KEMBALI KE BLOG

Apa yang anda boleh dapat dengan RM10 pada tahun 2021?

Oktober 4, 2021

Bayangkan anda bangun pagi, buka dompet/tabung/tin Milo, dan jumpa… wang kertas RM10 yang baru.

Hmmm, tak ingat pulak ada simpan kat sini.

Semestinya duit tetap duit, dan kita semua sanggup bersusah untuk berjimat. Jadi kalau anda perlukan cadangan untuk apa yang boleh dibeli dengan RM10, kami ada senaraikan untuk anda:

Menangis tanpa henti dengan 1kg bawang

Beli bawang macam nak buka warung. Kupas. Biarkan air mata mengalir. Menangis membantu melepaskan stres, menghasilkan endorfin (betul, cuba Google), dan membuang hormon punca stres serta toksik dari badan anda. Kalau anda tak rasa nak menangis, boleh cuba tip-tip elak air mata mengalir dari Internet (penulis suka guna pisau tajam, bawang sejuk, dan kupas dalam air).

Oh, kemudian, jangan buang bawang tu… kami janji ianya berguna nanti.

Lukis komik dalam tempoh 24 jam

Beli pen baru dan kertas serta diadun dengan kreativiti, anda pun boleh jadi seorang pelukis komik!

Tarikh 2 Oktober adalah Hari Komik 24 Jam, iaitu sambutan tahunan untuk penciptaan komik yang pertama. Para pelukis akan menghasilkan 24 halaman komik dalam tempoh 24 jam. Anda juga boleh menyambutnya dengan menghasilkan apa sahaja dari epik fantasi sehinggalah ke lukisan yang menggambarkan diari harian anda. Mungkin anda baru sedar yang anda ada bakat.

Sokong peniaga jalanan kegemaran anda

Bantu peniaga jalanan anda dengan membeli makanan (atau minuman). Kalau kedai kegemaran anda belum menawarkan penghantaran, anda boleh cari mereka di Grab, FoodPanda atau salah satu daripada perkhidmatan di bawah:

 

“Layan” topeng muka murah

Sayangi diri anda!

Berehat selama lima minit dengan memakai topeng muka kecantikan atau scrub yang anda boleh dapatkan secara atas talian atau dari farmasi berdekatan. Sekarang anda dah boleh melayan diri dengan sesi spa mini. Cuma jangan lupa tanggalkan masa nak ambil makanan dari abang rider nanti.

Derma ke arah kebajikan

Kongsi tanda sayang!

Kalau anda tak perlukan RM10 sekarang, pasti ada orang lain yang memerlukan. Mungkin anda boleh dermakan duit itu ke arah apa jua jenis kebajikan yang dekat di hati anda seperti untuk perlindungan haiwan, hak asasi wanita, atau membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Semuanya baik-baik belaka.

Beli aiskrim

Oi, jangan seronok sangat. Nanti kitorang gigit!

Siapa yang tak suka aiskrim? Walaupun tengah hujan, mesti ada di antara kita yang tak kisah makan aiskrim. Kalau sejuk bukan pilihan anda, kami ada cadangan seterusnya..

Masak sup

SEKARANG anda boleh gunakan bawang yang dikupas di awal artikel ini tadi.

BERBALOI.

Masukkan sedikit tulang, daging, sayur dan rempah-ratus… kemudian minum. Hampir semua benda boleh dilegakan dengan sup panas.

Buat origami bintang

Anda lagi tak boleh duduk diam selepas PKP? Bina kembali fokus dengan melipat origami bintang. Anda boleh beli kertas khas secara atas talian atau potong sendiri kertas berwarna. Selepas selesai, anda boleh masukkan origami bintang ke dalam balang untuk dijadikan hiasan.

Pasang penghawa dingin selama 2 jam sehari untuk sebulan

Mengikut tarif TNB, anda hanya akan dicaj RM10 kalau memasang penghawa dingin selama 2 jam setiap hari dalam tempoh 30 hari. Atau, anda boleh pasang seharian selama 2 hari berturut-turut dan acah seperti melancong ke negara musim sejuk.

Asalkan tak beku…

Beli Power Pass 12 jam baru kami dan buat apa sahaja di atas talian

Kalau semua di atas tak kena dan anda hanya nak layan Internet, anda boleh dapatkan Power Pass Yoodo. Dan sekarang, kami ada sediakan Pass baru pada harga RM10 untuk pengguna Yoodo!

Dapatkan data 100GB selama 12 jam pada hanya RM10 sehingga 31 Disember 2021! Selepas promosi ini tamat, ia akan dijual pada harga RM15 – ia akan sentiasa ada untuk anda melayan Netflix, muat turun game baru, atau menghabiskan data mengikut citarasa anda.

Apa benda kegemaran anda yang boleh didapatkan dengan RM10? Kongsi dengan kami di media sosial!