Rujuk kawan anda menjadi pengguna Yoodo untuk peluang memenangi hadiah lumayan.

Tempoh kempen: 1 – 31 Ogos 2020

10 perujuk tertinggi akan memenangi ganjaran bulanan tersebut.

Tempat ke-4

1x Oppo A92

Tempat ke-5

1x Vivo V15

Tempat ke-6

1x Jabra Elite 65t Wireless Earbuds

Tempat ke-7

1x RM400 Boost Credit

Tempat ke-8

1x Harman Kardon Esquire Mini 2 Speaker

Tempat ke-9

1x Google Chromecast Ultra

Tempat ke-10

1x Yoobao PowerBank

Tak pernah ada rujukan lagi? Menangi hadiah istimewa apabila anda membuat rujukan pertama anda.

*Hanya terbuka untuk pengguna yang tidak mempunyai rujukan, pemenang akan dipilih secara rawak.

Cara menang:

Dapatkan Kod Ajakan dari aplikasi Yoodo anda dan sebarkannya.

Yakinkan kawan anda untuk sertai Yoodo. Rujukan hanya dikira jika rakan yang dirujuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM20 semasa pengaktifan SIM

*Penting: Kod ajakan anda mesti digunakan semasa pengaktifan SIM rakan anda.

Papan pendahulu

Akan datang

Cabaran bulan Ogos tamat dalam masa

1
Hari
2
Jam
3
Minutes
4
Saat

Korang adalah yang terbaik!

Akan Datang

Bagaimana untuk meyakinkan rakan anda?

Mudah saja nak meyakinkan rakan anda untuk sertai Yoodo

Ubah Suai Pelan

Anda boleh reka pelan mudah alih anda sendiri.

Tanpa Kontrak

Tiada kontrak, anda boleh batalkan pada bila-bila masa.

Talian yang lebih lebar

Liputan 4G terluas di Malaysia, Yoodo beroperasi menggunakan rangkaian Celcom.

Ganjaran khas dari Yoodo

Yoodo suka bagi tawaran dan ganjaran istimewa.

7GB Percuma

Kawan anda akan menerima 7GB Data secara percuma.

