KEMBALI KE ARTIKEL

Tetamu jenis apa kalau hantu-hantu tempatan ini datang beraya…

April 20, 2022

Disebabkan tiada lagi belenggu dan diikat seperti pada bulan Ramadan, kemungkinan besar anda tidak mahu hantu menjadi tetamu di rumah pada Hari Raya Aidilfitri.

f1

Maaf. Saya tak ada kat rumah.

Tetapi, bagaimana kalau ia benar-benar berlaku? Sebagai persediaan, kami senaraikan tetamu-tetamu Raya dari alam ghaib dan review ‘mereka’:

Pelesit

fera

Sejujurnya, bukan hantu pilihan kami. Ia setakat mengusik orang yang geli dengan serangga, dan bila nak buang… tup tup, hilang. Ada juga orang cakap pelesit ni hisap darah. 1/10.

Pocong

pocong loncat

Kebaikan kalau hantu ini datang adalah baju raya anda semua walaupun paling ‘cikai’ akan nampak bergaya. Lagi satu, hantu ini tak akan cuba mulakan perbualan dan tak boleh menceriakan suasana. 3/10.

Toyol

f2

Dia kecil. Dia hijau. Dia…nak ziarah you untuk Raya?

Hantu ini boleh jadi comel dan seram dalam masa yang sama. Jadi, kalau hantu ini jadi tetamu, ia boleh mengelakkan sebarang soalan mengenai bila bila nak kahwin/beranak/beranak lagi. Cuma jangan tinggalkan duit raya merata-rata, dijamin lesap. 6/10.

Hantu Raya

f3

Bukan, bukan RAYA ni.

Kebaikan hantu ini adalah anda boleh tidur semasa tetamu lain datang kerana ia akan menyerupai anda. Masalahnya akan datang kalau tetamu dan keluarga anda lagi sayangkan klon anda tersebut. 7.5/10.

Pontianak

f4

Kalau hantu ada kaki sosial, sudah pasti ianya adalah pontianak. Anda cuma boleh suka atau benci (takut) dengan hantu ini. Ia akan menawan hati semua tetamu dan berkongsi tip-tip penjagaan rambut. Cuma, jangan sembang mengenai pokok pisang, kuku ATAU paku. 9/10.

Sebenarnya tiada siapa-siapa yang perlu melayan hantu di Aidilfitri… tetapi ada hantu yang kami sarankan untuk anda layan sekarang.

f5

Kesemua hantu di atas adalah sebahagian daripada Misi Raya Puaka! Kalau anda berjaya melepasi dua daripada empat misi, anda berpeluang menghadap hantu-hantu ini semasa mengutip mata pada peringkat Hantu Fast Hantu Furious. Pemain yang paling cepat melengkapkan misi (sebelum 30 April) atau mengumpul mata terbanyak sebelum 31 Mei berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat!

Dapatkan maklumat lanjut pada laman web kami, dan raikan Hari Raya dengan penuh makna… dengan atau tanpa sebarang benda yang menyeramkan!