KEMBALI KE ARTIKEL

8 destinasi pelancongan yang tak dikenali tetapi menarik untuk diteroka

Jun 4, 2019

Apa tempat pertama yang korang fikir apabila mendengar perkataan ‘melancong’? Berjemur di bawah limpahan cahaya matahari di Sydney Gold Coast? Menikmati kecantikan pokok Sakura dan kimono di Tokyo? Atau berjalan menerokai laluan di Pasar Chatuchak Bangkok? Untuk setiap destinasi idaman yang korang boleh fikirkan, pasti ada sebuah tempat baru yang korang belum tahu. Kitorang senaraikan beberapa tempat yang boleh memberikan pengalaman yang agak lain dari kebiasaan!

Hua Hin, Thailand

Imej dari HuaHin.city travel guide

 

Hua Hin merupakan sebuah pekan pelancongan di pinggir laut yang digemari oleh kerabat diraja Thailand. Ia menawarkan suasana istirehat yang lebih senyap berbanding Bangkok dan Phuket. Antara tempat menarik lain yang berdekatan adalah Pasar Cicada, Taman Santorini (sebuah ‘syurga’ Instagram bertemakan seni bina Greek), serta Kuha Kharuehat Pavilion yang indah di Gua Phraya Nakhon.

Darwin, Australia

Imej dari Crocosaurus Cove.

Darwin dikenali dengan pelbagai nama dan rekod: ia merupakan ibu negeri terkecil, paling lembap dan paling atas di bahagian utara Australia. Pelancong boleh menikmati kesibukan dermaga, ‘bermesra’ dengan reptilia gergasi di Crocosaurus Cove, dan berendam di Air Terjun Wangi. Tapi tak pasti korang boleh jadi wangi lepas berendam atau tak.

Yeosu, Korea

Imej dari TravelWorldHeritage.

Nak pergi pulau? Bandar Yeosu mempunyai lebih 300 pulau untuk diterokai! Antara pulau yang terkenal adalah Pulau Sa-do, Jurassic Park versi Korea di mana korang boleh melihat tapak kaki dinosaur, dan Pulau Odong-do, di mana korang boleh melihat 3000 pepohon camellia mekar di musim bunga dan 70 spesies flora liar. Dan ke mana saja korang pergi, korang boleh menikmati makanan laut tempatan yang dijamin sedap.

Gozo, Malta

Gozo adalah sebuah kawasan luar bandar yang indah dengan lokasi menarik untuk menyelam dan melakukan aktiviti sukan air. Ia juga mempunyai banyak tarikan semulajadi. Korang mungkin pernah nampak salah satu daripadanya semasa perkahwinan Dothraki dalam sebuah episod Game of Thrones!

Nampak tak? Imej oleh Telegraph.

Walaupun lengkungan gerbang batu Azure Window telah runtuh, korang masih boleh menikmati keindahan lengkungan batu kapur semulajadi Wied il-Mielah Window, laut pedalaman Qawra, Teluk Ramla serta Calypso Cove.

Imej oleh TripAdvisor.

Hangzhou, China

Imej oleh Joaquin Salido on Wikipedia.

Terletak berdekatan dengan Teluk Hangzhou, bandar ini menggabungkan sejarah, tarikan semulajadi, dan antara teh terbaik di muka bumi seperti:  Longjing, atau teh telaga naga. Korang pun boleh melawat Terusan Grand, Masjid Phoenix, West Lake, atau ladang teh Meijiawu.

Rotorua, New Zealand

Imej oleh Stuff.co.nz.

Rotorua adalah pusat kebudayaan masyarakat Maori serta aktiviti geoterma untuk dinikmati oleh semua orang. Jangan lupa untuk singgah di Pohutu Geyser, Kampung Tertimbus Buried Te Wairoa, atau Institut Seni Dan Kraftangan Maori New Zealand.

Umbria, Itali

Imej oleh Telegraph.

Lebih dikenali sebagai jantung hijau negara Itali, Umbria memberi korang perasaan seakan-akan cerita dongeng dengan pekan zaman pertengahan. Jangan lupa untuk berjalan-jalan menerusi Assisi, sebuah lokasi terpelihara yang dikaitkan dengan Saint Francis, atau menyaksikan perlumbaan “lilin” Hari Saint Ubaldo.

St. Lucia, Afrika Selatan

Imej oleh St Lucia South Africa.

St Lucia di KwaZulu-Natal merupakan sebuah pekan kecil yang lebih dikenali sebagai hab Taman iSimangaliso Wetland di bahagian Pantai Timur. Nikmati safari, melihat paus, berenang bersama penyu, dam menimba pengalaman mengenai budaya Zulu.

Kalau korang tak boleh nak duduk diam dan nak melancong ke tempat baru, korang boleh ke tempat-tempat yang kitorang senaikan. Korang juga boleh bawa pelan lokal korang bersama-sama menggunakan pakej Roam Like Home dan Roam Like Home Plus,  yang boleh didapati di kesemua negara yang kiorang senaraikan. Ketahui lebih lanjut dengan melihat FAQ kami.