Terma & Syarat
- Kempen Roda Riang Raya adalah kempen jenis “spin-the-wheel” yang berlangsung sehingga 31 Mei 2023.
- Terdapat dua jenis penyertaan untuk memenangi hadiah sepanjang tempoh kempen ini.
- 100% Pasti Menang Roda Riang Raya – Merujuk kepada seseorang yang merupakan pengguna Yoodo yang menerima kod putar khas selepas melayakkan diri untuk menyertai kempen ini.
- Cabutan Bertuah Hadiah Utama – Setiap kod putar khas merupakan satu penyertaan untuk cabutan bertuah Hadiah Utama. Peserta yang memperolehi lebih banyak kod putar khas akan berpeluang lebih tinggi untuk memenangi hadiah utama dalam cabutan bertuah yang akan diadakan pada 8 Jun 2023.
100% Pasti Menang Roda Riang Raya
- Kempen ini dibuka kepada semua pengguna dan juga bukan pengguna Yoodo.
- Peserta yang layak akan menerima kod putar khas selepas memenuhi kriteria kempen Roda Riang Raya
- Peserta yang layak merujuk kepada pelanggan Yoodo yang baru dan pengguna sedia ada Yoodo yang memenuhi kriteria di bawah sepanjang tempoh kempen.
Pelanggan baharu
- Pelanggan baru perlu tukar ke Yoodo dan mengaktifkan pelan Yoodo dengan perbelanjaan minimum RM35 untuk memperolehi satu (1) kod putar.
- Untuk memperolehi satu (1) lagi kod putar, peserta perlu membelanja sekurang-kurangnya RM15 untuk produk Booster* dalam satu resit dalam kitaran bil yang sama
(* Data / Panggilan / SMS atau produk Add-On Booster, Power Pass, RLH & IDD) - Peserta dibenarkan mengulangi langkah kedua di atas beberapa kali dalam tempoh kempen untuk mendapatkan lebih banyak kod putar supaya berpeluang lebih tinggi untuk memenangi cabutan bertuah Hadiah Utama.
Pengguna Sedia Ada Yoodo
- Pengguna sedia ada perlu memperbaharui pelan dengan perbelanjaan minimum RM35
- Seterusnya, pengguna sedia ada perlu membelanja sekurang-kurangnya RM15 untuk produk Booster* dalam satu resit dalam kitaran bil untuk mendapatkan satu (1) kod putar
(* Data / Panggilan / SMS atau produk Add-On Booster, Power Pass, RLH & IDD) - Peserta dibenarkan mengulangi langkah pertama dan kedua di atas beberapa kali dalam tempoh kempen untuk mendapatkan lebih banyak kod putar supaya berpeluang lebih tinggi untuk memenangi cabutan bertuah Hadiah Utama
- Peserta yang layak boleh menyertai kempen Roda Riang Raya lebih daripada sekali dengan memperolehi lebih banyak kod putar apabila mereka memenuhi kriteria kelayakan yang dinyatakan di atas.
- Kod putar akan dihantar melalui e-mel dan notifikasi dalam aplikasi Yoodo dalam tempoh masa 24 jam selepas transaksi yang memenuhi kriteria kelayakan.
- Peserta yang layak boleh melayari laman web Roda Riang Raya Yoodo selepas menerima kod putar dan memenangi hadiah selewat-lewatnya pada 31 Mei 2023, 11:59 malam.
- Peseta perlu masukkan nombor telefon Yoodo yang sah bersama kod putar semasa menebus hadiah putaran roda supaya dapat menyertai cabutan bertuah Hadiah Utama.
- Sebarang penyertaan ke cabutan bertuah Hadiah Utama akan dibatalkan dengan serta-merta sekiranya nombor telefon Yoodo yang dimasukkan adalah tidak sah
- Semua hadiah putaran akan diberikan kepada peserta sejurus selepas menyertai putaran Roda Riang Raya.
