KEMBALI KE ARTIKEL

Cuba teka siapa yang datang mengejut ke tayangan perdana di “She Was Pretty” edisi Malaysia anjuran Yoodo?

Julai 27, 2022

Dia cantik! Tak, dia MEMANG cantik. Cuba teka siapa yang datang mengejutkan 160 Yoodoer di tayangan perdana “She Was Pretty”, edisi Malaysian? Siapa lagi kalau bukan watak utama drama ini, Diana Danielle!

1

Yoodoer selesa menunggu sebelum tayangan perdana episod satu!

Rancangan Viu Original ini adalah berdasarkan K-drama popular pada tahun 2015 dengan tajuk yang sama, “She Was Pretty” (SWP) dan ia adalah rancangan yang sangat menarik. Sangat menarik sehinggakan ramai Yoodoers ‘mengerumuni’ ruangan komen dengan harapan untuk mendapatkan pas premium ke tayangan ini.

2

Antara sedutan aktiviti yang berlangsung sewaktu Majlis Pelancaran “She Was Pretty” Malaysia di Pusat Membeli Belah Tropicana Gardens.

Dan akhirnya, 50 tiket berpasang telah dimenangi oleh peminat bertuah di laman sosial Yoodo… dan bukan itu sahaja! Ada 30 tiket berpasang lagi diberikan kepada ‘influencers’ dan peminat bertuah semasa majlis pelancaran rasmi SWP Malaysia di Pusat Membeli Belah Tropicana Garden pada 21 Jun lalu!

unnamed

Yoodoer tak lepaskan peluang swafoto dengan Custo!

Tayangan berlangsung di pawagam Dadi Cinema, Pavilion KL. Dan Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berserta para VIP dari platform penstriman Viu turut hadir bagi menceriakan majlis. Setelah mendengar ucapan dan bergambar dengan maskot Yoodo, Custo, para pemenang bertuah kemudiannya bersedia untuk menonton episod pertama drama tersebut.

unnamed

Ketua Yoodo Chow Tuck Mun dan pelakon watak utama “She Was Pretty” Dania Danielle!

 

Semasa semua orang khusyuk melihat skrin, pelakon watak utama memunculkan diri dan mengejutkan semua orang! Diana Danielle tiba dengan senyuman lebar yang membuatkan semua orang lebih teruja, dan suasana menjadi lebih seronok selepas itu.

unnamed 1

Para hadirin gembira dengan penampilan mengejut Diana Danielle. Seronok!

Ini adalah salah satu daripada pelbagai kelebihan menjadi pengguna Yoodo! Anda boleh menonton “She Was Pretty” melalui Viu pada bila-bila masa, di mana jua dengan add-on 20GB berharga HANYA RM7 sebulan!

unnamed 2

Salah satu daripada gambar para hadirin!