Peraturan Cabaran

  1. Kakitangan tetap atau kontrak serta mana-mana rakan perniagaan dikecualikan daripada menyertai Cabaran ini.
  2. Anda mestilah pengguna aktif Yoodo untuk menyertai Cabaran ini. Perujuk yang tidak aktif akan kehilangan kelayakan untuk memenangi Ganjaran.
  3. Anda boleh ajak sesiapa sahaja asalkan mereka bukanlah pengguna Yoodo sebelum Cabaran ini bermula.
  4. Rakan yang anda rujuk haruslah mempunyai akaun Yoodo yang aktif sehinggalah senarai pemenang diumumkan. Pengguna aktif bermaksud pengguna yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 talian dengan pelan aktif.
  5. Sekiranya berlaku seri untuk Cabaran Leaderboard, perujuk PERTAMA yang mencapai jumlah rujukan tersebut akan ditempatkan lebih tinggi berdasarkan waktu orang yang dirujuk mengaktifkan SIM mereka.
  6. Yoodo akan membuat penyiasatan yang terperinci jika disyaki ada unsur penipuan. Contohnya orang yang dirujuk sudah tidak aktif lagi dalam tempoh masa 31 hari selepas setiap Cabaran bulanan berakhir.
  7. Anda tidak boleh memaksa mana-mana pihak untuk menjadi pengguna Yoodo atau membuat sebarang kenyataan yang tidak benar atau mengelirukan tentang Yoodo.
  8. Anda boleh sertakan kod ajakan anda dalam video, entri blog, media sosial dan lain-lain. Namun, ia harus jelas kepada mana-mana pihak bahawa anda bukanlah pekerja atau wakil rasmi Yoodo.
  9. Yoodo berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menangguhkan dan menarik balik pemberian hadiah sekiranya mana-mana pemenang melanggar terma dan syarat ataupun melakukan penipuan berhubung dengan Cabaran ini. 
  10. Keputusan Yoodo dalam semua perkara yang berkaitan dengan Cabaran ini adalah muktamad, konklusif dan terikat. Sebarang surat-menyurat, rayuan, bantahan atau percubaan untuk mempertikaikan keputusan Yoodo tidak akan dilayan dalam apa jua keadaan.
  11. Yoodo berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  12. Semua pemenang mesti menuntut hadiah masing-masing dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pemberitahuan. Hadiah-hadiah yang tidak dituntut akan dilucutkan dan tiada surat-menyurat atau rayuan akan dilayan.
  13. Yoodo dengan jelas mengecualikan dan menafikan apa-apa representasi atau waranti berkaitan dengan kualiti hadiah. Yoodo juga tidak memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan pertikaian dengan pengilang atau pembekal hadiah dan pemenang perlu berurusan terus dengan pengilang atau pembekal untuk semua maklumat waranti.
  14. Yoodo tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa hadiah yang hilang, ditangguhkan, atau rosak semasa proses penghantaran atas sebab-sebab di luar kawalan kami.
  15. Yoodo tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa cukai, kos sampingan, atau caj yang berkaitan dengan penerimaan atau penggunaan hadiah.
  16. Dengan menyertai Kempen ini, pemenang memberi kebenaran kepada Yoodo untuk menggunakan sebarang maklumat dan/atau gambar pemenang di media massa untuk tujuan pemasaran, publisiti dan unsur-unsur pengiklanan tanpa sebarang notis dan/atau pampasan.
  17.  Yoodo berhak untuk mengubah, menambah atau meminda syarat dan peraturan Kempen ini atau mana-mana bahagian daripadanya tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.
  18. Dengan menyertai Kempen ini, pengguna bersetuju bahawa Yoodo tidak akan dengan apa-apa cara bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan jika pihak Yoodo tidak dapat melaksanakan secara keseluruhan atau sebahagian daripada kewajipannya di sini yang boleh dikaitkan secara langsung atau tidak langsung terhadap kegagalan mana-mana peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian telekomunikasi, perisian dan kegagalan emel. 
  19. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, konflik, kesamaran atau kepincangan antara terma dan syarat versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, versi terma dan syarat Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Soalan Lazim

Apa itu Cabaran ‘Tarik Member, Dapat Untung’?
Cabaran ‘Tarik Member, Dapat Untung’ adalah program rujukan yang terdiri daripada Cabaran Leaderboard dan Cabaran Rujukan Pertama di mana perujuk boleh memenangi hadiah menarik seperti iPhone Pro 11, Samsung Galaxy S20+, aksesori, kredit Boost dan banyak lagi. Ini adalah sebagai tanda penghargaan dari kami atas usaha anda untuk memperkenalkan Yoodo kepada rakan-rakan anda.

Apakah perbezaan antara Cabaran Leaderboard dan Cabaran Rujukan Pertama?
Cabaran Leaderboard akan mengambil kira jumlah rujukan yang dibuat oleh setiap pengguna di sepanjang bulan. Lagi ramai anda rujuk, lagi tinggi kedudukan anda. Pada akhir bulan, 10 perujuk tertinggi akan menerima hadiah.
Manakala Cabaran Rujukan Pertama adalah kempen untuk pengguna yang tidak mempunyai sebarang rujukan sebelum permulaan Cabaran ini untuk membuat rujukan pertama mereka. Tiga (3) pemenang bulanan akan dipilih secara rawak.

Berapa lamakah tempoh Cabaran ini berlangsung?
Cabaran ini akan bermula pada 1 Julai dan berakhir 31 Julai 2020.

