KEMBALI KE ARTIKEL

Barangan Paling Penting Dibawa Semasa Melancong

November 21, 2019

Kita semua pernah alami ini, dah selesai kemas barang (beberapa kali) untuk perjalanan jauh, kemudian sampai dan baru sedar yang kita tertinggal beberapa barangan penting! Perkara ini selalu terjadi dan kita sering mendengar orang lain tertinggal jaket kegemaran, dompet, malah pasport dan IC!

1

Muka kau bila sedar kau terlupa nak bawa baju pun.

Jadi kitorang berganding bahu untuk fikirkan senarai 25 barangan yang wajib korang bawa untuk perjalanan yang akan datang. Korang boleh muat turun di sini, atau tengok senarai di bawah:

  1. Pasport/IC
    Jangan berani keluar rumah kalau tak ada.
  2. Tiket
    Jangan berani… sebenarnya, korang memang TAK BOLEH pergi mana-mana pun kalau tertinggal benda ni.
  3. Pakaian mudah lipat
    Samada korang akan ke pulau idaman mahupun kawasan bersalji, jangan tinggalkan pakaian yang nipis, dan mudah untuk dicuci. Ianya lebih mudah untuk menyesuaikan diri dengan suhu menggunakan lapisan pakaian berbanding membawa pakaian yang terlalu tebal atau tak bawa langsung.
  4. Sweater kalis air dan kalis angin
    Apa yang lebih teruk daripada sejuk? Jawapannya, sejuk dan basah.
  5. Kasut yang selesa
    Kita cuma ada sepasang kaki. Hargailah mereka.
  6. Stoking yang selesa
    Pastikan jari kaki korang selesa semasa memakai/menanggalkan kasut.
  7. Topi
    Pastikan ia cukup lebar untuk menahan cahaya matahari, dan cukup tebal untuk menahan sejuk.
  8. Pelindung matahari
    Ya, korang masih boleh terkena selaran matahari pada musim sejuk.
  9. Penyesuai khas
    Voltan plug mungkin berbeza di setiap negara. Pastikan korang melindungi peranti korang daripada rosak dengan satu jentikan suis!
  10. Pengecas telefon
    Tak perlu komen.
  11. Powerbank dan kabel
    Juga tak perlu komen. Cuma sentiasa pastikan korang ada bawa kedua-duanya.
  12. Duit
    Sambil jaga perbelanjaan, korang pun PERLU ada duit – yang telah ditukar ke matawang asing jika perlu. Jangan merantau sambil minta sedekah.
  13. Botol air
    Kekal terhidrasi. Cuma… jangan jadi seperti salah seorang penulis kami yang ditahan imigresen kerana salah sangka botol besi besar, mesra alam, dan tebal sebagai bom.
  14. Selendang
    Serba boleh, memanaskan DAN bergaya.
  15. Bantal leher
    Tidur itu penting. Lagi penting untuk tidur dengan selesa sepanjang penerbangan.
  16. Penutup mata
    Mana tahu kalau korang perlukan kegelapan
  17. Stoking/seluar mampat untuk penerbangan jarak jauh
    Darah tersumbat dan DVT memang tak kelakar! Barangan ini membantu mengelakkannya daripada terjadi.
  18. Penyumbat telinga
    Kena ada untuk tidur tanpa gangguan. Kalau tak, korang akan diganggu oleh kanak-kanak menangis, lagu yang kuat, atau orang bercakap. Atau lagi teruk: SEMUA sekali ada di situ.
  19. Muzik dan filem
    Sebab takkan nak biarkan orang lain sahaja boleh melayan lagu?
  20. Kain lap basah pembasmi kuman
    Jangan tak bawa.
  21. Selipar
    Untuk waktu-waktu di mana kaki korang perlukan santai.
  22. Vitamin C
    Mana tahu destinasi korang nak bagi selsema sebagai buah tangan?
  23. Balsem bibir
    Balsem boleh melembabkan dan melindungi bibir korang daripada merekah. Jadi korang tak perlu menahan sakit semasa makan.
  24. Cermin mata hitam
    Kekal bergaya DAN lindungi mata korang daripada cahaya matahari, laut dan kamera paparazzo.
  25. Pas Roam Like Home/ Roam Like Home Plus
    Supaya korang boleh guna pelan Yoodo ke masa sahaja korang mahu pergi, pada kadar caj harian serendah 50% sehingga 31 Januari 2020! Pas Roam Like Home boleh didapati pada hanya RM5 sehari (NP RM10) dan pas Roam Like Home Plus pada RM10 sehari (NP RM20).

Kalau korang tertanya-tanya macam mana nak bawa semua ni, kitorang ada tawaran menarik. Ini caranya: langgan pas Roam Like Home atau Roam Like Home Plus dari hari ini sehingga Januari 2020, dan korang ada peluang untuk memenangi bagasi Samsonite EVOA yang baru… untuk dibawa bersama melancong ke Melbourne untuk 5H4M… dan korang boleh menang melalui pertandingan I Love To Roam!

2

Untuk memenangi pakej pelacongan ke Melbourne, korang hanya perlu belanja minimum bernilai RM30 dan ke atas bagi membeli pas Roam Like Home atau Roam Like Home plus. Tiada belanja minimum diperlukan kalau korang nak menang bagasi EVO! Kalau korang membeli pas Roam Like Home atau Roam Like Home Plus DAN insurans perjalanan Senang, dan korang mempunyai peluang tinggi untuk memenangi pelindung bagasi.

Selamat melancong, dan jangan lupa untuk muat turun senarai kami!