Menangi barangan rasmi Yoodo & kredit Yoodo dengan menjawab beberapa soalan mudah!

Anda kaki Netflix? Anda tahu selok-belok dan segalanya mengenai Malaysia? Uji tahap pengetahuan anda di Quiz Night virtual pertama Yoodo!

Berikan jawapan yang betul untuk soalan mingguan kami, dan berpeluang memenangi kemeja-T Quiz Night Yoodo eksklusif dan kredit Yoodo!

(P.S. – Quiz Night juga terbuka kepada bukan pengguna Yoodo!)

Tempoh kuiz: 2 – 23 Julai 2020

3 pemenang bertuah teratas untuk setiap minggu akan menerima:

Hadiah pertama

1x Kemeja-T Quiz Night Yoodo + RM10 kredit Yoodo

Hadiah kedua

1x Kemeja-T Quiz Night Yoodo + RM20 kredit Yoodo

 

Hadiah ketiga

1x Kemeja-T Quiz Night Yoodo + RM10 kredit Yoodo

 

Jadual Mingguan Quiz Night:

Quiz Night Pertama
2 Julai 2020 (Khamis) 9:00 malam

Quiz Night Kedua
9 Julai 2020 (Khamis) 9:00 malam

Quiz Night Ketiga
16 Julai (Khamis) 9:00 malam

Quiz Night Keempat
23 Julai (Khamis) 9:00 malam

Jadual Mingguan Quiz Night:

Quiz Night Pertama
2 Julai 2020 (Khamis) 9:00 malam

Quiz Night Kedua
9 Julai 2020 (Khamis) 9:00 malam

Quiz Night Ketiga
16 Julai (Khamis) 9:00 malam

Quiz Night Keempat
23 Julai (Khamis) 9:00 malam

Bagaimana untuk sertai?

Yoodo akan menyiarkan Quiz Night secara langsung di laman Facebook  rasmi Yoodo pada setiap hari Khamis dari 2 Julai – 23 Julai 2020.

10 soalan akan ditanyakan oleh Quiz Master pada setiap minggu.

Isi butiran anda berserta jawapan yang betul pada borang di bawah sebelum 10:00 pagi pada keesokan paginya (Jumaat).

Sila ke laman Facebook rasmi Yoodo pada hari Jumaat untuk melihat samada
anda merupakan salah seorang daripada pemenang bertuah kami.

Hai!

Anda dapat melihat mesej ini kerana anda terlepas tarikh akhir penyertaan
untuk Quiz Night minggu ini.

Sila cuba lagi pada minggu hadapan.

Quiz form powered by Form n' Go
Terma dan Syarat:
  1. Hadiah-hadiah untuk Yoodo Quiz Night adalah seperti di bawah. 3 pemenang akan dipilih setiap minggu sepanjang tempoh 4 minggu.
    – Hadiah Tempat Pertama – Kredit Yoodo RM30 + Barangan Eksklusif Yoodo
    – Hadiah Tempat Kedua – Kredit Yoodo RM20 + Barangan Eksklusif Yoodo
    – Hadiah Tempat Ketiga – Kredit Yoodo RM10 + Barangan Eksklusif Yoodo
  2. Untuk melayakkan diri, pengguna perlu menghantar jawapan yang paling tepat melalui laman Yoodo Microsite. Jika terdapat jawapan yang sama, pengguna yang menjawab terpantas akan dikira sebagai pemenang.
  3. Akaun pemenang mestilah kekal aktif dan sekiranya gagal berbuat demikian, Yoodo akan membatalkan kelayakan dan menarik balik hadiah yang bakal diberi kepada pemenang tersebut.
  4. Yoodo berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan dan menarik balik hadiah sekiranya mana-mana pemenang melanggar terma dan syarat ataupun melakukan penipuan herhubung dengan Kempen ini.
  5. Keputusan Yoodo dalam semua perkara yang berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad, konklusif dan terikat. Sebarang surat-menyurat, rayuan, bantahan atau percubaan untuk mempertikaikan keputusan Yoodo tidak akan dilayan dalam apa jua keadaan.
  6. Yoodo berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  7. Yoodo dengan jelas mengecualikan dan menafikan apa-apa representasi atau waranti berkaitan dengan kualiti hadiah. Yoodo juga tidak memikul tanggungjawab untuk menyelesaikan pertikaian dengan pengilang atau pembekal hadiah dan pemenang perlu berurusan terus dengan pengilang atau pembekal untuk semua maklumat waranti.
  8. Yoodo tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa hadiah yang hilang, ditangguhkan, atau rosak semasa proses penghantaran atas sebab-sebab di luar kawalan kami.
  9. Yoodo tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa cukai, kos sampingan, atau caj yang berkaitan dengan penerimaan atau penggunaan hadiah.
  10. Dengan menyertai Kempen ini, pemenang memberi kebenaran kepada Yoodo untuk menggunakan sebarang maklumat dan/atau gambar pemenang di media massa untuk tujuan pemasaran, publisiti dan unsur-unsur pengiklanan tanpa sebarang notis dan/atau pampasan.
  11. Semua pemenang mesti menuntut hadiah masing-masing dalam tempoh 1 (Satu) bulan dari tarikh pemberitahuan. Hadiah-hadiah yang tidak dituntut akan dilucutkan dan tiada surat-menyurat atau rayuan akan dilayan.
  12. Yoodo berhak untuk mengubah, menambah atau meminda syarat dan peraturan Kempen ini atau mana-mana bahagian daripadanya tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.
  13. Dengan menyertai Kempen ini, pengguna bersetuju bahawa Yoodo tidak akan dengan apa-apa cara bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan jika pihak Yoodo tidak dapat melaksanakan secara keseluruhan atau sebahagian daripada kewajipannya di sini yang boleh dikaitkan secara langsung atau tidak langsung terhadap kegagalan mana-mana peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian telekomunikasi, perisian dan kegagalan emel.
  14. Sekiranya terdapat sebarang ketidaksejajaran, konflik, kesamaran atau kepincangan antara terma dan syarat
    versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, versi terma dan syarat Bahasa Inggeris akan diguna pakai.