KEMBALI KE ARTIKEL

Malaysia Boleh! 6 Ciptaan Menakjubkan Oleh Rakyat Malaysia

Ogos 13, 2019

Jadi… apa yang dunia kenal mengenai Malaysia? Maksud kami, selain daripada makanan yang sedap, warga yang peramah dan hutan hujan tertua.

giphy

HOMPFNOMPFNOMPFNOMPF – ah, tolong bagi sambal tu, please

Sebenarnya, kita juga ada pereka cipta yang menarik dari negara kita ini. Anda mungkin pernah melihat ciptaan mereka, malah anda juga mungkin pernah menggunakannya! Jadi, jom kita tengok 6 benda cool yang rakyat Malaysia sendiri perkenalkan di mata dunia…

Alat Pembuat Telur Separuh Masak Newton/ Alat Merebus Telur Automatik – Datuk Hew Ah Kow

blog

Sumber Imej: The Star

Alat yang menjadi kebanggaan kopitiam, mamak dan penggemar telur di merata tempat ini membolehkan proses merebus telur dilakukan dengan sangat mudah. Semasa bekerja sebagai pengendali jentolak pada tahun 1973, Datuk Hew memulakan eksperimen di mana beliau dan pasukan beliau boleh menikmati telur separuh masak yang sempurna semasa sarapan pagi. Setelah banyak tin ditebuk, berliter air dihabiskan dan banyak telur dipecahkan, mereka akhirnya menemui penyelesaian.

Malangnya, beliau tidak mempatenkan ciptaan beliau dan menjual prototaip pertama kepada seorang stokis. Stokis tersebut kemudiannya membawa prototaip tersebut ke sebuah kilang pembuatan yang mula menghasilkan alat tersebut dalam kuantiti yang banyak. Malang juga, kesemua ujian yang dilakukan oleh beliau (dan rakan sekerja beliau) membuatkan mereka berhenti memakan telur!

Tetapi Datuk Hew tidak senang puas hati dengan kejayaan beliau – dan mula mencipta versi naik taraf alat pembuat telur tersebut, serta mencipta alat penghalau nyamuk semulajadi (Antimos) serta Soket Pintar HAK, di mana ia tidak akan berfungsi jika palam tidak dimasukkan ke dalamnya.

Polyclone / Mesin Setem Getah Segera – Robest Yong

Steps of making

Ta-dah! (Sumber: ApaNama.com)

Sebelum adanya Polyclone, ia boleh memakan masa sehingga seminggu untuk menyiapkan sebuah setem getah. Ia tidak ideal untuk syarikat yang mahukan segalanya disiapkan dalam masa yang pantas.

giphy 1

AAAAAHHH jangan pukul, kami tahu kami lambat. Sorry!!!

Robest mengadaptasi teknologi percetakan yang beliau jumpa di Jepun untuk mencipta mesin setem getah segera, menggunakan polimer yang kelihatan seperti getah lutsinar. Ciptaan itu membolehkan beliau memenangi pingat emas di Pertandingan Mencipta Antarabangsa 1994 Geneva. Semenjak dari itu, beliau juga mencipta pelekat nyamuk, baja, inkubator telur dan telefon Braille VisionTouch, yang membenarkan orang buta untuk menaip pada telefon pintar. Anda juga boleh menonton pembentangan TEDx beliau!

Dinding Nehemiah – Dr Nehemiah Lee

embossed

Anda pernah lihat dinding ini? (Sumber: NehemiahWalls.com)

Jika anda pernah memandu di sebelah jejambat, anda pasti pernah melihat struktur ini: dan ia boleh dicam melalui bentuk heksagon pada permukaan dinding. Kebiasaannya, dinding atau struktur ini mempunyai tiga bahagian: blok di permukaan luar atau fasad, pasir atau tanah mampat di bahagian dalam, dan rod besi karbon yang memegang blok-blok tersebut serta menguatkan mampatan tanah. Ia boleh menampung perbezaan yang lebih besar pada bagaimana tanah diratakan sepanjang dinding, di mana kebiasaannya dinding konkrit biasa akan retak.

