KEMBALI KE BLOG

Bazar Ramadan yang patut kita kunjungi semula pada tahun 2022

April 7, 2022

Memandangkan seluruh Malaysia sudah melonggarkan peraturan berkaitan COVID-19 dan Ramadan sudah bermula… kami pasti anda semua rindukan bazar.

Rindukan suasana. Keriuhan. Orang-ramai (hmmm, mungkin tak). Warna-warni. Dan semestinya bau-bauan pelbagai juadah dan masakan.

Ya, betul itu. Bazar Ramadan yang telah lama bertapak dalam jiwa dan raga kita semua. Disebabkan kami kaki makan, kaki bersosial dan kaki bernostalgia… berikut adalah tempat-tempat yang kami tak sabar nak kunjungi semula.

Bukit Bintang Ramadan Bazaar, KL

Sumber: SCMP

Lokasi yang sangat mudah dikunjungi kerana ia hanya satu minit perjalanan kaki dari stesen LRT dan Monorail Bukit Bintang. Kalau tak jumpa juga, ikut sahaja arah aroma nasi beriani, puyuh goreng dan nasi lemak!

Bazar Ramadan Jalan Makloom, Penang

Ini adalah tempat yang penuh dengan juadah tempatan kegemaran semua dari kuih, lemang, sate, rendang dan kepak ayam panggang kegemaran semua. Apa sahaja yang anda kempunan, mesti boleh jumpa di sini.

Bazar Ramadan Klebang, Melaka

Ada banyak juadah buka puasa yang digemari di sini, dari jeli kelapa sehinggalah ke nasi ayam. Dan alang-alang ada di situ, jangan lupa beli coconut shake

Bazar Ramadan Stadium Indera Mulia, Perak

Sumber: PERAK TV

Jalan sedikit dan anda akan terjumpa juadah tempatan seperti cucur, apam, otak-otak dan…ya, sebab ini Ipoh, kacang putih. Tak sabar nak borong… #sapotlokal

Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Selangor

Sumber: MyMakanTV

Penduduk tempatan pasti akan bangga dengan ayam golek, popiah, dan keropok lekor yang ada di situ. Tempat ini sangat popular, jadi anda kena sedia beratur panjang (sambil pakai pelitup muka).

Bazar Ramadan Stadium Paroi, N9

Kami dengar yang murtabak dan roti john dekat sini sedap dan paling terkenal – tapi untuk semuo anak nogori, jangan sogan bungkus yang lain juga!

Bazar Ramadan Wisma Ria, Kedah

Permata Sungai Petani ini pasti akan buat hang terliuq, dan terliuq dan terliuq dengan macam-macam gerai yang menanti pengunjung.

Bazar Ramadan Persiaran Wawasan, Perlis

Juga dikenali sebagai bazar Gua Sami, bazar ini sedia menanti anak Perlis yang kelaparan sehingga ke waktu sahur.

Bazar Ramadan Bandar Baru Uda, Johor

Sebenarnya di sini ada DUA bazar: satu di sepanjang jalan, satu lagi di depan masjid. Kedua-duanya menawarkan juadah tempatan seperti ikan bakar, roti john dan kebab.

Bazar Ramadan Mahkota Square, Pahang

Sumber: YAN PDR

Juga dikenali sebagai bazar Taman Kerang bagi penduduk setempat, anda pasti suka pilihan nasi ayam dan nasi kerabu di sini.

Stadium Sultan Muhamad Ke-4 Kota Bharu, Kelantan

Sumber: Bang Ray

Anda sudah bersedia untuk buka puasa dengan juadah terbaik di Kota Bharu? Kami pasti anda sudah lama bersedia. Semasa di sini, jangan lupa cari ulam, ayam pusing, ikan bakar, dan kuih kuba guling yang lebih hitam dari dalam dompet anda pada pertengahan bulan…

Bazar Ramadan Pasar Chabang Tiga, Terengganu

Nikmati makanan laut yang segar, sata, pulut panggang dan lain-lain juadah istimewa Tranung semasa berada di sini. Kemudian jangan lupa singgah ke pasar di situ untuk beli-belah keperluan Ramadan/Raya!

Bazar Ramadan Lintasan Deasoka, Sabah

Sumber: Sabah Eats

Terletak di hadapan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (dan di sebelah pasar ahad). Selamat menjamu selera dengan juadah yang hanya boleh didapatkan pada musim tertentu sahaja!

Bazar Ramadan Medan Niaga Satok, Sarawak

Merayau sambil mencari daging salai, laksa, dan kuih-muih. Nikmat manakah yang kau dustakan?

Tetapi ingat, kita belum sepenuhnya bebas daripada ancaman COVID. Oleh itu, pastikan anda mengikut SOP yang telah ditetapkan, termasuk:

– lengkap vaksinasi

– memakai pelitup muka

– imbas MySejahtera semasa masuk

– amalkan penjarakan sosial (1m dari satu sama lain)

– sering mensanitasi tangan

 

SOP mungkin boleh menjadi berbeza mengikut lokasi, jadi pastikan anda mengikut panduan yang ditetapkan oleh bazar Ramadan di tempat anda. Kami tidak mahu jadi hantu…kecuali…

…jika untuk kempen Raya yang bakal tiba. Pastikan anda mengikut laman media sosial kami untuk sebarang petunjuk! Kami janjikan BOO-nanza untuk semua yang menyertainya 😉