KEMBALI KE BLOG

10 benda atau perkara yang perlu buat penampilan semula di Malaysia

Jun 30, 2021

Mengimbau kenangan lalu memang aktiviti masa lapang kegemaran rakyat Malaysia selepas bertengkar mengenai laksa negeri mana paling sedap. 

Kami tanya skuad Yoodo mengenai apa yang mereka rindukan, apa yang mereka mahu generasi akan datang tahu, atau pun apa yang mereka pernah dengar tetapi tak pernah cuba. Nostalgia mereka membawakan senarai-senarai di bawah. Kami harap anda terhibur!

Makanan segera bertemakan perayaan

Burger Tahun Baru Cina dengan curly fries? Nak. Ayam tandoori edisi terhad Deepavali? Nak juga. Nasi lemak dan APA SAHAJA berperisa rendang sempena Hari Raya?

Jawapan pendek: Nak. Jawapan panjang: NAAAAAAAAAAAAAAAAK

Tahun ini sangat mencabar untuk kita semua. Kalau makanan boleh buatkan anda semua gembira, kami sokong.

Mi wantan 5 sen

Kami bukan nak cuba kongsi jalan cerita komik Lat atau apa, tetapi kami sukakan idea makanan lokal yang murah DAN mengenyangkan. Cuba tanya mak ayah/tok nenek anda mengenai pak cik yang jual nasi kandar sambil berjalan atau mi tok tok (bukan mi Tik-Tok). 

Dan kalau anda rindukan makanan tempatan macam kami, pastikan anda membantu penjaja di komuniti anda dengan membeli daripada mereka di musim pandemik ini. Kita semua makan sama-sama. Dan bercakap mengenai penghantaran makanan…

Permainan “Brick games”

Foto: Shopee

Samada dibeli di pasar malam, stesen minyak atau kedai permainan, siapa boleh lupakan KUASA bunyi bip dan lagu nyaring permainan ini… Terlalu banyak bateri gugur demi keseronokan kita menyusun batu-bata… tetapi kalau anda ada bakat menyusun, memang berbaloi.

Babu Roti / Pak Cik Jajan

Siapa je tak suka roti? Foto: HungryGoWhere

9 daripada 10 ahli pasukan Yoodo rindukan hon babu roti di waktu petang (Penulis ke-10 pula tanya ‘babu roti itu apa?’). Penunggang motosikal kesayangan ramai ini membawakan anda segala macam jenis roti, jajan dan apa sahaja makanan ringan yang sedap. Walaupun ada yang masih biasa melihat babu roti, ia telah menjadi kenangan untuk ramai yang lain.

Pemain Kaset “Walkman”

Ingat tak perasaan bangga apabila anda mula memilikinya? Ingat tak perasaan geram apabila korang cuba menguraikan wayar setiap kali nak guna? Ingat tak perasaan seronok merekodkan lagu di radio menggunakan kaset kosong untuk mencipta ‘mix tape’ anda sendiri? Semua memori ini tidak boleh dilawan oleh lagu yang dimuat turun atau Spotify.

Pepsi Blue

Kalau lagu ni tak melekat di kepala korang, korang bertuah. Hargailah zaman muda korang.

Tak banyak benda terlalu biru secara semulajadi. Namun Pepsi Blue melawan hukum alam dengan air berperisa beri ini. Kini ia dikatakan akan membuat penampilan semula di AS, kita di Malaysia ni bolehlah mengeluh dan mengharap sahaja…

MSN Messenger

Foto: Microsoft

Ingat tak zaman nama profil anda dipenuhi dengan emoji? Ingat tak zaman anda memasukkan lirik lagu atau mutiara kata di bawah nama profil? Ingat tak *bloop* yang memberitahu anda bahawa seseorang sedang menghantar mesej kepada anda? MSN ingat… walaupun ada di antara kita semua yang tak ingat pun kata laluan Hotmail mereka.

Gula-gula Trebor T-Drops

T tu maksud dia terabur ke? Foto: The Smart Local

Sebahagian daripada penampilan T-Drops adalah gula-gula bulat yang comel. Sebahagian lagi adalah bekas besi yang kemas. Sebahagian lagi adalah rekaan bukaan yang membantu menghalang gula/tepung daripada keluar.

Permainan ‘Water Ring Toss’

Kita main air! Foto: Starts at 60

Bagi anda yang masih ingat, permainan ini lebih susah daripada Dark Souls, dan hanya beberapa orang yang layak sahaja tahu betapa susahnya permainan ini. Ia datang dalam pelbagai jenis, di mana versi asal menggunakan tolakan air untuk meletakkan gegelung masuk ke batang kecil. Dulu, kita mungkin tak ada kesabaran untuk permainan ini, tapi apabila berjaya memasukkan gegelung ke tempatnya….

2020 Monster

Walaupun 2020 merupakan tahun yang…lain daripada yang lain… kami sedang bercakap mengenai ‘monster’ yang tertentu. Ya, penjimatan tahap ‘monster’ di mana setiap pengguna Yoodo boleh menikmati 20 GB Data dengan hanya RM20! Layan video, buat banyak panggilan, atau tukar telefon anda menjadi hotspot… tiada had untuk anda pilih penggunaannya. ‘You do you best’, kata kami.

Kami tahu ramai yang rindukannya. Jadi kami ada berita baik: ‘monster’ ini telah kembali!

Ya, betul: anda boleh dapatkan Pelan 20GB Data Asas dengan harga RM20 sekali lagi! Pastikan aplikasi anda dikemas kini untuk memaparkan luncur harga terkini (ingat, anda boleh memperbaharui pelan anda pada BILA-BILA masa) dan ia tersedia untuk beberapa bulan lagi. Nak tahu lebih lanjut? Lihat laman web kami atau baca Soalan Lazim di sini.