KEMBALI KE ARTIKEL

5 Pelan Yoodo Terlaris Dan INI SEBABNYA!

Disember 14, 2022

Ubah suai adalah lambang perkhidmatan Yoodo, jadi kami yakin boleh berikan pelan yang betul-betul sesuai dengan cara penggunaan telefon mudah alih anda.

 

Semua pelan paling laris kami direka mengikut tabiat penggunaan perhubungan mudah alih rakyat Malaysia. Kalau anda perlukan pilihan pantas yang telah siap, anda boleh dapatkannya juga melalui Yoodo.

 

Sila pilih salah satu daripada 5 pelan mudah alih paling laris kami!

20GB data Berkelajuan Tinggi + 100 minit panggilan + 50 SMS = RM28 sebulan

Jika anda salah seorang daripada majoriti rakyat Malaysia yang menggunakan sekitar 20GB data sebulan, inilah pelan paling sesuai untuk anda. Ditambah pula dengan rangkaian 4G LTE terluas di Malaysia, menjaminkan liputan berkualiti di seluruh negara.

(Sumber: giphy.com)

Kuota 100 minit panggilan adalah cukup bagi mereka yang lebih gemar berkomunikasi melalui aplikasi media sosial berbanding panggilan telefon. Walaupun ramai yang tidak lagi menggunakan SMS, tetapi kuota 50 SMS sudah memadai untuk perhubungan di kala kehabisan data.

 

Dengan harga RM28 sahaja, pelan terlaris ini sangat berpatutan berbanding dengan pelan mudah alih di luar sana yang menawarkan fungsi hampir sama… tetapi tanpa rangkaian 4G LTE terbaik.

Semua di atas + 20GB Add-On YouTube & TikTok = RM38 sebulan

Kebanyakan rakyat Malaysia gemar video atas talian seperti teh tarik, kurang manis. Malah, 4 daripada 5 rakyat Malaysia menonton video atas talian setiap hari. Kalau bukan menonton ulasan gajet terbaru, kita mungkin menonton resipi masakan, video gaming atau drama cinta.

(Sumber: giphy.com)

Dan ada pula TikTok, platform media sosial yang digunakan oleh lebih 4 juta rakyat Malaysia. Pada hanya RM38, anda boleh menikmati video definisi biasa di YouTube dan TikTok untuk 40 jam SETIAP SATU platform media sosial.

 

Tetapi, kalau anda seorang kaki teks, ada pelan seterusnya!

20GB data Berkelajuan Tinggi + 20GB Add-On WhatsApp & Facebook = RM26 sebulan

Anda tak perlukan minit panggilan dan SMS bila ada data berkelajuan tinggi! Pelan terlaris ini adalah untuk rakyat Malaysia yang suka bersosial secara atas talian. Anda boleh melayari Facebook selama 9 jam setiap hari untuk sebulan dengan lambakan data yang diberikan. Untuk pengetahuan anda, masa yang sama digunakan secara purata oleh kebanyakan rakyat Malaysia untuk melayari atas talian!

(Sumber: giphy.com)

Pelan mudah alih yang berteraskan media sosial tidak akan lengkap tanpa Add-On untuk aplikasi perhubungan sosial nombor satu di Malaysia. 20GB Add-On Whatsapp memberikan anda kebebasan untuk berbual, membuat panggilan dan berkongsi gambar/video untuk beratus-ratus jam. Paling menarik? Harga pelan Yoodo ini hanyalah RM26!

3Mbps Tanpa Had + 100 minit panggilan = RM35 sebulan

Anda tidak suka dihadkan? Guna pelan Tanpa Had kami! Anda boleh menikmati data tanpa had dengan kelajuan 3Mbps pada hanya RM35. Pelan ini sesuai untuk penstriman video pada kualiti definisi biasa, berkongsi gambar dan penstriman muzik pada platform seperti Spotify.

(Sumber: giphy.com)

Fakta menarik: banyak pelan ‘tanpa had’ di luar sana sebenarnya menghadkan kelajuan data anda apabila anda telah mencapai had yang tidak diberitahu. Tetapi dengan pelan Tanpa Had Yoodo, kami janjikan data tanpa had yang sebenar! Bukan itu sahaja, ia juga datang dengan 6GB data hotspot serta 2GB data perantauan PERCUMA.

6Mbps Tanpa Had + 100 minit panggilan = RM43 sebulan

Pelan Tanpa Had mega ini sesuai untuk rakyat Malaysia yang mahu strim video definisi tinggi, muat turun muzik dalam beberapa saat atau menikmati game mudah alih pada ping yang sangat rendah. 6Mbps merupakan naik taraf yang BESAR kerana ia menawarkan kelajuan muat turun 20 kali lebih pantas berbanding 3Mbps!

(Sumber: giphy.com)

Dengan harga hanya RM43, pelan mudah alih ini sesuai untuk warga nomad digital dan sesiapa sahaja yang mahu pelan terbaik.

 

Anda juga boleh menggunakan mana-mana pelan terlaris di atas untuk menjadi asas sebelum pengubahsuaian pelan anda! Tidak kira mana satu pilihan anda, semestinya pilihan terbaik adalah dengan Yoodo.

Berminat dengan pelan terlaris kami? Muat turun Aplikasi Yoodo App sekarang di Google Play atau App Store untuk bermula!