Kami adalah pendukung transformasi digital serta membawa yang terbaik untuk anda! Seiring dengan langkah kerajaan dalam menamatkan rangkaian 3G di seluruh Malaysia, sila ambil perhatian bahawa perkhidmatan rangkaian 3G kami akan ditamatkan menjelang hujung tahun 2021.

Kami akan menamatkan perkhidmatan 3G tidak lama lagi

Penamatan 3G
Kesemua rangkaian 3G dan
perkhidmatan berkaitan 3G
(seperti perkhidmatan
Panggilan, SMS dan Data
melalui rangkaian 3G) akan
ditamatkan.

Pemerkasaan 4G
Inisiatif ini bertujuan untuk
memindahkan para
pengguna sedia ada dari 3G
ke 4G untuk menaik taraf
kelajuan jalur lebat nirwayar
untuk rakyat Malaysia.

Persediaan 5G
JENDELA akan memberi
tumpuan terhadap
pengukuhan rangkaian tetap
dan rangkaian 4G di negara ini,
bagi membina asas yang kukuh
untuk peralihan ke 5G.
Bila inisiatif ini akan bermula dan dijangka selesai?
Penamatan 3G akan selesai sepenuhnya pada hujung Disember 2021. Inisiatif JENDELA secara menyeluruh akan berlaku secara berfasa sepanjang tahun 2020-2025.
Fasa 1
- Meningkatkan liputan 4G dari 91.8% ke 96.9%
- Meningkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih dari 25 Mbps ke 35 Mbps
- 83% premis di seluruh negara akan menerima akses ke kelajuan gigabit untuk jalur lebar talian tetap
- Penamatan 3G, kenaikan taraf 4G dan jalur fiber
Fasa 2
- Perlaksanaan 5G secara menyeluruh akan menyusul selepas platform yang mantap bagi liputan 4G tercapai


Bagi memastikan anda dapat kekal berhubung bersama kami, anda digalakkan untuk menaik taraf peranti anda ke peranti yang mampu menyokong 4G LTE. Ia adalah untuk memastikan anda dapat menikmati liputan rangkaian terbaik berserta kelajuan data yang telah ditambah baik.
Yoodo merupakan sebuah Mobile Virtual Network Operator (MVNO) dan beroperasi di atas rangkaian Celcom. Untuk maklumat lanjut berkaitan Jendela, sila klik di sini.