KEMBALI KE BLOG

10 benda POWER yang boleh dilakukan dalam 1 jam dengan 100GB

Mac 31, 2020

Dalam artikel sebelum ini, kitorang ada kongsi suatu benda yang sangat istimewa untuk korang yang suka menghabiskan data: Power Pass istimewa kami. Pas data berkelajuan tinggi ini memberikan anda data 100GB ‘selambak’ untuk 1 jam!

Pasukan penulis kitorang bertungkus-lumus membuat kira-kira dan hasilnya, ada beberapa cadangan yang korang boleh buat dengan semua POWER yang korang dapat:

Muat turun 3 musim Stranger Things dalam HD

1 jam rancangan siri tersebut memakan lebih kurang 2.3GB, jadi dengan 25 episod yang telah ditayangkan setakat ini semestinya data yang ada cukup, siap ada baki lebih. Mungkin korang pun boleh muat turun Beyond Stranger Things. Kalau rancangan korang tak berapa layan live action pulak, korang boleh…

Dapatkan keseluruhan katalog filem Studio Ghibli di Netflix

…renggangkan badan, tukar baju yang lebih selesa dan minum air yang cukup, sebab korang akan ‘menghadam’ anime-anime yang sarat dengan perasaan untuk selama 25 jam. Katalaog Ghibli yang ada di Netflix semasa artikel ini ditulis adalah:

  • Arrietty
  • Castle in the Sky
  • Kiki’s Delivery Service
  • My Neighbor Totoro
  • My Neighbors the Yamadas
  • Nausicaa of the Valley of the Wind
  • Ocean Waves
  • Only Yesterday
  • Porco Rosso
  • Princess Mononoke
  • Spirited Away
  • Tales from Earthsea
  • The Cat Returns
  • The Tale of the Princess Kaguya

Nasib baik (?) filem yang tidak sesuai ditonton oleh hati tisu iaitu Grave of the Fireflies belum ditayangkan di Netflix. Jadi ya, bunyinya menyedihkan; tapi tak sampai meninggalkan parut di mata (dan di hati).

Layan 40 jam K-drama di iflix atau viu

Kita semua tahu jumlah pelakon, plot dan siri yang wujud merentasi kiraan menggunakan jari tangan dan kaki, jadi kitorang serahkan kepada korang untuk cari dan pilih. Korang tahu apa (dan siapa) yang korang suka. Buat pilihan, muat turun semua, dan layan sepanjang hujung minggu. Daebak!

Tengok kembali siaran langsung strim yang terlepas

Minta maaf pada member/buah hati/bos korang, sebab korang sekarang ini korang busy. Sokong gamer, pasukan dan/atau shoutcasters kegemaran korang habis-habisan. Lagi seronok kalau korang boleh jemput member-member dan gf/bf untuk turut serta. Kalau bos korang pulak… well, tengok nasib macam mana.

Muat turun 20,000 lagu untuk didengari sepanjang tahun 2020

Oleh kerana saiz fail satu lagu lebih kurang 3-5MB, korang boleh dapatkan keseluruhan atau beberapa lagu daripada diskografi artis-artis kegemaran korang. Sebenarnya, korang mungkin akan berhenti sebab jari penat dan bukannya sebab data habis…

Kemas kini 99 aplikasi tanpa perlu mencari hotspot

Mengaku saja. Kitorang tahu orang macam ini wujud di luar sana. Pengguna licik yang cuma kemas kini aplikasi yang diperlukan hanya dengan wi-fi di rumah, pejabat, atau di kafe. Atur semula hidup dan smartphone korang dengan mengemas kini semua aplikasi. Telefon korang akan berterima kasih.

Tether telefon ke komputer dan muat turun game baru

Ya, korang boleh guna data Power Pass untuk tether! Apa lagi para Gamer, inilah masanya. Selesaikan kemas kini yang dah disusun dan muat turun kesemua game yang korang dah beli semasa musim sale tapi belum dimuat turun… sehinggalah sekarang. 

Jadi kalau semua ini menarik bunyinya untuk korang, pastikan korang cari Power Pass pada aplikasi korang sekarang! Dan kalau korang ada idea lain (kategori U) untuk dilakukan dengan 100GB, sila kongsi dengan kitorang di media sosial.