Siapakah yang boleh menjadi perujuk untuk Cabaran ini?
Cabaran Leaderboard adalah terbuka kepada mana-mana pengguna Yoodo yang aktif, manakala Cabaran Rujukan Pertama hanya terbuka untuk pengguna aktif Yoodo yang tidak mempunyai sebarang rujukan sebelum permulaan Cabaran ini.
Perujuk yang tidak aktif akan kehilangan kelayakan untuk memenangi ganjaran. Perujuk aktif bermaksud pengguna yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 talian dengan pelan aktif.

Apakah yang dikira sebagai rujukan yang sah?
Untuk memastikan supaya rujukan anda sah, rakan yang anda rujuk mestilah:
pengguna baru yang belum pernah mempunyai akaun Yoodo. Mereka tidak akan layak walaupun telah menutup akaun sebelum ini dan sertai semula dengan menggunakan kod ajakan anda
individu yang unik. Maksudnya walaupun rakan anda mengaktifkan 5 talian di bawah akaunnya, ia akan dikira sebagai satu (1) rujukan unik
belanjakan sekurang-kurangnya RM20 semasa pengaktifan SIM mereka
kekal sebagai pengguna aktif Yoodo sehinggalah senarai pemenang diumumkan

Saya adalah pengguna Yoodo yang sedia ada, bagaimanakah saya boleh rujuk rakan? Di mana boleh saya temui kod ajakan saya?
Apa yang perlu anda lakukan ialah:
Dapatkan kod ajakan dari aplikasi Yoodo anda dan sebarkannya kepada rakan anda
Mereka perlu mengisikan kod ajakan tersebut di bahagian ‘Ada kod promosi’ dan membuat pembelian sekurang-kurangnya RM20 semasa pengaktifan SIM mereka
Mereka akan diberikan data 7GB percuma untuk talian pertama manakala anda akan menerima kredit RM20 untuk setiap rujukan dan layak menyertai Cabaran ini

Kalau saya bukan pengguna Yoodo sedia ada, bolehkah saya menyertai Cabaran ini?
Anda hanya boleh layak merujuk sekiranya anda pengguna Yoodo yang aktif. Ini adalah kerana setiap pengguna mempunyai kod ajakan yang unik selepas mempunyai akaun Yoodo.

Saya adalah pelanggan portabiliti nombor mudah alih (MNP), adakah saya layak menyertai Cabaran ini?
Selepas memindahkan nombor sedia ada anda kepada Yoodo, dapatkan kod ajakan dari aplikasi Yoodo anda. Kemudian, sebarkan kod ajakan anda dan yakinkan kawan anda untuk sertai Yoodo. Rujukan hanya dikira jika rakan yang dirujuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM20 semasa pengaktifan SIM mereka.

Saya adalah pelancong asing dan mahu menggunakan Yoodo ketika bercuti di Malaysia. Bolehkah saya menyertai Kempen ini?
Anda mestilah seorang warganegara Malaysia atau mempunyai pas lawatan jangka panjang untuk bermastautin di Malaysia untuk layak menyertai Kempen ini.

Bolehkah saya buat rujukan jika saya belum mengaktifkan kad SIM saya?
Tunggu dulu! Anda akan menemui kod ajakan dari aplikasi Yoodo anda hanya selepas kad SIM anda sudah berjaya diaktifkan. Kami tidak dapat mengesan rujukan untuk akaun anda jika kawan anda tidak menggunakan kod ajakan anda.

Berapa ramaikah rakan boleh saya rujuk untuk Cabaran ini?
Sebanyak mana yang anda suka! Tiada had tentang berapa ramai rakan yang anda rujuk sepanjang tempoh Cabaran. Namun selepas setiap Cabaran bulanan berakhir, rujukan anda akan ditetapkan semula.

Bagaimana saya boleh sebarkan kod ajakan saya?
Spamming tidak dibenarkan. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada menyebarkan kod ajakan di Facebook Yoodo, Instagram, Twitter dan laman web atau halaman pihak ketiga lain yang mana perujuk bukan pemilik. Perujuk juga tidak boleh menawarkan sebarang insentif untuk mempengaruhi mana-mana pihak untuk menggunakan kod ajakannya.

