KEMBALI KE ARTIKEL

No. 3 boleh buat anda trauma! Saat-saat dalam bermain “mobile game” yang kita semua pernah alami

Jun 30, 2022

Ada orang bijak pandai pernah berkata, “It don’t matter if you win by an inch or a mile, winning’s winning (tak kisah kau menang jarak seinci atau satu batu, kemenangan tetap kemenangan).” Dan orang bijak pandai tersebut adalah Vin Diesel, dalam filem pertama Fast and Furious (zaman filem tersebut masih mengenai lumba kereta dan bukannya terbang ke angkasa, ingat tak?).

 

Cuma, bagi sesiapa yang pernah hampir menang, tetapi ‘dicilok’ pada saat-saat akhir, ia adalah satu pengalaman yang menyakitkan. Menang atau kalah, parut pertarungan memang boleh bagi kesan yang mendalam.

giphy 3

Fast, furious and wise.

1. Kena ‘balun’ dengan senjata tangan

Anda berjaya hidup selepas aksi tembak-menembak yang hampir meragut nyawa. Akhirnya, lawan terakhir tumbang. Anda sahaja yang masih berdiri! Semasa sedang menghirup udara kemenangan dan isi peluru… ada orang datang dan pukul anda dengan kuali. Tak dapat chicken dinner.

giphy 1 1

Rasanya jurus ni mak aku yang ajar. 

Bukan sahaja ia sukar dilupakan, kawan-kawan pun akan terus ingatkan anda mengenai kejadian itu. Diamlah Munzir!

2. Tiada siapa yang jaga Point B

Ingat tak masa anda sedang bermain Domination dalam CODM. Skuad anda dah dapat tawan Point B. Anda pun beritahu Munzir untuk jaga dan pertahankan Point B semasa anda cuba menawan Point A. Munzir setuju. Jadi, anda pun bergegas ke Point A. Sekali anda dapat notifikasi yang Point B telah ditawan lawan semula. Bila pusing, Munzir ada mengekori anda. Masa pun tamat. 

 

Skuad anda kalah tetapi Munzir masih ada dalam hidup anda. Jadi, apa yang anda boleh buat adalah tarik nafas dalam-dalam dan bersabar.

giphy 2 1

Sebab tumbuk muka orang itu salah di sisi undang-undang.

3. Main sorok-sorok dengan penembak tepat (sniper)

Dendam paling susah nak langsai adalah dendam dengan sniper di pihak lawan. Setiap kali hidup semula, dia tembak anda. SETIAP KALI! Jadi anda pasang misi untuk kenakan dia balik. Anda mula tak pedulikan pemain lain dan menang atau kalah. Janji dia rasa apa yang anda rasa. Anda pun mati dan hidup semula berulang kali seperti watak Tom Cruise dalam filem Edge of Tomorrow. Hidup semula, belajar, dan mati semula. Akhirnya, selepas 7 minit mencuba, dia dalam sasaran anda. Baru sahaja nak tarik picu, telefon anda mati. Anda lupa nak caj malam tadi.

 

Tahap penyesalan dia sampai perlukan pakar kaunseling.

giphy 3 1

Luahkan.

4. Tank terlepas keretapi

Anda bagi arahan untuk pusingan seterusnya. Khairul Fahmi, Tank skuad anda tengah sibuk pesan teh ais. Bila tanya samada dia faham tak, dia angguk. Pusingan bermula, semua orang bergerak ke bahagian atas peta seperti yang dirancang. Kecuali Khairul Fahmi. Dia sahaja pergi ke tengah sambil minum teh ais ikat tepi. Semua mati.

giphy 4

Mantul, Khairul Fahmi. 

5. Apabila fungsi dalam game yang menghancurkan keyakinan diri anda

Ada banyak cara yang memalukan untuk mati dalam game. Anda boleh dibunuh oleh anjing. Anjing. Terima kasih CODM sebab perkenalkan fungsi ini. Paling teruk, semua orang jadi saksi bila anda terkena. Semua orang gelakkan anda selama setahun. Memang boleh bersara.

giphy 5

Macam haram.

6. Bila sakit belakang… tapi puas hati

Tak semua saat-saat dalam bermain game itu teruk. Kawan-kawan anda mesti raikan anda kalau anda punca kemenangan sampai tahap puji yang anda ini penyelamat sebenar. Disebabkan rasa merendah diri, anda pun cakap belakang sakit, sebab kena pikul pasukan. Anda pun pesan roti canai sambil menikmati dengan bangga.

giphy 6

Ya, sakit kat situ.

Itulah keindahan bermain game. Lebih banyak bermain, lebih banyak kenangan indah. Dengan Yoodo, anda boleh main puas-puas guna kuota data khas. Dapatkan 20GB Add-On Gaming pada harga RM1 untuk main game kegemaran anda. Ingat, main teruk pun boleh jadi topik bersembang di mamak nanti!