Kenali Gamers anda: Selamat datang Yoodo RSG!

Kami ada berita gembira bulan ini untuk peminat e-sukan: pengenalan kepada barisan anggota baru Yoodo RSG!

 

Pasukan ini menggabungkan wajah veteran dan baru. Jadi, kami sangat teruja untuk menonton aksi mereka pada perlawanan seterusnya.

 

Sebelum itu, jom kita kenali sedikit para pemain pasukan ini:

Coach – Koh Wei Hao (Jason)

Jason tidak asing lagi dengan kemenangan. Beliau pernah menyandang gelaran MPL Champion pada Musim 1 bersama IDNS, dan Musim 5 dengan RSG. Beliau juga merupakan seorang veteran dengan 10 tahun pengalaman dalam scene MOBA, termasuk berjam-jam rekod masa untuk DoTA dan LOL.

Captain – Mohammad Irwandy Lim (Izanami)

Kita mulakan pengenalan pemain dengan mengenali Izanami, yang sebelum ini tersenarai dalam tempat 4 Teratas untuk MSC 2021 dan 8 Teratas bagi MPL Musim 8. Sebagai salah seorang daripada barisan RSG yang menjuarai MPL Musim 7, beliau bersedia untuk bertarung, menang besar, dan mengutip mata.

Tank – Ahmad Zaki bin Ibrahim (Zacus)

Zacus merupakan seorang lagi veteran dalam RSG untuk memastikan penguasaan pasukan di medan pertempuran. Sama seperti Izanami, beliau merupakan salah seorang daripada barisan RSG yang menjuarai MPL Musim 7 dan tersenarai dalam tempat 4 Teratas untuk MSC 2021 dan 8 Teratas bagi MPL Musim 8.

Gold Lane – Fareez Edraki bin Azhair (TikTok)

Semenjak menyertai pasukan dan menempa nama pada Musim 8, TikTok mempunyai azam untuk mencapai kemenangan demi kemenangan.

Jungler – Muhammad Khuzaimi bin Ismail (Kuza)

Kuza merupakan pemain baru dalam pasukan, di mana sebelum ini beliau menabur bakti untuk Team EBLZ. Beliau merupakan salah seorang daripada 10 pemain teratas MPL Malaysia Musim 8, dan sebelum ini berada dalam tempat 2 teratas untuk Todak League. Sekarang, beliau bersedia untuk berbakti kepada RSG.

EXP Lane – Muhammad Izz Daniel bin Zaidi (Iris)

Beliau menyertai pasukan RSG dari Orange Esports, Rookie of the Season Nominee ini hanya mempunyai misi untuk menang!

Roamer – Nuqman Hariz bin Norhisham (Fenrir)

Beliau merupakan pemain 2 Teratas di The Academy Mobile Legends dan Kohai MLBB Championship, serta merupakan penyandang Malaysia Esports Champion. Dengan semua pencapaian tersebut, tak hairan jika kehadiran Fenrir adalah sangat mencabar bagi pihak lawan.

EXP Lane – Kinsey Lee Xing Terr (Mortalala)

Selepas beraksi secara singkat dengan Lunatix Academy, Mortalala kini merupakan ahli pasukan RSG. Pemain wildcard ini mampu melakukan kejutan – jadi pastikan anda tak terkelip mata semasa ia berlaku.

Gold Lane – Muhammad Hakim bin Adanan (Akimmm)

Pelengkap barisan pemain ialah Akimmm, yang akan mara untuk membawa pasukan ke tempat teratas dalam kedudukan perlawanan.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan setiap minit yang penuh dengan aksi, cabaran dan naik level-up di MPL Musim 9, yang telah bermula! Berikan sokongan kepada pasukan serta pemain kegemaran anda dan saksikan siapa yang bakal bergelar juara musim ini.

 

Jika anda seorang gamer, atau bercadang untuk berlatih bagi persediaan menyertai para pemain ini, kami ada sesuatu untuk membantu anda: add-ons khas untuk gaming dengan 20GB data untuk memastikan tiada lag yang menghalang anda dari menang:

 

  • PUBG MOBILE
  • ML:BB
  • AOV
  • CODM

Anda sudah perbaharui pelan bulan ini? Jangan risau – kami benarkan anda perbaharui pada bila-bila masa. Ketahui selanjutnya di laman web kami!