KEMBALI KE ARTIKEL

Apa Yang Anda Tahu Mengenai Hari Valentine?

Februari 16, 2021

Pada 14 Februari setiap tahun, pasangan, rakan-rakan dan ahli keluarga akan bertukar kad dengan ucapan menyentuh jiwa, menghadiahkan masing-masing dengan coklat atau bunga, dan untuk yang mampu… barang kemas serta barangan (mungkin mahal) sebagai kenangan.

giphy 3

Tapi bagaimana tarikh ini dan tradisi memberi hadiah menjadi sangat popular? Kitorang sediakan beberapa fakta menarik untuk diketahui.

Sejarah di sebalik tarikh

giphy 4

Sehingga kini masih belum ada rekod tepat mengenai Hari Valentine. Tetapi apa yang pasti, ianya sekian lama telah dikaitkan dengan tradisi Rom purba, agama Kristian, dan sudah tentu, Saint Valentine.

Ia telah wujud pada Zaman Pertengahan (Middle Age)

giphy 5

Ucapan Hari Valentine telah mula popular semenjak Zaman Pertengahan lagi. Ucapan tertua yang masih wujud ditulis dalam bentuk puisi pada tahun 1415 oleh Charles, Duke of Orleans, untuk isteri beliau.

Lebih SATU BILION kad Hari Valentine dihantar setiap tahun di seluruh dunia

giphy 6

Menurut FactRetriever, dianggarkan SATU BILION kad Hari Valentine dihantar setiap tahun, menjadikannya sambutan dengan penghantaran kad kedua terbanyak di dunia selepas perayaan Krismas.

Mmmm… coklat

giphy 7

Tradisi memberi coklat semasa Hari Valentine dimulakan pada tahun 1868 oleh Richard Cadbury (ya, beliau adalah anak kepada pengasas empayar coklat Cadbury!). Beliau menggunakan peluang itu untuk menjual coklat sebagai sebahagian daripada pemberian wajib untuk sambutan ini.

Ros merah = Bunga Cinta

giphy 8

Bunga ros merah merupakan lambang untuk perasaan romantik yang membara, jadi tak hairan kenapa ia adalah pilihan paling popular untuk Hari Valentine. Malah, bunga ros merupakan sebahagian besar daripada keseluruhan jualan bunga pada tarikh 14 Februari!

giphy 10

Jadi, bagaimana korang sambut Hari Valentine pada tahun ini?