- Hadiah Roda Riang Raya akan diberikan dalam bentuk baucar digital di mana pemenang bertanggungjawab untuk menebus terus dari platform berkenaan.
Cabutan Bertuah Hadiah Utama
- Peserta yang layak untuk Roda Riang Raya akan layak secara automatik untuk cabutan bertuah Hadiah Utama.
- Setiap kod putar yang ditebus semasa Roda Riang Raya melayakkan peserta untuk satu penyertaan cabutan bertuah Hadiah Utama.
- Peserta yang memperolehi lebih banyak kod putar akan berpeluang lebih tinggi untuk memenangi hadiah utama dalam cabutan bertuah
- Pemenang cabutan bertuah Hadiah Utama akan dipilih secara rawak pada 8 Jun 2023 selepas kempen.tamat.
- Setiap pemenang hanya boleh memenangi satu (1) Hadiah Utama sepanjang tempoh kempen.
- Pemenang akan hilang kelayakan jika nombor Yoodo yang dimasukkan semasa putaran Roda Riang Raya adalah tidak sah.
- Pemenang akan dibatalkan kelayakannya, dan hadiah akan dibatalkan sekiranya akaun Yoodo mereka tidak aktif, dialih keluar atau ditamatkan atas sebarang sebab apabila hadiah utama dipilih.
- Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel dan notifikasi dalam aplikasi Yoodo selepas memenangi hadiah dan akan diminta untuk memberikan butiran penghantaran hadiah.
- Hadiah akan dihantar melalui perkhidmatan pos dalam tempoh 8 hingga 12 minggu selepas menerima butiran penghantaran. Walau bagaimanapun, penghantaran ke Peti Surat tidak dibenarkan.
- Hadiah tidak boleh ditukar ganti dengan wang tunai dan tidak boleh dipindah milik.
- Yoodo mempunyai hak, dengan budi bicara tersendiri, untuk membatalkan dan menarik semula sebarang hadiah daripada pemenang yang didapati melanggar terma dan syarat ini atau terlibat dalam aktiviti penipuan yang boleh menjejaskan kempen ini.
- Keputusan Yoodo ke atas pemenang adalah akhir dan muktamad dan sebarang surat-menyurat, aduan atau rayuan tidak akan dilayan.
- Yoodo mempunyai hak, dengan budi bicara tersendiri untuk menukar ganti hadiah-hadiah dengan hadiah-hadiah lain pada nilai yang sama tanpa sebarang notis.
- Kesemua hadiah yang tidak dituntut selepas tiga puluh (30) hari dari tarikh makluman akan ditarik semula, dan sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan.
- Hadiah-hadiah yang diberikan adalah berdasarkan keadaan semasa (“As-Is”) dan Yoodo menafikan dan mengecualikan semua waranti pengeluar yang berkaitan dengan hadiah-hadiah tersebut
- Para pemenang bertanggungjawab ke atas sebarang kos, duti, cukai dan/atau perbelanjaan yang dikenakan atas penerimaan hadiah tersebut.
- Dengan menerima hadiah-hadiah utama, para pemenang telah memberi izin kepada Yoodo dan agensi-agensinya untuk menggunakan nama, gambar dan/atau persamaan pemenang untuk tujuan pengiklanan, penulisan, promosi, pemasaran, perdagangan dan/atau lain-lain tujuan tanpa sebarang pampasan dan notis.
- Yoodo mempunyai hak untuk mengubah, menukar, menyemak semula, menambah, memadam, mempelbagai, menggantung, membatalkan atau melambatkan kempen ini tanpa sebarang notis pada bila-bila masa.
- Yoodo tidak bertanggungjawab ke atas sebarang ralat, pengeluaran, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan operasi atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, akses masuk tanpa izin, atau pengubahan tanpa izin, pada akaun atau komunikasi pengguna, atau sebarang masalah teknikal terhadap rangkaian atau talian komunikasi kami, penyedia atau pelayan, perisian dan kegagalan e-mel.