KEMBALI KE ARTIKEL

Pelan telco terbaik untuk anak-anak anda dan INI SEBABNYA

Disember 7, 2022

Bagi ibu bapa di luar sana, anda mungkin bercadang untuk memberikan telefon pintar atau tablet kepada anak-anak anda. Mungkin niat anda adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak untuk bersosial dan berhubung dengan kawan-kawan, dan dalam masa yang sama anda senang menghubungi mereka.

 

Tetapi, bak kata Uncle Ben, kuasa yang hebat datang dengan tanggungjawab yang berat (with great power comes great responsibility). Telefon pintar apabila jatuh ke tangan kanak-kanak boleh mengakibatkan mereka berubah perangai lagi-lagi dengan aplikasi games, chatting dan video trend di hujung jari.

 

Pelan telco yang efektif boleh membantu anda mengekang sebarang potensi kejadian yang tidak diingini, dan tiada yang lebih baik melainkan pelan Yoodo. Ini adalah beberapa sebab kenapa pelan Yoodo boleh memberi manfaat kepada para ibu bapa serta anak-anak:

Urus talian anak-anak anda dengan SATU pelan Yoodo!

(Sumber: giphy.com)

Poket berlubang selepas belikan setiap anak-anak telefon pintar? Tak perlu bakar lagi duit dengan membeli pelan mudah alih berasingan pula.

 

Yoodo, telco mesra rakyat yang membolehkan anda mengurus sehingga 5 talian dalam satu pelan Yoodo.

Anda juga boleh memantau penggunaan data anak-anak anda dengan lebih mudah! Aplikasi Yoodo anda memaparkan bar penggunaan untuk memudahkan pemantauan serta pengurusan kelima-lima talian. Tiada lagi KEJUTAN pada bil di penghujung bulan.

Ubah suai mengikut citarasa anda anak-anak anda!

(Sumber: giphy.com)

Anda perlu mengalihkan perhatian anak-anak supaya anda ada masa untuk bekerja, berehat atau melayan perasaan? Dapatkan Add-On Yoodo untuk mereka. Kanak-kanak mempunyai kecenderungan tertentu apabila menggunakan telefon pintar. Jadi, dengan adanya kuota data khas, anak-anak anda boleh bermain game, strim video atau bersosial sepuas-puasnya.

Contohnya, anda boleh dapatkan Add-On Gaming untuk anak-anak anda bermain game popular seperti Mobile Legends: Bang Bang dan Call of Duty Mobile. Sebagai bonus, ia juga datang dengan masa untuk bonding bersama-sama anak-anak kalau anda bermain bersama mereka, tanpa perlu risaukan lag atau ping tinggi disebabkan data berkelajuan tinggi yang ditawarkan.

Liputan terbaik pada rangkaian terbaik!

(Sumber: giphy.com)

Yoodo beroperasi melalui rangkaian Celcom. Kesemua pelan Yoodo menggunakan rangkaian 4G LTE paling luas di Malaysia untuk rangkaian hubungan terbaik. Anda boleh menghubungi anak-anak anda hampir di setiap tempat seluruh negara.

Perlu menghubungi anak-anak anda jika ada kecemasan? Tiada masalah! Panggilan berkualiti tinggi tanpa gangguan statik mahupun terputus panggilan!

 

Sekarang anak-anak anda boleh mendengar leteran anda di mana jua mereka berada. Paling penting, anda tahu mereka selamat dan baik-baik sahaja.

Tiada komitmen tak masuk akal!

(Sumber: giphy.com)

Pelan telco lain mungkin memaksa anda melanggan kontrak pelan pascabayar terbaik untuk jangka masa panjang, tetapi pelan Yoodo sangat fleksibel, boleh diubah suai dan berpatutan! Sangat sesuai untuk anak anda menyambung pelan tersebut apabila sudah cukup umur untuk menguruskan pelan mudah alih sendiri.

Tukar pelan anda pada bila-bila masa!

(Sumber: giphy.com)

Anak anda habiskan masa yang banyak pada telefon pintar? Kurangkan data mereka dengan menekan beberapa butang melalui telefon anda *ketawa jahat*

 

Atau pun, anda boleh memberi ganjaran kepada mereka dalam bentuk lebih banyak data, panggilan SMS atau Add-On jika mereka menghabiskan kerja rumah!

Disebabkan pilihan ubah suai inilah yang menjadikan Yoodo pelan terbaik untuk anak-anak anda. Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan talian Yoodo untuk anak-anak anda sekarang!