my atau 1800-88-2747.
  5. Setiap pelanggan yang layak hanya dibenarkan untuk melakukan satu (1) kali penebusan untuk setiap kad pengenalan bagi inisiatif Jaringan Prihatin. Disebabkan inisiatif ini terikat pada kad pengenalan bagi setiap langganan, ia tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga. 
  6. Pengguna yang layak perlu membeli Pas Prihatin 20GB untuk menebus Pas Prihatin Harian 2GB . Pengguna hanya boleh membeli Pas Prihatin 20GB sekali sahaja setiap bulan. 
  7. RM20 untuk 80GB dikira berdasarkan pembelian Pas Prihatin 20GB pada harga RM20 beserta 60GB yang datang dari penebusan Pas Prihatin Harian 2GB untuk 30 hari.
  8. Yoodo berhak mengubah, menggubal, menyemak, menambah, memadam, mempelbagai, menggantung, membatal, mengubah suai atau melambatkan inisiatif ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. 
  9. Yoodo tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang ralat, pengecualian, gangguan, pemadaman, kerosakan, kelewatan dalam operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, akses tanpa izin ke, atau pengubahsuaian ke atas komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kegagalan teknikal berkaitan rangkaian atau talian komunikasi, penyedia atau pelayan, perisian dan kegagalan e-mel. 
  10. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, konflik, kesamaran atau kepincangan antara terma dan syarat versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, versi terma dan syarat Bahasa Inggeris akan diguna pakai.