KEMBALI KE ARTIKEL

11 tip berunding untuk dapatkan apa yang anda mahu

Mei 4, 2021

apr21 image1

Hello, design team? Ya, kami perlukan gambar dua tangan pakai sut bersalaman…

Rundingan atau tawar-menawar bukan hanya untuk orang niaga atau pengurusan tertinggi syarikat. Kita semua buat dengan cara tersendiri hampir setiap hari samada anda nak minta izin ibu bapa untuk pergi konsert, minta kenaikan gaji, beli kereta terpakai, atau nak tentukan siapa yang patut cuci tandas.

giphy

Yang selalu terlepas harap jangan buat muka comel.

Kami tanyakan pakar bagaimana cara terbaik nak ‘nego’, dan mereka kongsi 11 tip yang anda boleh mulakan untuk dapatkan apa yang anda mahukan… atau paling kurang pun dapat yang paling hampir berbanding anda langgar tanpa ilmu di bawah:

Sasarkan ‘win-win’

giphy 1

Kalau anda bercadang nak ‘makan seorang’ dan biarkan pesaing anda ‘menganga’… kami terpaksa nasihatkan anda supaya tarik nafas dan jangan garang sangat, kawan. Dalam rundingan, anda perlu mencari penyelesaian yang buatkan semua orang senyum (atau paling kurang, tak marah). Penyelesaian yang disukai ramai boleh pergi lebih jauh daripada penyelesaian yang menguntungkan satu pihak sahaja.

Persediaan itu kunci kuasa

giphy 1 1

Buat kajian dulu! Kaji isu yang dihadapi berdasarkan sudut yang berbeza supaya anda boleh faham

    • apa yang anda mahu, dan apa yang mereka mahu
    • apa kebarangkalian keputusan daripada rundingan anda
    • apa yang anda boleh lepaskan atau berkompromi
    • apa penyelesaian alternatif yang anda boleh cadangkan kalau matlamat utama anda tidak boleh dikecapi
    • siapa yang ada kelebihan dalam rundingan (malangnya, kemungkinan besar bukan anda)

Kesemua data ini boleh membantu anda menemui penyelesaian alternatif dan memahami sudut pihak yang satu lagi.

Sila mulakan dahulu

giphy 2

Anda mungkin pernah dengar ada orang kata kalau mula bercakap dahulu, anda buka peluang kepada orang lain untuk membidas. Tak semestinya. Siapa yang mulakan dahulu dapat menetapkan asas untuk rundingan. Anda nak beli sesuatu? Anda mulakan dengan harga rendah. Anda nak jual sesuatu? Mulakan dengan harga tinggi. Lihat, cara yang sangat mudah untuk mengawal dan menetapkan nada rundingan.

Tahu had anda

Bayangkan anda nak jual koleksi permainan video anda. Anda tahu harga yang anda mahukan dan memang terbukti ada permintaan. Tiba-tiba datang seorang bakal pembeli yang cakap:

giphy 3

Sudah tentu anda tak akan terima. Tahu (atau sebenarnya tetapkan) had anda berdasarkan harga, masa dan usaha anda. Ia akan membantu anda mengasingkan di antara siapa yang benar-benar serius atau siapa yang nak cuba nasib.

Peribadi bukan halangan

giphy 4

Anda mungkin akan berunding dengan orang yang anda tidak suka. Cuba faham perasaan dan sudut mereka sama seperti dengan orang lain! Fokus pada matlamat yang sama, dan cuba yang terbaik untuk tidak memandang perbezaan personaliti. Jangan emosi semasa anda cuba mencari penyelesaian.

Jadi pendengar aktif

giphy 5

Kita semua suka bercakap, dan kita semua nak didengari. Jadi, pastikan anda menarik hati pihak yang satu lagi dengan menunjukkan bahawa anda mendengar apa yang mereka sampaikan. Cuba sasarkan 70% mendengar dan 30% bercakap. Lontarkan soalan yang terbuka supaya mereka juga berminat memahami situasi dengan lebih lanjut. Atau, anda boleh cuba tak bercakap…

Diam itu lebih baik

giphy 6

Keadaan yang senyap sepi itu boleh dijadikan senjata rundingan anda. Jika seseorang menawarkan sesuatu yang anda tidak bersetuju, biarkan diam anda ‘bercakap’ bagi pihak anda. Pihak yang satu lagi boleh menjadi gelisah dan cuba membuat tawaran baru. Ini akan berikan kelebihan kepada anda kerana anda kini sudah tahu lebih banyak maklumat mengenai matlamat pihak yang satu lagi.

Beri maklum balas dengan tenang

giphy 7

Jika keputusan tidak memihak pada anda, anda berhak bersuara. Tetapi, pastikan anda tidak meletup. Tenang is good. Fokus pada penyelesaian untuk semua dan jangan layan balasan beremosi yang anda terima. Rundingan tidak akan menjadi kalau semua tengah panas.

Bahasa badan itu penting

giphy 8

Berhati-hati dengan bahasa badan semasa berunding. Mendekatkan diri, bertentang mata, dan mengangguk adalah tanda-tanda anda sedang memberi perhatian. Bersandar, bersahaja, atau membuat ‘rolling eyes’ adalah sebaliknya! Baca bahasa badan pihak yang satu lagi dan gunakannya untuk mengesan isyarat tersirat.

Minta lebih…

giphy 9

Jangan mendesak. Tetapi, tak salah jika anda mahu cuba meminta lebih. Pengakhiran terbaik adalah pihak satu lagi bersetuju. Pengakhiran terburuk adalah pihak satu lagi akan cuba menawarkan penyelesaian yang lebih mudah diterima oleh mereka. Macam mana sekali pun, anda tetap dapat sesuatu. Mereka pula gembira kerana menyangka anda mudah menerima. Semua orang senyum…

…tetapi bersedia untuk meninggalkan rundingan

giphy 10

Pelan anda tidak akan sentiasa menjadi. Kadangkala, kesemua pihak tidak boleh mencapai kata sepakat. Dalam kes ini, jangan takut untuk menamatkan rundingan. Selalunya, anda pasti akan menemui penyelesaian lain yang lebih baik untuk anda.

Kesemu tip di atas adalah untuk membantu anda mendapatkan apa yang anda mahu – tetapi dengan Yoodo, anda tak akan perlu tawar-menawar untuk mendapatkan #whatyoowant!

 

 

Anda boleh bermula dengan betul dari hari pertama dengan pelan yang boleh diubah suai dan membenarkan anda memilih amaun Data, Panggilan dan SMS yang anda perlukan untuk bulan tersebut, perbaharui pada bila-bila masa, dan tukar Add-On mengikut keperluan. Dapatkan SIM atau talian baru anda di sini.