Dr Lee mencipta dinding ini selepas diinspirasikan daripada konsep arkitek Perancis, Henri Vidal mengenai Bumi Yang Diperkukuh (Reinforced Earth). Tambah beliau, “Saya sentiasa teruja dengan idea untuk membina dinding yang bukan untuk memisahkan orang, tetapi kuat, serba-boleh, dan berguna.” 

Dinding dan struktur beliau memang telah berjaya menyatukan orang ramai – paling kurang, membantu kita semua untuk pergi dari poin A ke poin B!

Kamera Lytro – Ren Ng

Anda pernah tak mengambil gambar… kemudian baru sedar yang anda terfokus ke arah pohon pada latar belakang? Dengan kamera Lytro, tiada lagi masalah! Ia merupakan kamera plenoptik yang bukan sahaja menangkap sejumlah cahaya pada gambar, tetapi juga arah dari mana cahaya tersebut datang. Hasilnya: anda boleh mengubah fokus pada gambar walaupun setelah anda menangkapnya.

camera

Oo, canggih!

Ren Ng mencipta Lytro sebagai cubaan untuk meringkaskan teknologi medan cahaya yang canggih untuk kegunaan komersial. Setelah mendapat PhD, beliau memulakan syarikat Lytro, Inc. untuk menghasilkan kamera plenoptik yang disukai ramai. Selepas meletakkan jawatan sebagai CEO syarikat pada tahun 2012, beliau kini merupakan pembantu profesor di Universiti California.

Bekas berus gigi Flipper – Goo Yock Tee

Ah, berus gigi kesayangan anda. Menunggu setia kepulangan anda… sambil dibaringkan dalam genangan air… bersama-sama berus gigi keluarga anda yang lain… dan menyerap percikan air setiap kali ada orang menyiram mangkuk tandas…

giphy 2

Jangan tertipu. Berus gigi ni dah pernah nampak segalanya.

Okey, cukup. Bekas Flipper memastikan berus gigi anda kekal kering, tertutup dan bersih – semestinya perkara penting untuk sesuatu yang akan anda masukkan ke dalam mulut. Rekaannya yang senang dibuka dan senang ditutup telah dianugerahkan dengan anugerah Red Dot, Malaysia Good Design dan Singapore Design Award 2000.

toothbrush

Klik masuk, Klik keluar! (Sumber: MyFlipper.com)

Penyelesaian kebersihan yang ringkas ini adalah hasil daripada usaha Goo dan jurureka serta jurutera selama berbulan-bulan. Dan sekarang, anda dan berus gigi anda seakan tidak boleh hidup tanpa alat ini.

Biodiesel untuk musim sejuk – Datuk Dr Choo Yuen May

woman

(Jangan cakap kami lupakan kaum hawa ya…)

Minyak kelapa sawit sekarang bukan lagi untuk menggoreng pisang semata-mata – anda kini boleh menghasilkan biodiesel daripadanya! Masalahnya, ia akan beku pada suhu di bawah 15°C. Apa yang pemandu di negara beriklim sejuk perlu lakukan?

giphy 3

Ini biodiesel anda… pada suhu rendah

Memperkenalkan Datuk Dr Choo Yuen May, yang membangunkan proses untuk mencipta biodiesel yang sesuai untuk musim sejuk. Bahan api kalis sejuk ini mampu kekal dalam bentuk cecair sehingga suhu –21°C, dan sekarang sedang dihasilkan secara komersial di tiga pusat penghasilan di Malaysia. Sekarang semua kereta boleh menggunakan minyak sawit serba guna ini untuk alam sekitar yang lebih bersih!

Sekarang anda telah mengenali individu yang mengagumkan ini dan rekaan mereka yang menakjubkan, jom kita raikan kejayaan mereka dengan mengetahui lebih mengenai mereka menggunakan booster 20GB pada hanya RM20! Ketahui lebih lanjut di sini..