KEMBALI KE ARTIKEL

Makanan ikut negeri: yang mana paling power?

Ogos 30, 2020

Jujurlah – rakyat Malaysia memang suka berdebat. Dan topik debat kegemaran ramai, mengalahkan orang lain, adalah topik makanan.

giphy 1

Dari Bukit China ke Tanjung Piai, Lahad Datu ke Gunung Cermai, kita semua sukakan sentuhan kenegerian ke atas makanan kegemaran kita. Kitorang nak bawa korang menerokai pelbagai jenis rasa untuk mengenali kaedah memakan yang paling sedap, terbukti dan tepat.

Laksa

curry laksa

(Kredit imej: Sharon Ang dari Pixabay)

Apa benda pertama korang fikir pasal laksa? Untuk orang KL benda pertama yang korang ingat adalah laksa kari: mi tepung beras dalam kuah yang kaya dengan santan dan dihidangkan dengan tauhu pok, kek ikan, udang dan kerang, serta sesudu sambal. Kemudian tambah sedikit daun kesum.

asam laksa

(Kredit imej: Melvin Chia dari Pixabay)

Bagi orang Pulau Pinang pula, versi yang terbayang di minda adalah asam laksa tanpa santan dan asam jawa yang banyak, serai, lengkuas dan cili dalam sup berasaskan ikan tenggiri, dihiasi dengan nanas, pudina, bawang dan bunga kantan. Orang Perlis lagi suka guna ikan keli atau belut. Kedah pula suka tambah telur rebus yang dihiris ke dalam kuah. Di Perak pula ikut tempat, versi Ipoh agak masam manakala versi Kuala Kangsar kuahnya lagi ringan dan guna mi tepung gandum.

johor laksa

(Kredit imej: MakanSutra)

Laksa Johor terkenal sebab guna mi spageti. Lepas perah limau, jamah guna tangan. Tapi Johor bukan satu-satunya tempat yang korang kena makan laksa guna tangan! Sebab kuah laksa putih Terengganu likat, ia sesuai dimakan guna tangan kosong. Laksa Kelantan pula ada serai dan gula melaka. Dan di Kedah, Kelantan dan Terengganu, korang boleh jumpa laksam, kuah putih pekat yang diperbuat daripada ikan atau belut yang dicurahkan ke atasi gulungan mi tepung beras lebar.

sarawak laksa

(Kredit imej: FreeMalaysiaToday)

Sarawak laksa is in a class of its own, blending sambal belacan, santan, tamarind, garlic and galangal into a fiery red broth, served with our faithful rice noodles and a heap of omelette strips, chicken, prawns and chopped coriander leaves.

Laksa Sarawak ada dalam kelas yang tersendiri, menggabungkan sambal belacan, santan, asam jawa, bawang putih dan lengkuas ke dalam kuah merah yang berapi-api, disajikan dengan mi tepung beras dan hirisan telur dadar, ayam, udang dan daun ketumbar cincang.

Nasi dagang

Kalau kitorang tanya korang apa warna nasi dagang, jawapan korang mungkin berbeza ikut kampung masing-masing. Proses bermula dengan nasi yang dikukus guna santan, bawang merah, serai dan halba untuk memberikannya aroma ikonik, dipadankan pulak dengan gulai darat, sejenis kari ikan tradisional. Asas ini saja yang merupakan elemen sama untuk nasi dagang. Selain itu?

nasi dagang ter
nasi dagang kel

Kredit imej: Saji.my (1) (2)

Terengganu guna nasi putih biasa, atau campuran nasi putih dan pulut. Produk siap dihidang hanya dengan gulai darat (kadang-kadang dengan belimbing buluh) dan acar. Di Kelantan, diorang guna beras jenis tertentu yang diwarna merah atau ungu dan lebih melekit. Diorang pula hidangkan dengan pelbagai jenis lauk lain termasuk telur pindang, sambal, dan gulai lemak ikan salai.

Otak-otak

Setakat mana yang korang tahu pasal makanan unik ini?

otak nyonya
otak muar

Kredit imej: RasaMalaysia dan Mohamed Yosri Mohamed Yong melalui Wikipedia

Di Pulau Pinang / Melaka, otak-otak nyonya dibuat guna rempah-ratus yang berbeza dan otak-otak dikukus dalam bungkusan berasingan dan dipisahkan guna daun kaduk. Kalau di Johor pula korang akan nampak otak-otak leper dibakar di bawah atap daun.

otak terengganu

Kredit imej: Cari Destinasi

Kalau korang suka tekstrur campuran, korang boleh cuba di Pulau Pinang, di mana ketulan dimasukkan dalan adunan. Di Terengganu pula, kesemua bahagian dibakar – tanpa tinggalkan pes.

Mi udang (dan mi Hokkien)

Mana-mana orang Pulau Pinang atau KL akan cakap – pesan ‘mi udang’ di salah satu tempat dan korang akan dapat hidangan yang berlainan.

prawn mee

Kredit imej: OpenRice

Mi udang di KL/mi Hokkien di Pulau Pinang adalah bihun atau mi kuning yang dihidang dengan sup udang dan kangkung, daging hiris, telur dan sambal. Ianya juga dikenali dengan nama mee yoke atau har meen.

tai lok mee

Kredit imej: Ajinomoto

Mi Hokkien di KL/mi udang di Pulau Pinang adalah mi tebal yang digoreng dengan kicap pekat (kadang-kadang dengan pati udang), kemudian dihidang dengan kubis, cebisan daging, dan udang. Dalam dialek Kantonis ia dikenali sebagai tai lok mee.

Jadi… siapa menang?

Untung jadi rakyat Malaysia bila dalam kes macam ini adalah semua negeri menang. bahawa dalam kes ini, kita semua menang. Tak kisah samada korang suka laksa pedas atau masam, otak-otak leper atau kembung, pokok pangkalnya ada macam-macam citarasa dan mana-mana pilihan adalah betul. Kita semua bersatu-padu sebagai satu negara dengan pelbagai pilihan makanan.

giphy 2

P.S. – Ada satu lagi benda yang menyatukan kita… dan kitorang galakkan korang tengok cepat-cepat