KEMBALI KE BLOG

Gandingan pelik yang menjadi

Oktober 19, 2020

“Berdua lebih baik”, lebih kurang macam itulah yang selalu orang cakap. Jadi, kitorang buat sedikit kajian baru-baru ini untuk mencari gabungan atau gandingan yang seakan pelik – tapi sebenarnya menjadi. Kitorang senaraikan gandingan kegemaran dalam artikel ini.

Sambal Strawberi Ikan Masin, nak cuba?

(Kredit Imej: Abang Strawberry)

Sebelum korang skrol ke bawah, tolong baca dulu. Ini bukan main-main ya. Resipi unik ini terhasil selepas sekumpulan pelancong minta satu “resipi istimewa yang menggabungkan makanan Asia dan Barat”. Jadi, pencipta resipi ini pun fikir –  Kan? Jom cuba masukkan strawberi! Dan terhasillah Sambal Strawberi Ikan Masin ini! Ia dibuat menggunakan buah strawberi dan ikan masin. Orang cakap rasa dia ada pedas, masin, manis dan masam. Mesti padu kalau makan dengan Nasi Lemak…

Tak perlu tunggu hari Jumaat untuk pakai batik, korang dah boleh pakai topeng batik setiap hari!

(Kredit Imej: Jadi Batek)

Alang-alang kena pakai topeng setiap hari, baik kita jadikannya #fashionable, betul tak? Paling kurang pun kita nampak sentiasa bersedia untuk apa jenis acara! Paling menarik, korang boleh selitkan penapis karbon. Memang korang akan kekal selamat sambil bergaya..

Bagi Michael Jackson satu!

(Kredit Imej: Serious Eats)

Bukan Michael Jackson penyanyi. Kitorang maksudkan adalah minuman kegemaran ramai: soya cincau! Ia sangat digemari, sampai ada laman web teknologi di Malaysia yang menggunakan nama minuman ini. Gandingan air susu soya dan kunyahan cincau disukai oleh semua orang di negara ini (ada yang kata Singapura pun).

Pakai kain sarung dan naik pengangkutan awam

(Kredit Imej: The Malaysian Insight)

Kain sarung/pelikat tradisional memang sangat selesa jika dipakai. Dan apa yang korang nak lagi selain keselesaan ketika nak cepat bergerak ke sana-sini? Cuba kenakan kain sarung/pelikat bila korang nak guna pengangkutan awam nanti! Korang pun boleh tolong promosikan budaya sebenar rakyat Malaysia.

Korang rasa baju si comel ni okay tak?

Kitorang tak pasti siapa yang patut ambil tahu, tapi kitorang nak juga tunjuk. Tengok! Ada kucing pakai baju melayu lengkap! Tak penting, tapi siapa je yang tak nak tengok kucing menggayakan baju melayu? So handsome lah kan! *Insert heart eyes cat emoji here*

Dan yang terakhir, gandingan Boost dan Yoodo!

Betul tu! Kitorang berganding bahu dengan perkhidmatan eWallet terbesar di Malaysia untuk membawakan lebih ganjaran untuk korang semua. Menangi kredit Boost bernilai RM10 apabila korang langgan Power Pass untuk 1 jam atau Power Pass untuk 3 jam (BARU) sebanyak 5 kali!

Tunggu apa lagi? Langgan sekarang untuk meningkatkan peluang korang menang! *wink wink*