KEMBALI KE ARTIKEL

Bakal kembali ke pejabat? Tak perlu kekok kalau guna tip-tip ini

Jun 16, 2022

Masuk semula ke pejabat ini sebenarnya… menjanggalkan.

im uncomfortable the office

Segalanya takkan sama seperti sebelum ini. Anda mungkin akan rindukan ruang kerja di rumah. Atau mungkin pejabat anda terlalu sepi tanpa bunyi bising jiran-jiran dan kanak-kanak! Tak kisah apa pun, pasti ada cabaran tersendiri bagi anda yang perlu kembali ke pejabat. Jadi, kami kongsikan tip-tip daripada pakar untuk membantu anda.

let me get that down tracey matney

Berterus-terang jika perlu (dan anda sebenarnya boleh lakukannya)

Jika anda tidak selesa untuk kembali ke pejabat, anda boleh berbincang dengan bos anda mengenainya. Anda mungkin boleh berunding dengan bos anda untuk memberi jadual hibrid atau mengenakan langkah berjaga-jaga untuk menjaga keselamatan supaya anda hanya perlu ke pejabat apabila betul-betul diperlukan sahaja.

giphy

Dan semestinya, rundingan ini hanya boleh berjaya berdasarkan samada bos anda akan (a) mendengar dan memahami, (b) mendengar tetapi meleter, atau (c) suruh anda tanam jagung. Kalau anda rasa rundingan ini adalah sia-sia, anda boleh mencuba tip-tip lain.

Tegas dan beringat mengenai batas-batas kerja

Sekarang ini mungkin garis yang membezakan di antara kerja dan kehidupan peribadi agak… kabur. Anda mungkin asyik teringat kerja-kerja rumah semasa di pejabat. Atau anda membalas e-mel walaupun pada hujung minggu…

working hard multitasking

Alamak, nak cukur jambang semasa waktu rehat.

Anda mungkin perlu menetapkan semula pembahagian masa kerja dan masa rehat dengan tegas. Kalau ada kecemasan tak apa, tetapi kerja hakiki biasa hanya perlu dilakukan pada waktu bekerja sahaja.

giphy 1

Lebih berhati-hati dengan ruang peribadi orang lain

Langkah berjaga-jaga COVID-19 telah mengubah cara kita bergaul dengan orang lain. 

frankt

Kalau anda suka peluk orang sebelum PKP, anda kini telah hilang pangkat tersebut secara rasmi. Ianya bagus untuk anda merancang dan mengingatkan diri mengenai penjagaan ruang peribadi orang lain. Hormati hak peribadi orang lain.

Beri masa kepada diri anda untuk menyesuaikan diri

Memandangkan anda telah meninggalkan pejabat sekian lama, anda memerlukan masa untuk membiasakan diri semula. Jangan paksa diri anda. Suaikan diri dengan rutin di pejabat mengikut rentak anda sendiri.

bob ross painting

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

Berita buruk untuk anda: kawan baik di pejabat mungkin tidak semesra seperti dahulu. Berita baik pula: hubungan tersebut boleh dirapatkan semula!

international day of friendship friendship

Mula rapatkan hubungan semula dengan seorang rakan kerja atau kumpulan yang kecil sebelum anda beramah mesra dengan pasukan atau jabatan yang lebih besar. Anda akan kembali dikenali dan disenangi oleh semua orang tidak lama selepas itu.

Jadi diri sendiri

Sebenarnya, nak cuba jadi orang lain adalah sangat memenatkan. Jadi diri sendiri sahaja! Tak perlu nak minta kawan baik anda yang kacak/cantik untuk menyamar menjadi diri anda di hadapan bos baru anda, yang merupakan kawan anda semasa kecil… apa, macam drama?

shewaspretty1

*uhuk*

Kembali semula ke rutin sebelum pandemik

Rutin harian seperti tidur, makan dan bersenam telah bercampur-aduk semenjak 20+ bulan kebelakangan ini. Kalau rutin anda kekal berdisiplin tanpa gagal… anda ini sifu? Bila kelas motivasi anda?

unnamed

Tetapi betul: penstrukturan semula rutin anda membantu anda berhadapan dengan cabaran yang mendatang. Tetapkan semula rutin sebelum kerja supaya anda lebih bersemangat untuk ke pejabat. Sediakan sarapan, pelan pakaian untuk hari seterusnyam atau mungkin buat senaman ringkas selama 5 minit sebelum keluar rumah.

Hias semula meja kerja anda

Alang-alang dekat pejabat, baik anda hias meja anda. Letak balik hiasan, snek, buku atau gambar orang tersayang di meja anda. Kalau boleh, tukar juga latar belakang skrin komputer di pejabat!

giphy 2

Kalau anda tiada meja tetap, bawa semula kole-mudah-alih, jaket yang selesa atau pen kegemaran ke pejabat.

Berusaha untuk membina hubungan persahabatan semula

Kalau anda mahu ada kawan di pajabat… anda perlu mula menjadi seorang kawan pejabat yang baik!

unnamed 1

Mulakan langkat pertama untuk mengajak orang lain mengopi, makan tengahari, atau aktiviti-aktiviti yang anda selesa untuk lakukan. Kalau anda pemalu, fokus pada meluangkan masa dengan rakan kerja yang anda benar-benar selesa.

Minta bantuan jika perlu

Dan yang terakhir: kembali ke pejabat boleh membuatkan perasaan bercampur aduk dan melemaskan.

unnamed 2

Kalau anda stres atau gementar, luah perasaan anda kepada rakan kerja, bos, kawan, keluarga atau doktor anda. Mereka pasti boleh membantu anda untuk kembali ke landasan yang sepatutnya.

 

Kami harap tip-tip ini membantu proses peralihan anda untuk kembali ke pejabat, supaya anda tidak terkantoi seperti Kim Hye-Jin… atau kini dikenali sebagai Diana?

shewaspretty2

Kalau anda belum tahu, K-Drama She Was Pretty versi Malaysia akan ditayangkan secara eksklusif di Viu tidak lama lagi! Peminat Yoodo berpeluang untuk memenangi 50 pasang tiket untuk ke tayangan perdana SWP di GSC. Ini cara untuk sertainya!

 

Anda belum bersedia untuk ke pawagam, tetapi bersedia untuk menonton? Pun boleh. Dapatkan 20GB Add-On Viu pada hanya RM 7 sebulan!

 

Apa lagi tip kembali ke pejabat yang anda boleh kongsikan dengan orang lain? Beritahu kami di laman sosial kami 🙂