KEMBALI KE ARTIKEL

5 Sebab Kenapa Rakyat Malaysia Suka Yoodo

Disember 22, 2022

Kita semua sebagai rakyat Malaysia, walaupun berbilang kaum, pasti akan bersatu-padu dalam bab harga berpatutan, tawaran yang jelas dan santai. Seperti kita semua sukakan nasi lemak. Nasi lemak ada segala-gala unsur yang menyatu-padukan kita seperti sambal yang ada ‘oomph’ dan lauk sampingan yang pelbagai pada harga yang lebih murah berbanding juadah yang seakan-akannya.

 

Ibarat nasi lemak untuk pelan mudah alih, Yoodo adalah ‘resipi’ dan buatan tempatan, malah direka khas untuk menepati citarasa anda pada harga yang berpatutan!

 

Tukar ke Yoodo dan nikmati kelebihan-kelebihan yang digemari rakyat Malaysia. Berikut adalah 5 faedah atau kelebihan jika anda bertukar ke Yoodo:

JIMAT wang ringgit dengan pengubahsuaian!

(Sumber: giphy.com)

Semua orang menggunakan telefon pintar dan data dengan cara yang berbeza. Anda mungkin lebih banyak menghantar teks berbanding membuat panggilan, atau anda mungkin banyak mengunakan data. Pelan yang telah ditetapkan tidak mengambil kira cara atau tabiat penggunaan telefon pintar anda. Bukan sahaja anda diberikan kuota tetap untuk data, panggilan dan SMS, anda juga mungkin perlu bayar fungsi yang tidak digunakan sama sekali.

Anda boleh ubahnya dengan Yoodo! Pelan Yoodo membolehkan anda memilih fungsi yang dimahukan sahaja dan memilih kuantiti data, minit panggilan dan jumlah SMS yang diperlukan. Anda dapat apa yang dibayar sahaja dan dijamin tanpa kejutan pada bil! Tambahan pula, anda dapat menikmati liputan 4G LTE terluas di Malaysia.

Tetapkan penggunaan mengikut citarasa dengan Add-On!

Add-On adalah seperti lauk sampingan yang pelbagai untuk nasi lemak bagi menepati citarasa peribadi anda. Jika anda suka melayan video atau penstriman, ada Add-On untuk YouTube dan Twitch bagi membolehkan anda terus menonton tanpa menunggu video tersedia.

(Sumber: giphy.com)

Jika anda kaki game, anda mahu elakkan gangguan perhubungan rangkaian semasa sedang bermain. Nasib baik anda pelbagai Add-On untuk game pilihan dari Mobile Legends: Bang Bang hinggalah ke PUBG Mobile, di mana kami peruntukkan data khas untuk bermain.

 

Kami juga tidak melupakan kaki sosial. Dapatkan Add-On TikTok untuk melayari aplikasi tersebut selama berjam-jam tanpa gangguan, atau Add-On untuk WhatsApp, Telegram dan WeChat supaya anda boleh terus bersosial.

(Sumber: giphy.com)

Add-On membolehkan anda mengubah suai pelan mudah alih anda mengikut citarasa tersendiri dengan data berkelajuan tinggi bagi aplikasi kegemaran anda. Dan yang paling menarik, anda boleh dapatkan Add-On 20GB tersebut dengan harga serendah RM1 pada bila-bila masa!

Ucapkan selamat tinggal kepada SMS yang tidak diperlukan!

(Sumber: giphy.com)

Fakta menarik: 10 daripada 10 orang yang kami tanya tidak menggunakan SMS lagi. Semua orang! Tetapi pelan biasa yang telah ditetapkan masih memberikannya.

Pelan biasa di luar sana selalunya akan memasukkan harga kuota SMS dalam kos langganan anda tanpa anda sedari. Dengan Yoodo, anda boleh memilih untuk tidak mempunyai kuota SMS langsung dan hanya guna aplikasi perbualan dan sosial.

 

Semestinya pengubahsuaian mengikut citarasa adalah nadi Yoodo! Dan bercakap mengenai ubah suai mengikut citarasa…

Tukar pelan anda pada bila-bila masa!

(Sumber: giphy.com)

Kadangkala citarasa anda berubah, tetapi pelan mudah alih biasa tidak. Dengan Yoodo, anda boleh mengubah pelan anda dengan sesuka hati.

 

Anda tiba-tiba mahu lebih bersosial? Naikkan minit panggilan atau dapatkan Add-On bagi kuota data aplikasi sosial. Nak menonton lebih banyak filem? Anda boleh hentikan langganan Add-On permainan video mudah alih pada bulan seterusnya dan gantikannya dengan Add-On AstroGo atau VIU.

 

Anda juga boleh mendapatkan Booster bagi aplikasi kegemaran anda jika terlebih penggunaan. Jadi, walaupun anda tidak dapat mencari makanan di tengah malam, anda masih boleh dapatkan data!

Belanja mengikut bajet!

(Sumber: giphy.com)

Dengan keadaan ekonomi yang sekarang ini, kita semua disarankan untuk berjimat cermat. Dan kuncinya adalah dengan merancang bajet perbelanjaan kita semua. Tetapi dalam masa yang sama, anda mahukan pelan mudah alih yang efektif untuk perhubungan.

 

Anda boleh dapat kedua-duanya dengan Yoodo. Jika anda mahu telco yang menawarkan liputan rangkaian terluas di Malaysia dan sangat fleksibel serta berpatutan, anda perlu tukar ke Yoodo!

 

Dah mula yakin dengan kelebihan Yoodo? Jom mula dengan Yoodo sekarang.