KEMBALI KE ARTIKEL

Cara Untuk Elak Caj Perantauan Yang Mahal

Disember 21, 2022

Dapat ke luar negara adalah satu pengalaman yang istimewa. Tetapi, anda juga mungkin terpaksa membayar harga yang mahal terutamanya untuk pelan perantauan bagi perhubungan berpanjangan. Nak cakap pun mahal.

 

Sepatutnya, kos pelan perantauan tidak perlu tinggi. Kalaulah ada cara untuk anda bawa langganan pelan mudah alih yang sama di rumah (dengan faedah, fungsi & harga yang sama) ke luar negara.

 

Oh, nasib baik ada pelan Roam Like Home.

Apa itu pelan Roam Like Home?

(Sumber: giphy.com)

Dalam bahasa mudah, Roam Like Home dari Yoodo membolehkan anda membawa pelan tempatan ada ke luar negara!

Anda boleh gunakannya di 72 buah negara, dan anda boleh langgan pas perantauan selama 1 hari, 3 hari, 7 hari atau 15 hari bergantung pada tempoh anda berada di luar negara. Malah, anda tidak perlu risau jika kehabisan pas! Anda boleh memperbaharui pas anda dengan mudah dan cepat melalui Aplikasi Yoodo.

Ini baru pengenalan. Berikut adalah keistimewaan Roam Like Home yang membuatkannya pelan pilihan sepanjang perjalanan anda:

Ubah suai di luar negara!

(Sumber: giphy.com)

Kenapa perlu tinggalkan fungsi ubah suai di rumah? Anda boleh bawanya bersama-sama anda dengan Roam Like Home supaya anda dapat terus menggunakan pelan pilihan anda semasa ke luar negara.

 

Contohnya, jika anda ada 100 minit panggilan pada pelan Yoodo, anda boleh membuat panggilan tanpa perlu menukar SIM. Ada 20GB Add-On YouTube? Anda boleh terus menonton saluran kegemaran sejurus selepas mendarat!

Anda juga boleh menambah Booster pada pelan mudah alih anda melalui Aplikasi Yoodo. Selain itu, anda juga boleh…

…Ucap selamat tinggal kepada SIM pelancong!

(Sumber: giphy.com)

Kenapa perlu gunakan SIM fizikal untuk pelancong yang mudah hilang, mahal, dan hanya digunakan untuk sementara waktu? Tak perlu susah-susah bila adanya Roam Like Home dan anda boleh berlagak dengan pelancong asing lain yang tidak dapat guna Yoodo. 😈

 

Dengan Roam Like Home, anda tidak perlu risau tentang kehilangan SIM, harga mahal dan malah, anda boleh bawanya kemana-mana. Jom kita lihat faedah Roam Like Home yang seterusnya:

Nikmati kadar RATA yang sangat berpatutan!

(Sumber: pexels.com)

Roam Like Home menawarkan kadar rata yang sangat hebat iaitu dari serendah RM5 sehari. Walaupun kadar rata tersebut bergantung pada negara yang anda lawati, kadar maksimum hanyalah RM20 sehari.

 

Kata kunci di sini adalah RATA. Tanpa caj berubah-ubah dan tanpa kejutan pada bil sepanjang percutian anda.

Aktifkan Roam Like Home serta-merta!

(Sumber: giphy.com)

Anda boleh aktifkan Roam Like Home dan gunakan pelan semasa anda sejurus selepas mendarat. Anda hanya perlu menghidupkan tetapan Data Perantauan (Data Roaming) pada telefon anda dan pelan anda akan diaktifkan secara automatik apabila anda menggunakan data, panggilan atau SMS.

 

Senang betul sebab boleh lakukan segalanya mengikut kemahuan anda. Nak Roam Like Home semasa ke luar negara? Mulakannya dengan Yoodo sekarang.