Pelan Pelanjutan Tempoh Sah menawarkan penjimatan sehingga 10% apabila anda mendapatkan tempoh langganan di antara 90 sehingga 180 hari dan membuat pembayaran keseluruhan terlebih dahulu.
Langgan pelan data Berkelajuan Tinggi Yoodo dengan perbelanjaan minimum RM30 sebulan untuk tempoh sah pelan selama 90 atau 180 hari bagi menikmati diskaun sehingga 10%.
Tawaran ini hanya untuk pelan data Berkelajuan Tinggi (ia tidak sah untuk pelan data Tanpa Had).
Jumlah keseluruhan bagi pelan selama 90 atau 180 hari akan dicaj terlebih dahulu.
Pelan asas akan diperbaharui pada setiap 30 hari.
Anda boleh dapatkan Booster untuk Data, Panggilan, SMS dan Add-On seperti biasa.
No. | Tempoh Sah Pelan (hari) | Diskaun% |
---|---|---|
1 | 90 | 5% |
2 | 180 | 10% |
**Ditawarkan untuk pelan asas Berkelajuan Tinggi dengan nilai minimum RM30 sebulan**
Semua pengguna semasa yang aktif serta pelanggan yang baru berdaftar boleh mendapatkannya.
Langkah 1: Aktifkan SIM Baru atau Pelan Bulanan
Langkah 2: Pilih pelan data Berkelajuan Tinggi (pelan data Tanpa Had tidak tertakluk untuk tawaran diskaun).
Langkah 3: Mula ubah suai pelan telco anda dengan perbelanjaan minimum bernilai RM30 sebulan
Langkah 4: Pilih tempoh sah langganan yang dimahukan: 90 atau 180 hari.
Langkah 5: Buat bayaran menggunakan kaedah pembayaran yang dimahukan.
Jika anda mahu menukar pelan dalam tempoh sah 90 dan 180 hari tersebut, anda akan kehilangan langganan semasa ada dan tiada bayaran balik akan diberikan.
Kami cadangkan anda untuk menukar pelan anda setelah pelan 90 atau 180 hari anda berakhir.
Tidak, promosi ini hanya ditawarkan untuk pelan asas Berkelajuan Tinggi.
Anda boleh dapatkan Booster bagi Data, Panggilan, SMS dan Add-On melalui aplikasi mudah alih Yoodo.
Tidak. Jika anda mahu memperbaharui tempoh sah pelan anda, sila ke “Tukar Pelan” > “Ubah Suai Pelan Anda” > dan pilih “Kemudian (setelah pelan semasa saya luput)” pada halaman pengesahan. Jika tidak, tempoh sah akan ditetapkan untuk 30 hari sahaja.
Nota:
Jika anda batalkan talian anda, pelan anda akan ditamatkan serta merta dan tiada bayaran balik akan diberikan.
Pelan anda akan diperbaharui secara automatik ke pelan sebelum ini dengan tempoh sah selama 30 hari. Jika anda memadam fungsi pembaharuan secara automatik pula, talian anda akan dinyahaktif apabila pelan anda luput.
Jika anda mahu memperbaharui pelan dengan Pelanjutan Tempoh Sah 90 atau 180 hari anda, dila ke “Tukar Pelan”, “Ubah Suai Pelan Anda”, pilih “Kemudian (setelah pelan semasa saya luput)” dan tekan “aktifkan perubahan pelan anda”.
Jika anda mengaktifkan “gantung SIM hilang”, ia akan menggantung kesemua perkhidmatan serta memadam sebarang pembaharuan/kemas kini secara automatik.
Malah, pengakftifan selepas tarikh pembaharuan pelan akan membatalkan sebarang langganan (termasuk pelan Pelanjutan Tempoh Sah) dan menarik semula baki yang masih ada.
Sila hubungi Yoodo Live Chat atau WhatsApp 011 5622 2222 bagi mendapatkan bantuan.