YOODO AMBASSADORS

Jadi Yoodo Ambassador, berinteraksi dengan kandungan media sosial kami, dan dapat ganjaran seperti Kredit Boost, barangan Yoodo, dan macam-macam lagi!

Tempoh kempen: 1 Januari 2021 – 30 Jun 2021

Bagaimana caranya?

Daftar

Isi butiran anda dan jawab beberapa soalan pada Google Form di bawah.

Disenarai pendek

Kami akan hubungi calon-calon yang disenarai pendek dan beri tugasan untuk berhubung dengan kandungan media sosial Yoodo.

Kongsi & dapat ganjaran

Calon-calon perlu selesaikan tugasan dan kongsikan bukti untuk dapat ganjaran seperti Kredit Boost, barangan Yoodo & lain-lain.

yoodo ambassadors web with esports side visual
yoodo heroes web collect point visual

KUMPUL MATA DAN DAPAT GANJARAN

Kalau anda termasuk dalam senarai pendek, selesaikan tugasan-tugasan di bawah dan kumpul 15 mata untuk dapat ganjaran!

Apa yang korang kena buat?

Jumlah mata

Muat naik kandungan yang ada jenama Yoodo9
Kongsi semula hantaran Fun USP5
Kongsi apa sahaja benda positif di media sosial yang ada konteks berkait dengan #youdoitbetter menggunakan hashtag kitorang dan mention @yoodomy3
Muat naik paparan kandungan berjenama Yoodo secara tak langsung5
Sertai Pertandingan/Cabaran Media Sosial kitorang dan ajak yang lain5

Jumlah mata misi

35915
Kredit Boost (RM)5102030

Platform sosial:

facebook1
instagram1
twitter
tiktok

Untuk Penayang Strim ESUKAN

Apa yang korang kena buat?

Jumlah mata
Strim di Facebook Yoodo Esports untuk satu jam atau lebih!15
Berikan shout out untuk Yoodo sebanyak 3 kali ketika anda melakukan penstriman secara langsung9
Tayangkan Pek SIM Yoodo anda di awal & akhir penstriman secara langsung anda5
yoodo ambassadors web with esports esport visual

UNTUK BLOGGERS

yoodo heroes web rm80 voucher

LEBIH DARIPADA 10K FOLLOWERS

Dapatkan RM80 Kredit Boost, barangan Yoodo, dan macam-macam lagi untuk setiap kandungan blog

KURANG DARIPADA 10K FOLLOWERS

Dapatkan RM 50 Kredit Boost, barangan Yoodo, dan macam-macam lagi untuk setiap kandungan blog

yoodo heroes web rm50 voucher

Jangan segan! Blogger pun boleh selesaikan misi di platform sosial untuk dapatkan lebih ganjaran!

Terma & Syarat:

  1. Untuk melayakkan penyertaan, pengguna perlu menghantar bukti tugasan telah diselesaikan melalui e-mel sebelum hari pertama untuk setiap bulan. Duta yang dilantik (“Ambassador”) akan menerima ganjaran pada 20 haribulan untuk setiap bulan. 
  2. Jika Ambassador didapati berkongsi pautan atau kandungan milik pesaing, Ambassador tersebut akan dikeluarkan dari program ini.
  3. Ambassador akan hilang kelayakan dan ganjaran akan ditarik sekiranya akaun Yoodo miliknya didapati tidak aktif, dipindah keluar atau ditamatkan atas apa jua sebab dalam tempoh sebelum ganjaran diterima.
  4. Akaun Ambasaddor mestilah kekal aktif dan sekiranya gagal berbuat demikian, Yoodo akan membatalkan kelayakan dan menarik balik ganjaran yang bakal diberi kepada Yoodo Ambassador tersebut.
  5. Yoodo berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan dan menarik balik ganjaran sekiranya mana-mana Yoodo Ambassador melanggar terma dan syarat ataupun melakukan penipuan herhubung dengan Kempen ini.
  6. Keputusan Yoodo dalam semua perkara yang berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad, konklusif dan terikat. Sebarang surat-menyurat, rayuan, bantahan atau percubaan untuk mempertikaikan keputusan Yoodo tidak akan dilayan dalam apa jua keadaan.
  7. Yoodo berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana ganjaran dengan ganjaran-ganjaran lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  8. Yoodo dengan jelas mengecualikan dan menafikan apa-apa representasi atau waranti berkaitan dengan kualiti ganjaran. Yoodo juga tidak memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan pertikaian dengan pengilang atau pembekal ganjaran dan Yoodo Ambassador perlu berurusan terus dengan pengilang atau pembekal untuk semua maklumat waranti.
  9. Yoodo tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa ganjaran yang hilang, ditangguhkan, atau rosak semasa proses penghantaran atas sebab-sebab di luar kawalan kami.
  10. Yoodo tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa cukai, kos sampingan, atau caj yang berkaitan dengan penerimaan atau penggunaan ganjaran.
  11. Dengan menyertai Kempen ini, Yoodo Ambassador memberi kebenaran kepada Yoodo untuk menggunakan sebarang maklumat dan/atau gambar Yoodo Ambassador di media massa untuk tujuan pemasaran, publisiti dan unsur-unsur pengiklanan tanpa sebarang notis dan/atau pampasan.
  12. Semua Yoodo Ambassador mesti menuntut ganjaran masing-masing dalam tempoh 1 (Satu) bulan dari tarikh pemberitahuan. Ganjaran-ganjaran yang tidak dituntut akan dilucutkan dan tiada surat-menyurat atau rayuan akan dilayan.
  13. Yoodo berhak untuk mengubah, menambah atau meminda syarat dan peraturan Kempen ini atau mana-mana bahagian daripadanya tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.
  14. Dengan menyertai Kempen ini, pengguna bersetuju bahawa Yoodo tidak akan dengan apa-apa cara bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan jika pihak Yoodo tidak dapat melaksanakan secara keseluruhan atau sebahagian daripada kewajipannya di sini yang boleh dikaitkan secara langsung atau tidak langsung terhadap kegagalan mana-mana peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian telekomunikasi, perisian dan kegagalan emel.  
  15. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, konflik, kesamaran atau kepincangan antara terma dan syarat versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, versi terma dan syarat Bahasa Inggeris akan diguna pakai.