KEMBALI KE ARTIKEL

8 padanan terbaik untuk rakyat Malaysia

Mac 29, 2021

Hanya ada satu cara kalau kita nak sayang dua benda… jadikan kedua-duanya satu set yang sempurna!

giphy

Jadi, jom kita tengok padanan lokal ikonik yang digemari semua:

Tart nenas dengan mana-mana perayaan di Malaysia

giphy 1

Tahun Baru Cina? Tart nenas. Hari Raya? Tart nenas. Hari Deepavali? Tart nenas. Macam mana pun, tak ada siapa pun yang boleh jemu dengan kuih yang lembut, gebu dan manis yang datang dalam pelbagai bentuk ini.

“Sep” dan “Bom”

giphy 2

Diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain dan sangat biasa dengan semua. Sebaik sahaja waktu rehat, maka padanan ini dimulakan dengan tepukan tangan.

Walaupun ada versi lain, tapi kami tetap akan mengenang versi yang klasik.

Nasi putih dengan telur mata kerbau

giphy 3

Ia adalah makanan ruji orang bujang, pelajar dan orang yang berjaga sampai lewat malam di seluruh negara. Ada sesuatu perasaan yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata untuk telur mata kerbau sempurna di atas nasi putih panas. “Sempurna” itu mengikut citarasa samada kuning telur cair, sisi yang rangup atau bentuk yang menarik. Anda boleh tambah kicap dan sayur atau ikan sebagai peneman, tapi kalau ada nasi dan telur sahaja pun dah memadai.

Hang Tuah dan Taming Sari

Pahlawan lagenda Hang Tuah dan keris lagenda beliau yang berkhidmat untuk Kesultanan Melaka sebelum pelbagai peristiwa dalam sejarah yang lain.

giphy 4

Pasangan ikonik dari zaman silam ini masih diingati sehingga hari ini: lambang kesetiaan kepada raja dan negara, serta lambang persahabatan.

Sambal dan belacan

Pedas. Menyengat. Sedap. Masakan Malaysia akan jadi hambar dan menyedihkan tanpa kedua-dua perasa dan pemedas untuk apa sahaja yang anda pilih: sayuran, daging, sandwic, ais krim… tak ada had untuk mencuba.

giphy 5

Tak payah buat muka macam tu, kitorang tahu korang suka

Kain sarung dan selipar

giphy 6

Selesa, lokal dan tidak nampak terlalu mencuba, kain sarung dan selipar tidak memilih pemakai. Tiada siapa yang boleh jadi terlalu “atas” untuk gaya pemakaian mudah ini. Anda bebas untuk merayau di sekitar kawasan perumahan dengan cara yang paling senang dan selesa (sambil pakai pelitup muka sebab #NormaBaru).

Rakyat Malaysia dan badminton

210304 lee zii jia bwf1

Sumber imej: Malay Mail

Tidak kira samada anda berasal dari kampung mana, bahasa ibunda apa, atau suka jenis laksa yang mana… kalau ada pemain badminton Malaysia sedang beraksi, semua PASTI akan memberi sokongan! Dengan Lee Zii Jia baru-baru ini dinobatkan sebagai Juara Berseorang Lelak di Kejohanan Terbuka England, kita semua pasti lebih bangga untuk memegang raket.

Samada pemain kegemaran anda ialah anak-anak Sidek, Lee Chong Wei atau Zii Jia, mana-mana pemain badminton boleh mengharapkan sokongan daripada rakyat Malaysia.

giphy 7

Data berganda dan data PERCUMA dengan Double Special EXTRA

Untuk Yoodo, salah satu padanan kegemaran kami adalah promosi Double Data, di mana kami berikan kuota data DUA KALI tanpa menaikkan harga… kemudian kami terfikir, kalau kami suka Data, anda semua pun suka Data… bukankah kita SEMUA akan gembira kalau dapat data percuma tambahan?

Jadi, kami naik taraf pelan semua orang dengan Double Special Extra, yang memberikan Data berganda DAN 10GB percuma pada harga yang kekal sama dengan harga asal. Anda boleh melayari internet lebih lama dan buat segalanya secara lebih baik sebagai pelanggan Yoodo. Anda tak perlu  buat apa-apa – anda akan dapat kuota tambahan jika kayak semasa pelan diperbaharui (kalau tak boleh tunggu, sekarang pun boleh). Jadi sekarang anda boleh terus menikmati padanan yang pasti disukai: anda dan pelan Double Special EXTRA Yoodo!