Apa yang perlu dilakukan oleh rakan saya apabila dia menerima kod ajakan saya?
Rakan anda perlu memesan dan mengaktifkan SIM mereka menggunakan kod ajakan anda.

Bagaimana saya dapat mengetahui sekiranya saya berjaya merujuk seseorang? Bagaimana saya boleh melihat jumlah rujukan saya?
Apabila kod ajakan anda digunakan oleh rakan, anda akan menerima e-mel daripada kami. Anda tidak akan dapat melihat siapa yang telah menggunakan kod ajakan anda tetapi anda boleh mengira jumlah rujukan anda berdasarkan e-mel ini.

Rakan saya lupa menggunakan kod ajakan saya. Bolehkah rakan saya masih dikira sebagai rujukan saya? Bolehkah dia masih lagi masukkan kod ajakan saya setelah pengaktifan?
Kami tidak dapat mengaitkan rujukan tersebut kepada anda jika rakan anda tidak menggunakan kod ajakan anda. Untuk layak mendapat ganjaran, rakan anda mesti mengaktifkan SIM mereka menggunakan kod ajakan anda. Sekiranya rakan anda sudah mengaktifkan akaun, dia tidak akan lagi dapat memasukkan semula kod ajakan tersebut.

Bolehkah rujukan saya yang sebelumnya diambil kira untuk Cabaran ini?
Harap maklum bahawa tarikh pelancaran rasmi ‘Tarik Member, Dapat Untung’ adalah 1 Julai 2020, oleh itu sebarang rujukan dibuat sebelum tarikh pelancaran tidak akan diambil kira untuk Cabaran ini.

Saya telah berjaya merujuk rakan saya, tetapi mengapa jumlah rujukan saya masih tidak meningkat?
Kedudukan papan pendahulu hanya akan dikemaskini pada akhir minggu. Nombor ini mungkin tidak memaparkan jumlah rujukan anda sepenuhnya.

Apakah yang akan berlaku sekiranya rujukan saya sudah tidak aktif ataupun telah membatalkan akaun Yoodo mereka?
Rakan yang anda rujuk haruslah mempunyai akaun Yoodo yang aktif sehinggalah senarai pemenang diumumkan.

Apa yang berlaku sekiranya terdapat keputusan seri untuk Cabaran Leaderboard?
Sekiranya terdapat 2 perujuk dengan bilangan rujukan yang sama, kami akan mengambil kira masa rujukan terkini mengaktifkan kad SIM untuk menentukan pemenang.

Saya baru sahaja dirujuk, bolehkah saya merujuk rakan lain?
Sudah tentu, anda boleh! Anda boleh memperkenalkan rakan-rakan lain sebaik sahaja anda mempunyai akaun Yoodo.

Sekiranya nombor yang saya gunakan tidak didaftarkan di bawah nama saya, siapa yang akan menjadi pemenang?
Pemenang mestilah pemilik nombor berdaftar Yoodo.

Bila pengumuman pemenang akan dibuat?
Senarai pemenang akan dipaparkan di laman web Yoodo dalam tempoh 30 hari selepas berakhirnya setiap Cabaran bulanan. Kami akan menghubungi pemenang melalui e-mel. Pemenang mesti menuntut hadiah dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pemberitahuan. Hadiah-hadiah yang tidak dituntut akan ditarik balik.

Jika saya adalah salah seorang pemenang, bolehkah saya tukar hadiah saya?
Hadiah tidak boleh ditukar sebahagian atau sepenuhnya kepada hadiah lain dalam apa sahaja bentuk. Pilihan produk atau warna adalah tertakluk kepada ketersediaan stok.

Jika saya adalah salah seorang pemenang, bagaimanakah saya akan mendapat hadiah saya?
Hadiah akan dihantar kepada para pemenang melalui perkhidmatan pos dalam tempoh 8 – 12 minggu selepas berakhirnya setiap cabaran bulanan. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat menghantar hadiah kepada alamat PO Box.