KEMBALI KE ARTIKEL

Anda langsung tak tahu apa-apa mengenai EURO 2020? Mari baca artikel ini.

Jun 21, 2021

Kejohanan Euro 2020 kini sedang berlangsung, dan setakat ini ia adalah pengalaman yang menakjubkan! Daripada gol rembatan kencang pemain Republik Czech, Patrik Schick sehinggalah ke seorang pemain Poland iaitu Wojciech Szczesny melakarkan sejarah sebagai penjaga gol pertama menjaringkan gol ke dalam gawang sendiri, dan…

… Sekejap, korang ada tengok kan? Tak? Korang tak tahu apa yang kami tulis di atas? Tak minat bola? Tak apa! Kami pun ada yang seronok dengan Euro walaupun bukan kaki bola.

giphy

Kalau anda rasa susah sangat nak ‘masuk’ dengan perbualan kawan-kawan atau ahli keluarga sepanjang sebulan, jangan risau; kami ada sediakan semua berkaitan Euro sampai anda boleh bezakan di antara Uronen dan Ozdoev.

Kenapa ia dinamakan Euro 2020, bukan Euro 2021?

pasted image 0

Foto: UEFA.com

Sebenarnya ia sepatutnya berlangsung tahun lepas. Pandemik ini yang menyebabkan ia tertangguh sehingga ke tahun 2021. UEFA memutuskan untuk kekalkan nama, dan menyatakan bahawa “ia adalah tanda mengingati bagaimana keluarga bola sepak bersatu hati menempuh tempoh luar biasa disebabkan pandemik COVID-19 serta kesukaran yang dialami negara-negara Eropah dan seluruh dunia pada tahun 2020.”

Di mana Euro 2020 berlangsung?

giphy 1

Disebabkan isu logistik dan kapasiti, Euro dianjurkan di London, Rom, Saint Petersburg, Baku, Munich, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Amsterdam, Glasgow, dan Seville. Ini adalah kali pertama dalam sejarah kejohanan di mana ia dianjurkan di 11 bandar seluruh benua.

Pasukan mana perlu saya sokong untuk Euro 2020?

giphy 2

Terpulang kepada anda sendiri! Tetapi, macam mana pun ada beberapa pilihan yang disarankan…

Perancis selaku juara bertahan Piala Dunia dan pasukan yang paling seimbang menyertai Euro 2020 sebagai pasukan pilihan utama. Antara negara lain yang perlu diberi perhatian adalah Belgium (No. 1 dalam senarai FIFA) dan juara Eropah dalam kejohanan yang lalu iaitu, Portugal.

Kalau saya nak sokong pasukan bukan pilihan, yang mana satu paling disarankan?

giphy 3

Walaupun bunyinya seakan mengejutkan, England merupakan pasukan ‘dark horse’ iaitu pasukan bukan pilihan tetapi mampu membuat kejutan. Pasukan ini terdiri daripada pemain-pemain berkualiti yang telah memenangi pelbagai piala di peringkat kelab, namun mereka perlu meletakkan negara sebagai satu matlamat yang sama jika mereka mahu menjuarai kejohanan ini.

Pasukan mana yang boleh dikira sebagai ‘underdogs’?

giphy 4

Anda mungkin terkejut dengan jawapan ini, tetapi bagi kami pasukan underdog yang tidak boleh dipandang rendah adalah Itali. Juara Piala Dunia 2006 ini tidak dapat melayakkan pasukan ke Piala Dunia 2018, jadi mereka ada segala sebab untuk membuktikan bahawa pasukan Azzurri ini tidak boleh dipandang rendah.

Pasukan mana yang boleh pergi jauh dalam kejohanan ini?

giphy 5

Agak sukar nak ramal buat masa ini, tetapi yang pasti Kumpulan F akan memberi kejutan disebabkan ada 3 pasukan pilihan di dalam kumpulan ini iaitu Portugal, Perancis & Jerman.

Siapa pemain yang perlu diberi perhatian? Saya cuma kenal Ronaldo…

Sudah tentu semua orang kenal penjaring terbanyak kejohanan Euro iaitu Cristiano Ronaldo. Tetapi, memandangkan beliau sudah di penghujung umur dalam karier bola sepak, mari kita kenali bintang-bintang masa hadapan dalam kejohanan ini.

giphy 6

Kylian Mbappé dari Perancis masih seorang remaja semasa beliau memenangi Piala Dunia 2018 bersama-sama Les Bleus – di mana beliau menjaringkan empat gol dan memenangi anugerah pemain muda untuk tahun tersebut. Sekarang, penyerang kelab Paris Saint-Germain ini telah bersedia untuk menerajui serangan pasukan Perancis.

giphy 7

Dengan persembahan hebat yang dipamerkan untuk kelab Tottenham dan Inter Milan, Harry Kane serta Romelu Lukaku dilihat boleh membawa prestasi yang sama di kejohanan Euro 2020.

giphy 8

Phil Foden merupakan bintang muda England yang sedang menempa nama. Jika beliau boleh membawa persembahan yang sama untuk juara Liga Premier, Manchester City, maka beliau boleh menjadi pemain yang perlu diberi perhatian.

Sekarang anda sudah mengenali kejohanan Euro 2020, dan anda memerlukan jersi Euro untuk menunjukkan sokongan terhadap pasukan pilihan anda. Ada berita baik kerana kami nak berikan sehelai kepada anda melalui promosi Kaki Unlimited!

yoodo euro2021 web home page banner eng 1

Anda hanya perlu tukar ke Pelan Unlimited Yoodo pada bila-bila masa di antara 7 Jun sehingga 11 Julai 2021 dan anda berpeluang menjadi salah seorang daripada 100 pemenang bertuah yang bakal menerima sehelai jersi Euro pilihan bernilai RM300! Dapatkan info lanjut mengenai pertandingan ini di: https://www.yoodo.com.my/kakiunlimited/

Bukan itu sahaja… kami ada LEBIH BANYAK lagi barangan bola sepak yang boleh dimenangi! Ikuti kami di Facebook, TikTok, dan Instagram dari masa ke semasa untuk menyertai kuiz, permainan, serta perbincangan bagi berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat seperti jersi pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia serta goodie bags!