Tempoh Kempen bermula dari jam 00:00 malam pada 01 Julai 2022 sehingga jam 23:59 malam pada 31 Disember 2022.
Untuk layan sertai kempen, kesemua aktiviti pengaktifan dan pemindahan talian perlu dilaksana menggunakan kod promosi CFYOODO_ACT.
Hanya pelanggan Celebrity Fitness yang memenuhi kriteria pelan minimum dengan mengaktifkan talian Yoodo baru akan layak untuk harga RM27 bagi pakej product terpilih sepanjang tempoh kempen ini.
Kriteria pelan minimum adalah mengaktifkan satu talian baru Yoodo atau pindah masuk talian dari telco lain dengan pilihan pakej minimum:
Pelan 20GB Data Berkelajuan Tinggi dan,
Add-on 20GB Spotify dan,
Add-on 20GB TikTok dan,
Add-on 20GB Instagram dan,
Add-on 20GB PUBG.
Perantauan, IDD dan Penghantaran Premium tidak dikira di bawah kriteria pembelian minimum.
Kempen ini dibuka kepada kategori pelanggan di bawah yang memenuhi kriteria pelan minimum.
Pelanggan baru Yoodo yang mendaftar talian baru Yoodo atau memindah masuk talian dari telco lain ke Yoodo.
Pelanggan semasa Yoodo yang mengaktifkan talian tambahan atau memindah masuk talian dari telco lain ke Yoodo.
Pengguna baru yang mengaktifkan talian Yoodo buat pertama kali menggunakan kod promosi CFYOODO_ACT TIDAK layak untuk menerima 5GB percuma sebagai bonus pengaktifan.
Yoodo mempunyai hak, dengan budi bicara tersendiri, untuk membatalkan dan menarik semula sebarang tawaran atau diskaun daripada pelanggan yang didapati melanggar terma dan syarat ini atau terlibat dalam aktiviti penipuan yang boleh menjejaskan kempen ini.
Yoodo mempunyai hak untuk mengubah, menukar, menyemak semula, menambah, memadam, mempelbagai, menggantung, membatalkan atau melambatkan kempen ini tanpa sebarang notis pada bila-bila masa.
Yoodo tidak bertanggungjawab ke atas sebarang ralat, pengeluaran, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, akses masuk tanpa izin, atau pengubahan tanpa izin, pada akaun atau komunikasi pengguna, atau sebarang masalah teknikal terhadap rangkaian atau talian komunikasi kami, penyedia atau pelayan, perisian dan kegagalan e-mel.