Terma dan Syarat

  1. Promosi Pas 5G (“Promosi”) akan bermula dari jam 12:01 malam pada 5 Julai 2023 sehingga diberitahu kelak. Sebarang pelanjutan atau penamatan tempoh adalah berdasarkan budi bicara Celcom.
  2. Promosi ini dibuka kepada para pengguna Yoodo baru dan sedia ada yang menggunakan peranti dengan sokongan 5G serta USIM dalam lingkungan kawasan liputan 5G sepanjang tempoh Promosi berlangsung.
  3. Perkhidmatan 5G akan menggunakan data pelan asas Berkelajuan Tinggi serta data Add-On.
  4. Pas 5G tidak boleh dibeli sebagai booster secara berasingan, ia wajib dibeli bersama pelan data asas Berkelajuan Tinggi.
  5. Perkhidmatan 5G tidak disediakan bagi langganan pelan data asas Tanpa Had.
  6. Para pengguna wajib melanggan mana-mana Pelan Data Asas Berkelajuan Tinggi (10GB ke atas) dan pas 5G untuk menikmati perkhidmatan 5G ini.
  7. Jika pelan anda diperbaharui sebelum tempoh Promosi bermula, sila tukar langganan anda ke mana-mana Pelan Data Asas Berkelajuan Tinggi (10GB ke atas) dan pas 5G untuk mengakses ke rangkaian 5G. Ia akan bermula pada kitaran bil yang seterusnya atau anda boleh memilih untuk penukaran pelan secara serta-merta.
  8. Pengguna boleh memperbaharui pelan pada bila-bila masa semasa dalam tempoh Promosi untuk menikmato perkhidmatan 5G.
  9. Pengguna Yoodo yang telah mengaktifkan perkhidmatan 5G boleh menikmati Perantuan 5G secara automatik di kawasan-kawasan yang disokong oleh penyedia rangkaian perantauan 5G.
  10. Pengguna Yoodo wajib melanggan pas Roam Like Home untuk menikmati perkhidmatan perantauan 5G.
  11. Yoodo mempunyai hak untuk mengubah, menukar, menyemak semula, menambah, memadam, mempelbagai, menggantung, membatalkan atau melambatkan Promosi ini tanpa sebarang notis pada bila-bila masa.
  12. Yoodo tidak bertanggungjawab ke atas sebarang ralat, pengeluaran, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, akses masuk tanpa izin, atau pengubahan tanpa izin, pada akaun atau komunikasi pengguna, atau sebarang masalah teknikal pada rangkaian atau talian telekomunikasi, pelayan atau penyedia, perisian serta kegagalan e-mel.