KEMBALI KE ARTIKEL

Renew Anytime 101

Mac 18, 2020

Tiada siapa suka menunggu – samada untuk guna bilik air, gaji bulan depan, konsert, atau malah pusingan bil yang akan datang, supaya korang boleh mengubah pelan dan mula menilai (atau menikmati) kelebihan yang ada. Kita semua manusia. Kadangkala kita nak sesuatu itu sekarang juga.

giphy

Kita semua tak boleh tukar giliran ke bilik air, tukar bos atau tukar kepantasan masa, tapi nak memperbaharui pelan mudah alih korang? Itu kita boleh bincang.

Memperkenalkan Renew Anytime

Kitorang akan melancarkan satu fungsi baru yang dipanggil Renew Anytime. Ia membolehkan korang untuk memperbaharui pelan asas 30-hari anda pada bila-bila masa, di mana jua. Samada pelan korang akan tamat dalam tempoh 29 minit mahupun 29 hari, kitorang beri kebebasan untuk korang buat keputusan.

giphy 1

Korang boleh guna fungsi ini untuk mengaktifkan promo secepat mungkin, atau menambah add-on yang perlu, atau… untuk apa-apa sebab sekalipun. Guna Renew Anytime untuk memulakan semula pusingan pengebilan atau menukar Pelan Asas yang baru pada waktu yang korang pilih!

Apa yang boleh dibawa ke depan

Ingat, korang akan bermula dari kosong apabila memperbaharui pelan. Maknanya, korang wajib ingat yang Renew Anytime akan memadam:

  • Baki kuota Data/Panggilan/SMS yang masih ada
  • Sebarang add-on percuma yang ditebus melalui ganjaran Yoodo
  • Booster
  • Bonus pengaktifan
  • Power Pass (pas Data berkelajuan tinggi untuk 1 jam sahaja. Oh, kitorang tak cakap benda ni pun ada ya?)
31po1l

Apa yang korang boleh bawa ke depan adalah:

  • Pas Roam Like Home
  • Minit panggilan IDD

Kedua-dua di atas mempunyai tarikh luput tersendiri yang berasingan dengan pelan, dan tidak akan terjejas kalau korang memperbaharui pelan.

giphy 2

Bagaimana cara nak guna Renew Anytime

Untuk mula memperbaharui pelan, pastikan korang dah kemas kini aplikasi ke versi yang terbaru, kemudian ikut langkah-langkah ini:

  1. Tekan ‘Change’ pada paparan utama aplikasi Yoodo
  2. Tekan ‘Change Plan’
  3. Ubah suai pelan yang korang nak
  4. Sahkan pelan yang telah diubah suai
  5. Selepas pengesahan, korang kena pilih samada nak ‘Change plan now’ atau ‘Change plan in # days’ (# bermaksud jumlah hari yang tinggal untuk pelan yang sedia ada).
  6. Kalau korang pilih untuk memperbaharui sekarang, korang menerima dan akur yang baki Data/Panggilan/SMS akan terbatal.

Renew Anytime bermula dari 17 Mac 2020, jadi cukup-cukuplah menunggu – sudah tiba masanya untuk korang kawal pelan mudah alih sendiri.

giphy 3