KEMBALI KE ARTIKEL

Siapa yang perlukan eSIM?

November 21, 2019

Untuk korang yang terlepas memo — eSIM merupakan cip yang tersedia di dalam telefon dan berfungsi seperti SIM fizikal yang korang cabut daripada kad plastik. Ia mudah untuk diaktifkan, boleh menyimpan beberapa nombor, dan boleh digunakan bersama SIM fizikal. Sekarang, eSIM Yoodo boleh didapatkan untuk peranti Apple generasi terbaru. Korang boleh tengok senarai penuh peranti di sini.

 

Jadi korang perlukan eSIM? Menurut pendapat kitorang (yang tak berat sebelah), semua orang perlukannya! Tapi pasti korang ada kenal ‘lejen-lejen’ yang perlukannya. Cuba tengok kalau diri sendiri atau korang ada kenal kawan-kawan macam dalam senarai kat bawah. Jom muhasabah diri:

2

Geng Hari-Hari Laju 

Semua benda korang nak sekarang juga. Nampak tak, sampai kategori ini pun kami letak pada senarai teratas? Korang sukakan kelajuan, benci menunggu, eSIM memang untuk korang. Proses pengaktifan serta-merta membuatkan korang tak perlu menunggu penghantaran SIM tiba. Hanya perlu aktifkan dan jalan terus!

3

Geng Kaki Travel

Tiada gunung yang terlalu tinggi, tiada jurang yang terlalu dalam, tiada tempat yang terlalu jauh dan tiada acara yang terlalu pelik untuk menghalang korang daripada melawat sesebuah negara. Korang dah pernah tengok pemandangan baru, merasa makanan baru, dan berani jejak tempat yang jarang orang pergi.

4

Whoa whoa whoa, tak la SEJAUH ni.

Tapi tak kisah betapa kental pun korang, korang tak akan tahan nak menggodek telefon korang dan keluar masuk SIM lama untuk diganti dengan pelbagai SIM lain. Sekarang korang dah boleh gunakan eSIM Yoodo dan mengaktifkan perantauan tanpa SIM tambahan. (Oh, saja nak cakap, kitorang pun ada pakej pelancongan ke Melbourne untuk korang menangi.)

Geng (Bakal) Terlajak Laris 

Korang memang usahawan sejati. Korang bersedia nak ber-network dan berhubung dan telefon korang memang banyak membantu. Tapi dalam masa yang sama, korang pun nak pastikan hal kerja dan hal peribadi boleh dipisahkan. Dengan eSIM, korang boleh simpan lebih daripada 1 talian. Baru lah multitasking macam bos. Korang kan bos.

5

Geng Mesti Cuba 

Korang mungkin bukan yang paling aktif di sekolah, tapi korang selalunya yang paling sporting. Dan korang suka mencuba benda baru, samada kecil atau besar. Gunakan eSIM untuk mencuba pelan-pelan baru – dan kekal dengan pelan yang betul-betul korang suka.

6

Geng Alam Sekitar

Korang sayangkan kehidupan hijau dan alam sekitar. Korang suka bawa bekal ke pejabat/kelas, guna bekas biodegradable dan straw guna semula, serta berjalan kaki atau menggunakan pengangkutan awam untuk jimat petrol!

7

Jadi korang tentu suka eSIM kerana ia bebas plastik dan tiada petrol perlu dibakar untuk menghantarnya kepada anda, Hanya perlu aktifkannya menggunakan telefon dan e-mel. 

Geng Suka Pertandingan 

Korang memang bangga mempunyai semangat membara untuk menang hadiah. Apa kaitan dengan eSIM?

8

Korang hanya perlu mengaktifkan eSIM kami dan menangi sepasang Apple Airpods dalam pertandingan I Love eSIM! Pertandingan ini berlangsung sehingga 31 Disember 2019, dan korang boleh dapatkan maklumat lanjut di sini.

 

Jadi kalau korang nak yang lebih baik, dapatkan eSIM korang hari ini – dan di Yoodo, slogan kami kekal dengan #youdoitbetter!