KEMBALI KE ARTIKEL

6 cara untuk meraikan Merdeka di rumah

Ogos 30, 2021

giphy 8

Terperap di rumah tak bermaksud kita tak boleh meraikan sambutan penting dalam sejarah negara ini! Disebabkan kita semua tak boleh ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan perarakan, kami ada sediakan beberapa senarai aktiviti untuk sambutan Merdeka dari rumah:

Kibarkan Jalur Gemilang

merdeka2

Kibarkan Jalur Gemilang kalau ada di rumah. Dalam masa yang sama, jangan lupa tengok-tengokkan bendera lain yang berkibaran di kawasan kejiranan anda: bendera putih untuk mereka yang memerlukan bantuan, bendera merah untuk pemilik haiwan peliharaan yang memerlukan makanan bagi “anak bulu” yang tersayang.

Serlahkan warna Malaysia

merdeka3

Anda ada baju tradisional kegemaran? Gayakannya. Ada pakaian bertemakan bendera-bendera di Malaysia? Gayakannya. Jersi Harimau Malaya? Pun boleh! Kami pun ada nak beri bersempena dengan kempen Yoodo Belanja. Dapatkan maklumat lanjut di pautan ini.

Tonton rancangan klasik bersama-sama

merdeka4

Tak kisahlah kalau definisi klasik untuk anda adalah Bujang Lapok, Sepet, Jagat, atau Ola Bola, ajak kawan-kawan atau ahli keluarga untuk menonton bersama. Pasang di televisyen, strim atau anjurkan parti menonton secara atas talian.

Lakukan aktiviti kegemaran rakyat Malaysia… iaitu makan-makan

giphy 1 1

Ada satu benda yang rakyat Malaysia suka selain daripada buat lawak dan bergaduh dengan jiran ASEAN mengenai makanan adalah… makanan. Masak (atau pesan) makanan bertemakan bendera seperti kuih lapis atau nasi lemak.

Layan semua iklan Merdeka yang menarik?

Iklan Merdeka ini macam keropok – satu sahaja tak cukup. Dari yang jiwang sehinggalah ke yang kelakar dan menjentik minda, pastikan anda menonton iklan atau filem pendek yang dapat menangkap perasaan anda mengenai negara kita yang tercinta ini.

Anda patut mulakan dengan iklan terbaru kami:

Tetapi kalau aktiviti ini bukan apa yang anda suka, kami ada cadangan lain…

Sertai pertandingan Merdeka from Home kami

yoodo merdeka web homepage bm

Kami nak pastikan sambutan Merdeka dan Hari Malaysia ada meriah, jadi ini peluang anda untuk memenangi salah satu daripada hadiah-hadiah di bawah:

  • OSIM x uThrone Massage Gaming Chair
  • Bose Home Speaker 300
  • Samsung Galaxy Tab 6GB + 128GB
  • Nintendo Switch
  • Kredit Boost

Apa yang anda hanya perlu lakukan adalah memesan SIM Yoodo secara percuma atau port-in dari telco lain. Kemudian, belanjakan RM20 pada pelan Yoodo anda untuk melayakkan diri! Anggaplah pertandingan ini sebagai cara mengurangkan stres semasa berada di rumah.

OK, serious jap…

merdeka7 1

Ya, kadang-kadang weol pun boleh jadi serius.

Kalau video Merdeka kami membuatkan anda terkesan… kami faham. Mungkin ada kehilangan kerjaya, terlebih bekerja dan terlebih stres. Mungkin anda tak boleh bekerja dari rumah dan mengambil risiko keluar setiap hari untuk memastikan mereka di bawah tanggungjawab anda ada makan dan minum. Mungkin ada menempuh segala cabaran tanpa boleh berkongsi dengan orang lain. Mungkin lawak “bekerja macam nak mati” dah tak kelakar.

Kami tahu. Kami tahu semua orang penat.

Jadi kami nak ingatkan anda: Ianya OK kalau anda rasa tak OK. Tolong jangan pendam dalam diam! Tak ada benda nak dimalukan jika anda berkongsi dengan orang lain. Kami nak anda semua selamat dan sihat selepas pandemik ini berakhir. Jika anda perlukan bantuan, sila beritahu kawan/keluarga atau dapatkan bantuan daripada senarai-senarai berikut:

  • AWAM (016-2374221 / 016-2284221) 
  • Befrienders
  • Life Line Association Malaysia (011-31571495/016-7201495)
  • MENTARI
  • MERCY Malaysia (03-29359935)
  • MyCare COVID-19
  • Talian Kasih (Talian Bebas Tol 15999, Whatsapp 019-2615999)

 

Kekal berhubung, Malaysia – bukan sahaja kerana kami adalah telco anda, tetapi kerana kita semua makhluk yang perlukan aktiviti sosial dan berkomuniti. Satu-satunya cara untuk menempuh kesemua ini adalah dengan membantu di antara satu sama lain. Teruskan berjuang!